Tuesday, December 31, 2013

Allah plan better than my plan

Assalamualaikum & selamat pagi semua ;)

Arini 31.12.13 adalah hari terakhir untuk tahun 2013. Tercapai sudah hasrat tahun ini. Semoga perjalanan nya diberkatu. Di mana yang tidak baik itu diperbaiki & yang mane baik itu dikekalkan.

Semoga segala keinginan kita di masa akan datang Allah beri jika tidak dapat seperti mana yang kita mahu pun, biarlah Allah gantikan dengan lebih baik. Dan semoga Allah tempatkan hati kita di kalangan orang yang redha di atas setiap ketentuan nya. In shaa Allah :)

Ya Allah tabahkan hati hamba Mu ini
Jika bukan itu bukan kehendak ku
Tabahkan hati dan sentiasa bersikap redha
Sabar dalam menanti sesuatu yang telah Engkau tentukan untuk kami
Jadikan hati ini sentiasa bersangka baik
Damaikan hati ini & beri peluang hati ini
Untuk terus meletakkan Mu di tempat tertinggi
Sesungguhnya hidup ku, mati ku adalah untuk Mu

Bismillahirrahmanirrahim akhiri tahun 2013
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang mulakan tahun 2014.

Friday, December 27, 2013

Tabah & berkuatlah wahai hati kecil

Assalamualaikum


Untuk kesekian kali nya, sepi kembali laman ini.
nak berbual and bercerita tidak tahu apa yang perlu
jadi lebih baik biarkan ia sepi seketika
sampai masa nya ia akan berbunyi semula.

Kini ia terjadi lagi,
sakit itu sudah pasti,
luka itu tidak terkata lagi,
yang pasti hati perlu tabah & kuat berganda lagi

Datang nya tak diminta,
perginya pula tak pernah dijangka
yang pasti takdir Illahi menemukan kita
Andai ada masa & umur moga Allah temukan jua.

Rasa kuat..rasa lemah
walau apa pun rasa nya
hati kena tabah
hati kene kuat

Moga jalan ini dipermudahkan
Allah bantu hamba Mu untuk bangkit lagi
setelah rebah berkali kali
Allah redhai hamba Mu ini.

Sunday, December 15, 2013

Ada apa dengan cinta

Assalamualaikum


Cinta.

Cinta itu unik. Cinta itu indah. Cinta itu nikmat. Cinta itu seksa. Cikta itu sakit. Cinta itu derita.

Terlalu banyak definisi cinta. Bergantung bagaimana kita menaakulnya. Andai cinta itu memberi mudarat, itu bukan cinta namanya. Andai cinta itu buat manusia sengsara, itu bukan cinta pada jalannya.

Semua manusia pernah bercinta. Semua manusia berhak untuk bercinta dan dicinta.

Letakkan cinta pada Yang Maha Esa melebihi segalanya. Bukankah itu cinta yang perlu diutama berbanding sang manusia?

Cintailah Allah untuk cintai manusia.


pinjam status : Blog Hami Asraff

Saturday, November 16, 2013

Pendirian diuji

Assalamualaikum..

Seminggu dah berlalu, rasanya minggu yang paling horror di antara minggu yang lain. Kejadian malam tu benar benar buka mata dan rasa seperti payah nak diterangkan dengan kata kata. Apa yg terjadi seaakan mimpi. Tak pernah pun terfikir ia akan terjadi. Emmmm...

Keputusan harus dibuat lagi, hikmah harus dicari....nak bertanya pada hati dan diri tapi tak boleh menjawabnya sendiri. Ikut saja ape haluan yang harus aku tempuhi.. sesak dada lemah minda memikirkan nya...

Kenapa kamu masih nak datang lagi setelah aku biarkan kamu pergi? Walaupun itu doaku....tapi hati aku ragu.. selalu jadi macam tu.. sebab aku kamu tak YAKIN DENGAN TUHAN MU!!

Allah......rasa di hati ini kecewa...rasa di hati ni luka... luka yang tak boleh dirawat lagi.. haruskah aku biarkan kamu pergi??? Sakitnyaaa sakitnyaa sakit sekali... perjalanan mencari redha Illahi masih belum ku temui, aku masih lagi terkapai2 sendiri menanti jawapan yang paling pasti.

Kamu, tolong jelaskan padaku. Apa sebenarnya mahu mu? Kau buat aku selalu memerlukan mu. Aku benci perasaan itu sebab aku takut kamu rimas akan sikap ku....

