Monday, October 06, 2014

Rindu

Assalamualaikum

Saya rindu awak.

nak call takut

nak mesej takut

nak tegur takut

senang cerita

saya takut tak dilayan

jadi saya diam

diam seribu bahasa

tapi mata sentiasa melihat

semoga segalanya baik baik saja

jujur saya rindu..



Thursday, July 10, 2014

Ramadhan kali ini

Assalamualaikum

Dah masuk fasa yang ke-2 bulan ramdhan. Puasa kita macam mane? Ibadah kita macam mane? Taubat kita macam mane? Dapat apa bulan puasa ni? Hanya lapar dan dahaga? Jangan begitu sayang. Raihlah sesuatu di bulan yang mulia ini...

Permulaan puasa kali ini baik sekali, fasa pertama puasa penuh tarawikh pun Alhamdulillah. Walaupun ada kekangan waktu disebabkan kerja. Akan diluangkan juga masa untuk menunaikan nya. Alhamdulillah lagi, Allah beri kesempatan dan dipermudahkan urusan. Rezeki la tu... bukan semua orang boleh dapat kan. Di masjid yg berbeza, jemaah yg berbeza dan suasana yg berbeza maka kesan nya pada hati juga berbeza. Sungguh tak tipu. Rasa nikmat nya. Subhanallah...

Dan lagi, sepanjang bulan puasa banyakkan lah sedekah. Oh kesan nya amat luar biasa. Mungkin kita tidak sedar, tapi kesan dari sedekah lah Allah beri kita rezeki dari sumber yg berbeza & tak disangka2. Minggu ni saje, Alhamdulillah dapat berbuka puasa di 3 hotel .. Empire hotel, holiday villa & Grand dorsett hotel semalam nya. Ya Allah rezeki datang mencurah2 bulan yg mulia ni. Ada je jemputan buka.

Dan lagi, mudah je semua. Bila mana kita jaga hak Allah maka Allah akan jaga hak kita. Subhanallah. Dari hati kecil teramat bersyukur dan tenang.

Seketika duduk sendiri pasti akan terlintas kenapa engkau pergi begitu saje? Ya.... walaupun aku nampak nampak tabah di sini tapi hanya aku dan DIA tahu akan isi hati. Payah.... tapi demi DIA  aku terus mara dan cuba untuk tidak berpaling lagi.

Mak dah agak mendesak, sesak bila terfikir akan permintaannya. Rasa ingin saja sampaikan yg lebih selesa begini. Tapi tak nak mak berkecil hati dengan tindakan sendiri. Jadi lebih baik diamkan di dalam hati. Moga Allah bantu lagi untuk terus kuat berdiri dan lalui semua ini.

Jangan bersedih, lawan dan hayati hikmah nya. Semakin kita jauh semakin dekat aku dengan NYA.

Alhamdulillah syukur sangat.... moga Allah jaga segalanya dan susun yang baik baik saja.

Amin..♡♡♡

Sunday, June 22, 2014

21 June 2014

Assalamualaikum

Ada sesuatu yang aku belajar semalam.
di saat Allah berikan kesakitan,
dalam hati hampir mengeluh...
kerana ketika itu takde yang paham & beri perhatian,

Ayah & emak jauh,
apetah lagi adik adik..
tapi diri ku tahu yang doa mereka sentiasa bersamaku..
cuma hati kecil terkilan sedikit..
iyelah, di saat teramat perlukan semua orang takde.

perihal nya pula teman,
emosi mereka bertelagah..
ada pula yang nyalakan bara pada percikkan itu..
ape lagi.. maraklah apinya.

Oh!
masa tu hanya Allah yang tahu,
bagaimana rasa sedihnya tak terkata...
jadi fikir lalu muhasabah..

Apa ya salahku untuk semalam? Arini?
sampai Allah uji aku begitu sekali..??
Oh kau dah lupa?

