Tuesday, December 31, 2013

Allah plan better than my plan

Assalamualaikum & selamat pagi semua ;)

Arini 31.12.13 adalah hari terakhir untuk tahun 2013. Tercapai sudah hasrat tahun ini. Semoga perjalanan nya diberkatu. Di mana yang tidak baik itu diperbaiki & yang mane baik itu dikekalkan.

Semoga segala keinginan kita di masa akan datang Allah beri jika tidak dapat seperti mana yang kita mahu pun, biarlah Allah gantikan dengan lebih baik. Dan semoga Allah tempatkan hati kita di kalangan orang yang redha di atas setiap ketentuan nya. In shaa Allah :)

Ya Allah tabahkan hati hamba Mu ini
Jika bukan itu bukan kehendak ku
Tabahkan hati dan sentiasa bersikap redha
Sabar dalam menanti sesuatu yang telah Engkau tentukan untuk kami
Jadikan hati ini sentiasa bersangka baik
Damaikan hati ini & beri peluang hati ini
Untuk terus meletakkan Mu di tempat tertinggi
Sesungguhnya hidup ku, mati ku adalah untuk Mu

Bismillahirrahmanirrahim akhiri tahun 2013
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang mulakan tahun 2014.

Friday, December 27, 2013

Tabah & berkuatlah wahai hati kecil

Assalamualaikum


Untuk kesekian kali nya, sepi kembali laman ini.
nak berbual and bercerita tidak tahu apa yang perlu
jadi lebih baik biarkan ia sepi seketika
sampai masa nya ia akan berbunyi semula.

Kini ia terjadi lagi,
sakit itu sudah pasti,
luka itu tidak terkata lagi,
yang pasti hati perlu tabah & kuat berganda lagi

Datang nya tak diminta,
perginya pula tak pernah dijangka
yang pasti takdir Illahi menemukan kita
Andai ada masa & umur moga Allah temukan jua.

Rasa kuat..rasa lemah
walau apa pun rasa nya
hati kena tabah
hati kene kuat

Moga jalan ini dipermudahkan
Allah bantu hamba Mu untuk bangkit lagi
setelah rebah berkali kali
Allah redhai hamba Mu ini.

Sunday, December 15, 2013

Ada apa dengan cinta

Assalamualaikum


Cinta.

Cinta itu unik. Cinta itu indah. Cinta itu nikmat. Cinta itu seksa. Cikta itu sakit. Cinta itu derita.

Terlalu banyak definisi cinta. Bergantung bagaimana kita menaakulnya. Andai cinta itu memberi mudarat, itu bukan cinta namanya. Andai cinta itu buat manusia sengsara, itu bukan cinta pada jalannya.

Semua manusia pernah bercinta. Semua manusia berhak untuk bercinta dan dicinta.

Letakkan cinta pada Yang Maha Esa melebihi segalanya. Bukankah itu cinta yang perlu diutama berbanding sang manusia?

Cintailah Allah untuk cintai manusia.


pinjam status : Blog Hami Asraff

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...