Tolong pergi, dan jangan datang selagi kamu tak mampu nak buat aku bahagia tanpa derita. Aku seksa aku kecewa aku merana. Aku tak mahu hidup dengan itu semua melainkan bahagia.

Ya Allah tunjukkan aku jalan nya. Aku perlu petunjukMu.

Thursday, November 07, 2013

Pergi dan sepi

Assalamualaikum....

Kini perjalanan nya beza sekali...
Datang tanpa diundang..
Pergi pula tanpa diusir..
Dia pergi bawa diri..
Kini sepi datang lagi...

Jauh beza nya manusia ini
Kasih sayang senang berbelah bahagi
Jumpa berlian, permata letak tepi
Takpelah,
Masih banyak yang harus aku pelajari
Tentang hidup ini

Mungkin istikharah ku dah terjawab ptg tadi,
Jalan nya mudah dari pagi tadi..
Mohon mudahkan semuanya..
Alhamdulillah.....
Kini semuanya mudah
Cuma ada sedikit berbekas di hati
Perihal kamu pergi
Sunyi sepi bawa diri

Semoga jalan ini diredhai......
Bahagia la kamu di sana nanti
Moga Allah sentiasa rahmati
Maaf diri ini harus terus menanti
Satu jawapan yang belum ku temui.
Tapi....
Ia pasti akan terjawab nanti.

InsyaAllah!!

Saturday, November 02, 2013

Kelas anatomi

Fully booked today!

8 a.m from negeri sembilan - shah alam
8.50 a.m arrived at tasik sek 7 shah alam
9.50 a.m driving to Meru training for generate income and knowledge
6.00 p.m driving from Meru to Shah alam and arrived at 6.40 at sek 19
7.00 p.m landing and solat magrib
Tonite Sek 7, need to unpack all my things..

Fuh~~~ penat tapi rasa berbaloi. Even busy macam mana pun perjalanan kehidupan ini sangat dipermudahkan. Alhamdulillah ;)

Mencari mu?? Bukan lagi tugasku, aku serahlan semua pada Allah.. ku letakkan keyakinan ku hanya pada Allah. Moga redha Allah selalu bersama ku.

Mencari MU??Kini menjadi tugasku..jiwa tenang perjalanan nya pun senang. Ku mohon untuk terus diberi kekuatan mencari sinar nya.

Hidup bahagia lah kamu seadanya kerana aku sudah pun lepaskan kamu. Andai JODOH itu sudah tertulis kita pasti bertemu, ku selalu doa untuk mu agar dirahmati selalu.

Wednesday, October 30, 2013

Make me strong

Assalamualaikum

ketika sibuk menjalankan tanggungjawab di ruangan pejabat, wasap masuk menegur.. tertanya dari siapa? mungkinkah dari  dia yang sangat diharapkan? mungkin tidak sebab dia dah bahagia..

Allah, lemah rasa bila terfikir akan hal itu. sedikit mengusik jiwa. tapi cepat cepat pujuk hati supaya jangan terlalu memikir nanti kecewa datang lagi. ketika ini Alhamdulillah...kekuatan dalam diri kembali mendapat tempat di dalam hati.

Ramai kawan yang perasan, dah banyak perubahan. tak lupa juga ramai yang ambil berat. Alhamdulillah Alhamdulillah.. syukur pada Allah.

Jadi kenapa "kau" mahu rasa sedih dan pilu lagi? orang sekeliling sudah seperti yang kamu doakan. semakin hari semakin bahagia Allah beri. Lepaskan....lepaskan...

Redha, Ia redha Allah itu lebih dari segala gala nya. Tabahkan hati lalui semua ini. Jangan cepat mengalah. mohon...mohon..mohon dan terus mohon.. Jangan biar hati mu kosong.

