Thursday, July 10, 2014

Ramadhan kali ini

Assalamualaikum

Dah masuk fasa yang ke-2 bulan ramdhan. Puasa kita macam mane? Ibadah kita macam mane? Taubat kita macam mane? Dapat apa bulan puasa ni? Hanya lapar dan dahaga? Jangan begitu sayang. Raihlah sesuatu di bulan yang mulia ini...

Permulaan puasa kali ini baik sekali, fasa pertama puasa penuh tarawikh pun Alhamdulillah. Walaupun ada kekangan waktu disebabkan kerja. Akan diluangkan juga masa untuk menunaikan nya. Alhamdulillah lagi, Allah beri kesempatan dan dipermudahkan urusan. Rezeki la tu... bukan semua orang boleh dapat kan. Di masjid yg berbeza, jemaah yg berbeza dan suasana yg berbeza maka kesan nya pada hati juga berbeza. Sungguh tak tipu. Rasa nikmat nya. Subhanallah...

Dan lagi, sepanjang bulan puasa banyakkan lah sedekah. Oh kesan nya amat luar biasa. Mungkin kita tidak sedar, tapi kesan dari sedekah lah Allah beri kita rezeki dari sumber yg berbeza & tak disangka2. Minggu ni saje, Alhamdulillah dapat berbuka puasa di 3 hotel .. Empire hotel, holiday villa & Grand dorsett hotel semalam nya. Ya Allah rezeki datang mencurah2 bulan yg mulia ni. Ada je jemputan buka.

Dan lagi, mudah je semua. Bila mana kita jaga hak Allah maka Allah akan jaga hak kita. Subhanallah. Dari hati kecil teramat bersyukur dan tenang.

Seketika duduk sendiri pasti akan terlintas kenapa engkau pergi begitu saje? Ya.... walaupun aku nampak nampak tabah di sini tapi hanya aku dan DIA tahu akan isi hati. Payah.... tapi demi DIA  aku terus mara dan cuba untuk tidak berpaling lagi.

Mak dah agak mendesak, sesak bila terfikir akan permintaannya. Rasa ingin saja sampaikan yg lebih selesa begini. Tapi tak nak mak berkecil hati dengan tindakan sendiri. Jadi lebih baik diamkan di dalam hati. Moga Allah bantu lagi untuk terus kuat berdiri dan lalui semua ini.

Jangan bersedih, lawan dan hayati hikmah nya. Semakin kita jauh semakin dekat aku dengan NYA.

Alhamdulillah syukur sangat.... moga Allah jaga segalanya dan susun yang baik baik saja.

Amin..♡♡♡

0 orang dah komen, anda bila lagi ?:

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...