Yang ujian tu untuk hambaNYA yg disayangi,
lalu diangkat darjatnya dan diampunkan dosanya..
jika dia redha dan ikhlas menerimanya.
belajar dan terus belajar...

cuba praktikkan sifat mahmudah utk melawan mazmumah..
Marah lawannya Senyum..

Oh Allah!
Alhamdulillah aku berjaya..
kini hubungan itu kau angkat darjatnya..
kembali tenang dan ceria..
sabar & sabar ^^,

jangan gopoh ~~
Tenang itu kunci orang yang khusyuk :)

semoga segalanya baik baik saje lepas ini..

-Hidup Bahagia-

Sunday, March 23, 2014

Andai kau tahu

Assalamualaikum....

Alangkah bahagia nya ketika Allah beri peluang untuk beristirehat di rumah.
Rezeki diberi, tv dah ada saiaran pulak cantik + pulak degan ada nya wifi boleh online
Alhamdulillah. Makin rasa bersyukur untuk kesemua nikmat yang diberi.

Bersyukur untuk setiap nikmat dan harus juga ingat yg harus bersyukur untuk semua ujian yg diberi.
Bermacam ujian yg sudah dilalui tapi pernah tak kita ambil hikmah dr ujian itu? Jika kita fikir yg ujian tu adalah hukuman dr Allah kita silap. Tapi semua ujian yg kita lalui adalah tanda kasih syg Allah pg umatNya.

Jika tiada ujian, kita akan terus sombong & lupa. Dan lagi, kita akan semakin jauh bila terlalu bnyk hiburan dan kesenangan yg kita perolehi. Jd hanya ujian dan ketika hati kita sedang berduka cita waktu itulah waktu yg terbaik kita akan benar benar kembali kepada Allah dan waktu itula kita benar benar rasa yang kita ni hanya HambaNya. Dan kepada DIA kita memohon dan sandarkan harapan.

Rasa mahu menangis itu pasti ada tika ujian dtg menyapa tanpa henti tapi tabahlah, bertahanlah... kerana tiada derita yang bersifat berpanjangan. Makin hari makin kita kenal diri dan kenal pencipta. Fikirkan yang baik baik dan terus la berbuat baik dalam apa jua keadaan agar kita mendapat yang baik baik juga akhirnya. InsyaAllah.

Dear hati yang sentiasa milik Allah,

Moga Allah sentiasa pelihara hati ini untuk terus tetap ke jalanNya. Janganlah Allah bolak balik kan hati ini. Ku mohon untuk terus diberi kekuatan. InsyaAllah amin....

Wednesday, February 26, 2014

HATI INI MILIK ALLAH

Assalamualaikum

Wahai jiwa jiwa yang sentiasa dirahmati Allah, selamat malam kalian semua.

Seharian bekerja & sekarang pun masih lagi bekerja. Ohh jika difikirkan kudrat yang lemah lagi tak bermaya ini mahu saje diri ini mengalah dan meninggalkan segala yang telah diamanahkan. Tapi Allah dah beri, dan pemberian ini bukan saja saja. Setiap nya ada sesuatu. Mengajar sesuatu & dari situ lah rahmat Allah kepada hambaNya.

Setiap hari masih lagi belajar apa itu ERTI KEHIDUPAN. Sebagai hamba NYA yang lemah lagi tidak bermaya. Segala yang dimiliki adalah MILIK ALLAH. Kita hamba, hamba kerdil yang tidak punya apa apa. Maka pesanan ringkas pada diri sendiri.....ingat ya segala yang kamu miliki adalah milik NYA.

Jangan sombong saudari, kerana kamu miliki apa yang mereka tidak miliki. tapi hargai lah dengan bersyukur & bantu mereka yang lain. moga Allah beri lebih lagi. InsyaAllah.