Allah, terima kasih kurniakan bahagia walaupun cara nya berlainan. Alhamdulillah.

sambil menaip mendengarkan lagu ini. dikenalkan oleh seorang teman ~ yang sangat supportive di alam maya. kata nya ini lagu tema bila rasa down...and after hear it will make u strong!

yes exactly, dengar dan baca lirik nya sekali. kamu akan dapat kekuatan dari situ. InsyaAllah !

moga Allah redha. Rezeki hari ini dari Allah. Alhamdulillah..Selamat malam semua Moga bahagia selalu :)

Jom dengar ;


video



Monday, October 28, 2013

Aku yang sekarang

Assalamualaikum

October bakal melabuhkan tirainya. 
setiap hari tak kan sama..
kalau ada yang sama pun pasti tak serupa.
masih lagi meniti hari..
menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Illahi
mencari sinar buat diri 

Engkau diam
engkau sepi
tak lagi peduli
aku disini seksa menanti
biar lah aku pergi
kalau itu bisa mengubati
segala luka di hati
tak kan ada yang boleh rawati
melainkan kembali pada Illahi.

Engkau yang di sana pula
sudah bahagia
tapi masih tidak lupa 
masih ada hati yang terluka
terima kasih kerana masih ada cinta
buat diri yang hina

Moga semuanya bahagia ^_^




Monday, October 21, 2013

Disebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan

Tidak mahu terlepas dari perkongsian untuk hari ini. Rasa bersyukur sgt bila segala urusan dimudahkan. Tidak sedikit pun rase kepayahan nya hari ini..

Bermula dr pagi hari, ada customer nak brg ingat nak berjumpa di cheras pass kan by hand. Tetibe tak jadi sebab customer kata tempat nk drop brg tu jauh dari dia. So dia mintak gadis pos kan barang tu pada dia saje esok. Alhamdulillah selesai satu urusan!!

Then, arini jgk ada seminar SNE  kat hotel seri petaling di mana tempat tu gadis sendiri tak jejak kaki tapi dulu masa muda2 bercinta dengan org bukit jalil gadis tau la jugak selok belok jalan area situ. Gerak dari shah alam jam 12 tgh ari pegi makan.. singgah solat and then terus cari jalan nak ke hotel. Gadis call sister yg invite me kat event tp dia busy tak pick up phone so gadis ingat2 je la direction yg sister tu bitau sblm ni.. ikut kan kata hati redah kasik jmpe tempat nya. Alhamdulillah Allah mudah kan lagi. Bru nak gune gps dah nampak sign board. Hikhik (tQ kat awak sebab dulu rajin ajar saya jalan jalan kat area sri petaling tu, jasamu dikenang) huhu

Then, sampai kat even tepat jam 2 Allah mudah kan lagi tempat dah ada org cop kan.. wah rezeki berganda ganda Alhamdulillah!! Nak dijadikan cerita gadis bertuah petang semalam.. menang cabutan bertuah dapat product! Actually tak sangka sebab dpt naik pentas. Allah beri peluang gadis gembira. TQ Allah masih beri peluang..
Seronok naik pentas and menang product harga RM 189.

And paling penting, dugaan dimudahkan,. Gadis mengelak dr jumpe mereka tapi Allah temukan juga. Mungkin ada sesuatu yg Allah suruh gadis belajar dr situ. Takpe gadis redha melepaskan semuanya.. gadis tak kisah pun. Moga mereka bahagia. Biar Allah saje yg membalas nya. Gadis nak hidup gembira tak mahu lagi berduka lara. Untuk apa? Sedangkan mereka bahagia, janji tak mahu lagi sedih..

Okeylah, last but not least...kete gadis dah siap diservis. Owh syg benar pada kete tu walaupun lama tapi dia sgt banyak berjasa. Selagi dia boleh berkhidmat selagi tu gadis akan terus guna dia. Tak mahu aihh mendua.. hahahaha.. tQ to ayah, abang and adik adik sebab banyak bantu uruskan kereta servis tu. Mereka sgt bnyk membantu. Tengok tu Allah mudahkan lagi urusan gadis!! Gadis syukur sgt2!!

Sampai sini dulu perkongsian gadis, mogaAllahredha!!!
#selamat malam blogger ;)

Wednesday, October 09, 2013

It's begin

Assalamualaikum

Sedar sedar je tinggal lagi 2 bulan bakal berakhirnya tahun 2013.. Tahun baru bakal menjelma.
masih sempatkah kita untuk terus melangkah ke sana? rasa nya bukan itu yang harus kita fikirkan...

usia meningkat seiring dengan pertambahan hari..Amalan kita bagaimana? Ya Allah, aku lupa yang aku masih lagi di takuk lama..asyik ingat dunia yang entah sampai bila diberi masa untuk terus singgah di sini.

