Wednesday, February 26, 2014

HATI INI MILIK ALLAH

Assalamualaikum

Wahai jiwa jiwa yang sentiasa dirahmati Allah, selamat malam kalian semua.

Seharian bekerja & sekarang pun masih lagi bekerja. Ohh jika difikirkan kudrat yang lemah lagi tak bermaya ini mahu saje diri ini mengalah dan meninggalkan segala yang telah diamanahkan. Tapi Allah dah beri, dan pemberian ini bukan saja saja. Setiap nya ada sesuatu. Mengajar sesuatu & dari situ lah rahmat Allah kepada hambaNya.

Setiap hari masih lagi belajar apa itu ERTI KEHIDUPAN. Sebagai hamba NYA yang lemah lagi tidak bermaya. Segala yang dimiliki adalah MILIK ALLAH. Kita hamba, hamba kerdil yang tidak punya apa apa. Maka pesanan ringkas pada diri sendiri.....ingat ya segala yang kamu miliki adalah milik NYA.

Jangan sombong saudari, kerana kamu miliki apa yang mereka tidak miliki. tapi hargai lah dengan bersyukur & bantu mereka yang lain. moga Allah beri lebih lagi. InsyaAllah.

Ujian & tarbiyyah tidak henti henti datang menyapa diri hamba ini. Kadang tu penat tapi bertahan kerana tahu Allah sentiasa ada. Segalanya Allah. beri peluang diri ini untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum ini. jangan uji aku lagi.

Moga Allah temukan kamu dengan JALAN NYA. Doa ku sentiasa mengiringi kamu. Wahai jiwa yang sentiasa yang mengingati ALLAH sandarkan segalanya kepada Allah moga Allah temukan kamu dengan sesuatu yang datang dari NYA jua. InsyaAllah.

Bertahan, bersabar, yakin & teruskan usaha. Mohon pada Allah
Jangan putus asa ye sayang. Bangkit lah kerana Allah.
Selamat Malam =)




0 orang dah komen, anda bila lagi ?:

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...