Ujian & tarbiyyah tidak henti henti datang menyapa diri hamba ini. Kadang tu penat tapi bertahan kerana tahu Allah sentiasa ada. Segalanya Allah. beri peluang diri ini untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum ini. jangan uji aku lagi.

Moga Allah temukan kamu dengan JALAN NYA. Doa ku sentiasa mengiringi kamu. Wahai jiwa yang sentiasa yang mengingati ALLAH sandarkan segalanya kepada Allah moga Allah temukan kamu dengan sesuatu yang datang dari NYA jua. InsyaAllah.

Bertahan, bersabar, yakin & teruskan usaha. Mohon pada Allah
Jangan putus asa ye sayang. Bangkit lah kerana Allah.
Selamat Malam =)




Friday, February 07, 2014

Paku yang lekat di Hati

Assalamualaikum


i'm alone now. Esok pulak cuti. semua orang dah pulang balik ke rumah ayah bonda masing-masing.

Yang aku pulak plan nak stay di rumah sewa je minggu ni sebab esok & lusa ada kenduri. Mahu pergi dengan siapa belum decide lagi. Hope ada la sudi menemani. kalau takde pun, InsyaAllah akan disusun oleh Allah perjalanan esok.

Erm....sejak raya cina hari tu, macam ada yang tak kene. semua nya berubah. yang datang secara tiba tiba.. dan pergi pun tiba tiba juga. Penat juga. Sakit apa ntah lagi. tapi takpe lah.

Aku maafkan semuanya. Moga lebih tabah nak lalui hari yang mendatang. kalau dipikirkan luka.. Teramat sakit. Jadi aku belajar  melupakan dan teruskan hidup.

Hari ini baca satu buku Ustaz Pahrol.. ada satu topik tu aku minat sangat kisah nya :

Perbualan seorang ibu dengan anaknya :

Ibu : Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata & perbuatan kita.

Anak : Saya tahu itu salah ibu. Tapi saya akan cepat meminta maaf. Itu satu kelebihan juga bu.

Ibu : Tapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang anak ku.

Anak : Saya rasa tidak ibu. After mintak maaf, segala-galanya langsai ibu.

So, ibu pun berfikir apakah cara terbaik untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini.

Ibu : ok lah, kalau camtu ikut cadangan ibu ni, nanti kamu faham lah maksud ibu. Setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding & kemudian lepas kamu minta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk tu.

Anak : ok bu.

After beberapa bulan.....

Anak : Tengok ni, mana paku yang tinggal? semuanya dah dicabut... Memang ramai orang yg saya buat meraka sakit hati tapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.

Ibu : Memang kamu dah minta & diberi maaf. tapi kamu sedar tak????

Anak : Maksud ibu?

Ibu : Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang, calar & berkematu. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya anakku.......

Oh Allah! ada satu hati yang aku dah lukai. sembuhkan luka dihati nya. Moga dia bahagia dengan kehidupan yang dia ada sekarang. Moga dia tidak terluka lagi.

kini aku mengerti & paham. Maaf sebab tak mampu jadi yang terbaik untuk kamu.

Meminta Maaf adalah perbuatan terpuji. Tapi berusaha agar tidak terpaksa meminta maaf itu jauh lebih terpuji. Luka di hati adalah luka yang paling sukar untuk diubati melainkan kembali kepada Illahi. Moga terus diberi kekuatan & tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain

Allah, jagakan mereka yang aku sayang & cinta. pelihara meraka dan bahagiakan mereka.

Amin ya rabbalamin.


Ujian ini untuk aku

Assalamualaikum


Bila Allah turunkan ujian,
Selalu aku bertanya,
Kenapa aku yang terpilih?
Kenapa aku mesti diuji?
Apa salah aku sehingga aku harus menerima ujian ini?



Mereka, mereka juga seperti aku,
Malah mereka lebih lalai daripadaku,
Tetapi kenapa kesenangan hidup tetap Allah berikan?
Kenapa limpahan nikmat Allah curahkan?