Kehidupan kita tak pernah jauh dari mati..semakin hari semakin hampir. Ya Allah beri aku masa untuk perbaiki amalan dan tambahkan bekalan untuk bertemu MU di sana nanti.

hari ini ku belajar. yang yakin dengan Allah itu wajib dan percaya dengan qada & qadar nya. Aritu ada selisih faham dengan sahabat, dia terluka & kecewa dengan sikap ku. dua hari dia berdiam diri. aku tegur di wasap dia diam, aku tegur di facebook dia diam..aku buntu..

Aku muhasabah diri balik, aku fikir kenapa aku buat camtu pada dia walhal aku jugak manusia biasa yang tak pernah alpa dari kesalahan. Jadi siapa aku untuk hukum dia.. Wahh ~~~ bunyi nya macam aku dah kalah kan.. tapi takpe kerana yang baik itu ganjaran nya baik. Kita dia dan mereka sama saje di sisi DIA

kalau nak hukum biar Allah yang menghukum..bukan nya kita hamba yg kerdil lagi hina ni.

kalau kita ada buat salah, pastu rasa penyesalan..cepat cepat buat solat taubat..minta Allah ampunkan dosa.
satu je yang kita kene tahu, Allah tak kan biarkan HAMBA NYA yang sentiasa KEMBALI DI JALAN NYA. itu Janji ALLAH.

moga Allah redha ~~


Sunday, September 08, 2013

Nota Ringkas

Assalamualaikum

::.. Karena terlalu JUJUR,
Kita sering DITIPU..

::.. Karena terlalu SETIA,
Kita sering DIKECEWAKAN..

::.. Karena terlalu RINDU,
Kita sering MENANGIS..

::.. Karena terlalu MENCINTAI,
Kita sering TERLUKA..

::.. Karena terlalu SAYANG,
Kita sering MERANA..

::.. Walaupun begitu, tetaplah JUJUR dan SETIA karena kebaikan akan menghadirkan KETENANGAN..
Terhadap seseorang insan, boleh RINDU, CINTA dan SAYANG tapi jangan terlalu..

::.. Utamakan Cinta Kepada Allah dan Rasulullah agar mendatangkan pahala, Cinta terhadap manusia bersikaplah wajar karena sebaik-baiknya dia hanyalah seorang makhluk yang mana hatinya ada dalam genggaman Allah..

Ya Allah,
Kuatkanlah kami di setiap ujian-Mu.
Tenangkanlah hati kami dikala kami mendapat ujian-Mu
Berikanlah kami kesabaran jika kami jatuh tersungkur akibat kecerobahan yang kami perbuat
Jika itu bisa menghapuskan dosa-dosa kami, maka kami rela menerima semua setiap penderitaan yang Engkau hadirkan kepada kami

Maka terimalah taubat kami, ya Rabb
Jadikanlah kami menjadi salah satu hamba-hamba-Mu yang sabar menerima ujian-Mu. Sesungguhnya kami tahu bahwa Engkau beserta orang-orang yang sabar.

Sunday, August 11, 2013

Someday!

If they treat you like an option, leave them like a choice.
If u are here, i want you to calm me.. beside me..
But u already go for someone else.. i'm not strong anymore..

Wednesday, June 26, 2013

Couple Gaduh

Assalamualaikum


Kebelakangan ni selalu penat dan kurang bertenaga bukan sebab ape pun, tapi sebab hati tak ceria mekar bak bunga matahari yang kembang di pagi hari. hahaha.. Apesal tak tahu. macam takde ape yg memberi semangat untuk meneruskan kehidupan seharian..

btw, orang tu dah kawin dengan pasangan pilihan hati dia. Tahniah !! jaga family tu bebaik jangan perangai mcam budak2 lagi...hehe. semoga Awak bahagia selalu..

tajuk kat atas tu bukan sebab aku yang bergaduh tapi just nak beritahu yang bergaduh ni kadang kadang bagus sebab dengan bergaduh ni la hubungan kita akan semakin erat tapiiii..... alaa ~~ asal ada tapi tapi pulak..

tapi biarlah bergaduh tu secara dewasa and bukan nya budak2 and paling penting pasangan tu kene la faham each other. biar tidak bertempik herik janji masalah lepas tu selesai. mungkin cara yang kasar tu akan menegangkan lagi pergaduhan tu jadi elok la kiranya kita berdiam dulu seketika dan kemudian nya bila dah reda sikit kita berbaik semula.

hurmmm rindu kat somebody yang selalu buat hati ni rasa sayang sangat kat dia..semoga impian ku kali ni termakbul ^^ Ameenn ~~


Tuesday, June 04, 2013

Sepetang di OPiS

Assalamualaikum
 
lama dah tak berkunjung ke blog sendiri..
rindukan post dari gadis kecil??
heee ~~ ni gadis kecil kembali semula
 
nak tahu tak, sekarang ni gadik kecil giat berbisnes. produckt KEsihaTan//
SAPE NAK ELOK (SNE)
 
haa boleh la berkunjung ke blog SNE CAPSULE AJAIB kami di facebook ye..
 
