Friday, February 07, 2014

Paku yang lekat di Hati

Assalamualaikum


i'm alone now. Esok pulak cuti. semua orang dah pulang balik ke rumah ayah bonda masing-masing.

Yang aku pulak plan nak stay di rumah sewa je minggu ni sebab esok & lusa ada kenduri. Mahu pergi dengan siapa belum decide lagi. Hope ada la sudi menemani. kalau takde pun, InsyaAllah akan disusun oleh Allah perjalanan esok.

Erm....sejak raya cina hari tu, macam ada yang tak kene. semua nya berubah. yang datang secara tiba tiba.. dan pergi pun tiba tiba juga. Penat juga. Sakit apa ntah lagi. tapi takpe lah.

Aku maafkan semuanya. Moga lebih tabah nak lalui hari yang mendatang. kalau dipikirkan luka.. Teramat sakit. Jadi aku belajar  melupakan dan teruskan hidup.

Hari ini baca satu buku Ustaz Pahrol.. ada satu topik tu aku minat sangat kisah nya :

Perbualan seorang ibu dengan anaknya :

Ibu : Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata & perbuatan kita.

Anak : Saya tahu itu salah ibu. Tapi saya akan cepat meminta maaf. Itu satu kelebihan juga bu.

Ibu : Tapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang anak ku.

Anak : Saya rasa tidak ibu. After mintak maaf, segala-galanya langsai ibu.

So, ibu pun berfikir apakah cara terbaik untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini.

Ibu : ok lah, kalau camtu ikut cadangan ibu ni, nanti kamu faham lah maksud ibu. Setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding & kemudian lepas kamu minta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk tu.

Anak : ok bu.

After beberapa bulan.....

Anak : Tengok ni, mana paku yang tinggal? semuanya dah dicabut... Memang ramai orang yg saya buat meraka sakit hati tapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.

Ibu : Memang kamu dah minta & diberi maaf. tapi kamu sedar tak????

Anak : Maksud ibu?

Ibu : Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang, calar & berkematu. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya anakku.......

Oh Allah! ada satu hati yang aku dah lukai. sembuhkan luka dihati nya. Moga dia bahagia dengan kehidupan yang dia ada sekarang. Moga dia tidak terluka lagi.

kini aku mengerti & paham. Maaf sebab tak mampu jadi yang terbaik untuk kamu.

Meminta Maaf adalah perbuatan terpuji. Tapi berusaha agar tidak terpaksa meminta maaf itu jauh lebih terpuji. Luka di hati adalah luka yang paling sukar untuk diubati melainkan kembali kepada Illahi. Moga terus diberi kekuatan & tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain

Allah, jagakan mereka yang aku sayang & cinta. pelihara meraka dan bahagiakan mereka.

Amin ya rabbalamin.


1 orang dah komen, anda bila lagi ?:

aamalinaazman said...

Akaaakk ;)

Dah lama jugak x jengah akak..hee..akak dok umah sewa gak eh..samelah kita..heee

emm..sy doakan akak selalu kuat. InshaAllah. .tiap yg dtg dan pergi dlm hdup kita mest ada hikmah nya.

andai kita benar2 redha..Allah pasti nmpak kan kita..sikit2..hikmah dsebalik tiap kejadian..

moga kita sntiasa dpt mnjaga hati kita kankak..?

:)

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...