Saat itu kakiku mula layu,
Bagai langkahan ku tiada arah tuju,
Akhirnya disitu aku melutut,
Berserah diri hanya pada Yang Satu.



Ya Allah, aku hambaMu yang tamak,
Tamakkan nikmat dunia,
Sedangkan Kau telah memberi aku nikmat yang terlalu banyak,
Yang tak tertanding nilainya dengan setitis ujian Kau berikan.



Ya Allah, aku lupa bahawa Engkau Maha Berkuasa,
Aku lupa nikmat dunia hanya sementara,
Aku lupa semua ini pinjaman semata,
Yang jika aku kejar, maka jauhlah aku dari syurga.



Ya Allah, ujianMu tarbiyah buat diriku,
Untuk aku mengenang dosa yang lalu,
Supaya bertambah keimananku,
Untuk tetap berada dijalanMu.



Mungkin ku pandang ujian itu terlalu besar,
Sedangkan itu tanda kasihMu kepada hambaMu,
Aku tahu Engkau rindukan suaraku memohon doa,
Engkau rindu ungkapan dari hatiku,
Maka turunlah ujian sebagai hadiah buatku.



Ya Allah, tiada apa yang lebih aku harapkan,
Hanya kekuatan dan ketabahan untuk aku terus mentaatiMu,
Untuk aku melawan kesedihanku,
Untuk aku tetap percaya, takdirMu adalah yang terbaik buatku.
Teruslah menyayangiku Ya Allah,
Jangan pernah lupakan aku hambaMu yang hina ini,
Aku tidak mahu berjauhan dariMu,
Kerana aku yakin sesungguhnya ujian itu sebenar-benar rahmat dariMu.


Ujian untuk aku

Firman Allah s.w.t.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [Al-Ankabut : 2-3]

Wednesday, January 08, 2014

Rindu January 2013

Assalamualaikum

Sekejap tadi baru je tengok facebook dia, bahagia lihat dia bahagia. Tahniah sebab awak dah berjaya lalui kesukaran dan ujian itu. Bangga dengan dengan awak tau! bangga sangat sebab awak boleh berubah menjadi yang lebih baik & tidak sama seperti sebelum ni.

Awak, moga awak terus bahagia & bahagia di samping dia. Jaga hubungan awak dengan DIA, dengan si dia. dan jaga diri awak tu ye. Doa kan juga di sini. moga terus kuat dan tabah untuk lalui semua ini.

Now, baru tahu macam mana rasa nya. rasa lemah, sakit, pedih, lelah.. Penat sangat kan? Mesti awak macam ni jugak dulu kan? Ermmm.. kejam nya masa tu. malu sangat buat macam tu pada awak.

Awak baik, awak ikhlas, awak jujur, awak setia... tak pernah sikit pun sakiti orang lain. Awak jaga hati semua orang. Even orang tu dah luka kan awak pun awak masih nak ambil tau pasal dia and ambil berat pasal dia. Baik nya awakkkkkkk.

Tapi now, semua nya dah berlalu... Setahun dah kan.. kejap je masa berlalu. tapi tiada yang berubah pun. awak je yang berubah kepada kehidupan yang lebih baik. Moga dipermudahkan lagi kehidupan awak.

Thank sebab banyak ajar erti menghargai & tabah. Awak baik mesti awak dapat yang baik. Jangan risau, segalanya okay di sini. ^_^

Allah ada perancanganNYA sendiri. Cukup yakin dengan itu dan percaya semua kesedihan tidak akan selamanya. Moga bakal dikurniakan kebahagiaan seperti awak jugak nanti. amin =)

"Allah tidak pernah diam ketika DIA mengambil satu kebahagiaan kita, Allah hanya sedang mengajak kita bermain dengan kesabaran & mengenalkan kita pada keikhlasan"

dear awak, rindu january 2013..

Maaf !








Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...