Jangan lupe sumbang LIKE kat situ jugak tau.!!
 
owh ye, nak buat sedikit pengumuman yang sekarang ada PROMOSI...
so anda2 boleh la singgah dah dapatkan promosi tu ye...
 
 
at last ~~~ buat awak yang selalu singgah kat blog ni and sudi baca..
SAYANG itu hanya KATA KATA
yang penting
KEIKHLASAN di JIWA ^^
 
love ya <3 p="">






Wednesday, May 01, 2013

BurUh CuTi

Assalamualaikum

Eh? Dah malam? perghh rasa sekejap je masa ni berlalu..and today i'm like s GOOD GIRL~~

stay dekat rumah duduk diam diam and pikir pikir masa depan. hahaha. Engko hado? takdo diam... rasa arini ingin bermalasan di rumah, rasa suasana sunyi di rumah amat mendamaikan. cuma agak sepi sikit bila rumah besar tapi penghuni nya just 2-3 orang jer..

Minggu ni nak balik mengundi..Yeay! jom kita UBaH ~~ nak berubah kene betul betul pakat, bersatu dan bekerjasama lepas tu jangan lupe janji & manifesto.. hehehe. Ada orang selalu tanya, AWAK UNDI APA? hahaha undi itu kan rahsia....... so this year 1st time aku mengundi okayyy...*nervous*

pilihan raya kali ni benar benar lain..walaupun aku tak pernah mengundi tapi aku rasa kelainan nya.. mungkin dah 4 tahun masing masing menunggu kan saat ini. tu yang penuh dengan debaran kan.. hehehe

Ingat undi lah Parti yang LAYAK MEMIMPIN...jangan salah pilih nanti ada yang merana..hehehe.

jiwa kita tak kan akan tenang selagi kita tidak memaafkan orang lain. be positif dan ingat lah yang tersayang ;)


LIKE US :  SNE CAPSULE AJAIB 
CONTACT US : 014-3687943 (AISHAH)

bErbaLoi kah?

Assalamualaikum


Hye warga blog semua. Sempena 1hb May 2013 semua orang bercuti meraikan hari buruh sedunia. termasuk jugak la aku yang hanya duduk di rumah then merehatkan diri kerana esok akan mula bekerja semula.

OMG!! bonus is coming aroung, and need some form to fill up~~

as new staff yang baru SETAHUN berkecimpung dalam company itu, aku is like mcm newborn la tak tahu macam mane nak isi kejadah tu..stress MAk mikir camne nak isi mende tu..huhu. Ingatkan just di evaluate jer oleh management then dapat la bonus. wahahaha..upernya nak kene isi macam macam pulak..

dah la sekarang ni sibuk dengan month end closing, system baru yg sangat la baru dan menyusahkan org tu..bertambah la serabut aku memikirkan nya..bukan itu saje, masalah kat luar opis lagi..and now i'm just stay relax and cool sambil memikirkan ape yang terbaik.

for those kat luar sane, nak tnye pendapat la kan...BERBALOI KE aku membayar RM 550 untuk rumah sebesar ini?


dan aku memiliki kemudahan seperti ini :






haa...see! kalau anda rasa berbaloi tak? nak mencari housemate kah nak duduk sendiri??

*sedang dalam dilema*

Mengikut perancangan, aku menjangkakan nak keluar dari umah ni bulan 9 nanti..itu pun kalo menjadi la ape yg diplan. if tak..aku pun tak tau what should i do.. mahal jugak kan untuk kos ini tapi bila pikir ape yg aku miliki aku rasa berbaloi je..cume sekarang ni plan nak menabung..hukhukhuk

so anyone yg baca post ni rajin lah beri komen.. ;)

and jangan lupe LIKE PAGE : http://www.facebook.com/SneCapsuleAjaib

thank you !!


