Sunday, March 23, 2014

Andai kau tahu

Assalamualaikum....

Alangkah bahagia nya ketika Allah beri peluang untuk beristirehat di rumah.
Rezeki diberi, tv dah ada saiaran pulak cantik + pulak degan ada nya wifi boleh online
Alhamdulillah. Makin rasa bersyukur untuk kesemua nikmat yang diberi.

Bersyukur untuk setiap nikmat dan harus juga ingat yg harus bersyukur untuk semua ujian yg diberi.
Bermacam ujian yg sudah dilalui tapi pernah tak kita ambil hikmah dr ujian itu? Jika kita fikir yg ujian tu adalah hukuman dr Allah kita silap. Tapi semua ujian yg kita lalui adalah tanda kasih syg Allah pg umatNya.

Jika tiada ujian, kita akan terus sombong & lupa. Dan lagi, kita akan semakin jauh bila terlalu bnyk hiburan dan kesenangan yg kita perolehi. Jd hanya ujian dan ketika hati kita sedang berduka cita waktu itulah waktu yg terbaik kita akan benar benar kembali kepada Allah dan waktu itula kita benar benar rasa yang kita ni hanya HambaNya. Dan kepada DIA kita memohon dan sandarkan harapan.

Rasa mahu menangis itu pasti ada tika ujian dtg menyapa tanpa henti tapi tabahlah, bertahanlah... kerana tiada derita yang bersifat berpanjangan. Makin hari makin kita kenal diri dan kenal pencipta. Fikirkan yang baik baik dan terus la berbuat baik dalam apa jua keadaan agar kita mendapat yang baik baik juga akhirnya. InsyaAllah.

Dear hati yang sentiasa milik Allah,

Moga Allah sentiasa pelihara hati ini untuk terus tetap ke jalanNya. Janganlah Allah bolak balik kan hati ini. Ku mohon untuk terus diberi kekuatan. InsyaAllah amin....

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...