Monday, April 22, 2013

Ada ape GWIYOMI

Assalamualaikum

so cute..untuk tontonan umum..kalau budak camni buat aksi comel melampau boleh jugak aku terima.
ini, yang dah besar tapi nak buat muka bajet cute!! memang muka mintak penampar...

jom saksikan video ni...selamat malam semua ^^


Teringat !!

Assalamualaikum

Salam semua nya! malam malam camni mesti korang teringat kenangan lama kan?
camtu jugak la dengan gadis..rindu kot ~ kenangan lame tu tak mungkin pudar dari ingatan..
walaupun dah pergi jauh tapi masih segar dalam ingatan.
sape kata tak sayang? sape kata tak rindu.. itu sume bohong kan..
dah menjadi fitrah manusia..semua perasaan itu dikurniakan bagi mereka yang normal.

apa apa pun, hidup mesti diteruskan..nak ke tak nak mesti kena hadapi..yang lepas jangan dikenang..
yang mendatang ni hargai lahh sebaik mungkin.. ^^

thank pada yg sudi singgah and komen diruangan entri ini..
gadis rasa terharu sangat ^^ and gadis tau korang malu nak bersemuka dengan gadis kan..
tu yang rajin drop komen je.. hehehe

btw, gadis nak bitau yg sekarang ni gadis aktif berbisnes SNE Marketing.. di mana product sne ni bagus untuk bantu merawat pelbagai penyakit..then, elok untuk kulit and sistem imunisasi badan..

jika korang ada sebarang masalah kesihatan boleh contact dengan gadis @ Call/sms/whatsapp @ 0143687943. 

LIKE PAGE : SNE CAPSULE AJAIB
BLOG SNE : http://awetmuda1.blogspot.com/



TESTIMONI :




Friday, April 12, 2013

When i'm awake

Hye semua!!
Muncul lagi dengan bawa janji siang tadi..nak rajinkan diri update blog selalu.. :)
Tadi pegi clinic tunggu dekat sejam baru dapat masuk bilik jumpe doctor..
Doctor check perut,check dada check....eh dah mcm lain je cara chevk nya ni kann
Seriau mak!! Haha... takdelah gurau je, doc check perut sbb nk tgk kalo2 ada angin or any infection.
Al maklum lah 2 days before makan ayam kefci yg bru tu pedas sgt smpi infection kat perut..huu
So td,jmpe doc terus kne paksa mkn ubat depan dia jugak then bru dapat ubat and MC...
Now just bole mkn bubur je sebab perut still not in good condition.. doc bagi kita ubat perasa oren tau.
Pulang je dr jmpe doctor tu, mata punya lah mengantuk sampai kan terlelap hingga ke petang.tak sedar ape pun.. and bila bangun je tgk jam dah kul 6.30~~
Badan dah rase okey sikit sekarang...Alhamdulillah :)
Esok wikend,takde plan lagi nk buat ape... minda asyik mintak untuk berehat since dah berminggu busy di opis :(
Pada kawan2 blogger mohon ringan kn tangan LIKE PAGE ----> SNE CAPSULE AJAIB
Ada masalah kesihatan?? Gadis kecil sudi bantu.... call/sms/whatsapp @ 014-3687943 {aishah}


Now active with blog!

Hye semua yg masih rajin berblog! Lama dah rasa nya tinggalkan blog ni..
Mesti ramai yg rindu update dari gadis kecil kan? Heheh (perasan sungguh)

Btw, arini kita cuti sakit... demam :(
Dah berapa hari teruk sgt bekerja plus kene hujan lagi...terus demam
Plan nak amik mc di hari bekerja tercapai.. huhu doa makbul la pulak!!
Nak tahu kenapa dah lame tak update blog ni?
★ sibuk benar dengan tugasan di opis..
★ malam pulak sibuk dengan kawan kawan..
★ wikend pulak kalau tak lepak kat umah keluar merayap.. ish!! Buang masa kan~~

Tapi now! Dah sedar dah, bnyk sgt masa yg ada tak dimanfaatkan dengan betul..so pasni nak rajinkan diri balik update blog kesayangan ni. Kesian dia terbiar.. pada yg rindu gadis kecil berceloteh.. nantikan ye post post terbaru nanti.. kalau tak post boleh lah SOUND kat sini..biar kita ingat sikit janji kita kat blog ...hahaha

Okey lah sampai sini dulu bebelan gadis kecil sebab nak bersiap pegi clinic and amik medical certificate @ MC .. kalau takde ni kang bos kate ponteng kerja pulak..

To all followers, rajin2 la komen and view blog ni balik ye.. :)
Last but not list mohon like page kita SNE KAPSUL AJAIB
If korang ada masalah kesihatan ape saja boleh contact gadis ye..
Nak keterangan lanjut boleh view page di gadis or contact via Call/sms/whatsapp @ 0143687943.

Saturday, February 02, 2013

Talipon pintar idaman

Assalamualaikum

kecoh di facebook kawan kawan duk fight pasal had harga untuk tebus rebate smartphone a.k.a tepon pintar tu..yang aku ni bertahun pakai telephone cam ayam je kot baling kat dinding pun tak rosak okay!!

dulu penah la beli tepon mahal kat kedai cina apek area KL nun, tapi akibat kecuaian sendiri aku mengilis tepon sendiri dengan rasa sukarela nya dengan kereta. sob sob. kisah menyayat hati sungguh kan??


haa ni la tepon yang hanya tinggal kenangan je. masa mula hp ni keluar di pasaran, dikira hp paling canggih la kan. tapi lepas dah digilis sampai berkecai tu, aku taubat dah nak beli hp mahal mahal. biar lah hp cap ayam janji boleh call and sms teman teman..kalau rosak pun takde la terasa sangat kan..

lepas dari peristiwa tu, kebetulan jumpe balik henpon taun 2005 masa mula mula masuk uni dulu..aku guna henpon tu..then masa ada henpon mahal atas ni aku bg adik aku pinjam. terus rosak. at last adik pun beli henpon baru..dia pulangkan balik henpon buruk kat aku.

nak tau henpon cap ayam yg aku maksudkan tak???



tadaaaa.. canggih kan henpon aku.ada torch light lagi. hee ~ ape pun boleh. and masa nak betul kan henpon ni segan giler nak pegi kedai tepon sebab mane ada lagi dah software utk henpon ni jual kt kedai. tapi berbekal kan semangat yang gigih. aku terus cari dan mencari kedai yang available. at last aku dapat jugak.

RM 25.00 for format software only and aku boleh gune semula henpon ni. gembira tak terkata lah. biar ape orang nak kata janji aku ada henpon and tak putus hubungan dengan kawan kawan. untuk ape ada henpon mahal mahal kalau gune just untuk show off kat orang pastu bila suh miskol pun kredit takdok.. ape pun tak boleh. huhuhu

and now, after 3 years aku keje..Alhamdulillah aku mampu memiliki my baby boo ~~~



berkat saving duit gaji and jimat cermat akhirnya aku reward kan diri sendiri dengan ini.... so ada gaya tak? hee

and this thing nak guna untuk buat bisnes.. semoga Allah mudahkan. amin..

Thursday, January 24, 2013

Tahun baru

Assalamualaikum

dua puluh lima hari dah untuk tahun 2013 ni.. aku baru nak update blog. orang hari hari pun update pasal tahun baru azam baru, aku je yang sibuk memanjang. heee..

Tahun 2012, selamat dah berlalu..terlalu banyak kenangan, cabaran, halangan dan kejutan. tapi alhamdulillah semua nya di lalui dengan baik. Kini banyak dah perubahan dalam life. aku jumpe semula identiti diri aku sebelum ni.

cuma.......aku masih lagi BUJANG!! hahahaha

tahun 2013, segala nya baru.. pindah rumah sewa baru. teman baru.rumate baru..

Alhamdulillah segala nya berjalan dengan baik. aku happy sgt di tahun baru aritu, segala hajat dan impian aku termakbul berkat kesabaran dan kekuatan aku dalam menempuh segala halangan dan cabaran.

kini aku lebih serius dan lebih fokus untuk get what i want. semoga Allah bantu kami untuk lalui semua cabaran yang mendatang dengan lebih tabah. InsyaAllah

today cuti sempena hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

no plan at alls.so just stay di rumah and berehat je. semalam dah penat berstress di opis kan.. tension..

sekarang ni keje makin hari makin load nya. so nak kene manage betul betul kalau tak, mmg akan naik la pressure aku ni. hee ~

ape ape pun Alhamdulillah Allah beri bahagia pada ku sekarang. ^^

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...