Monday, September 17, 2012

Tips untuk Kekal Sihat


Assalamualaikum



CLICK PICTURE UNTUK VIEW YANG LEBIH JELAS

Apa la yang aku buat ni kan?? Mesti ramai yang nak tau... Bicara di picture atas tak cukup menyakinkan anda? Takpe, bole view and pergi sendiri di page SNE ! 





click link atas ini automatik korang akan dibawa melayari laman yang penuh dengan keajaiban. Picture atas tu aku dah ajar mane yang korang perlu tengok untuk lihat sendiri keajaiban SNE !


ini bukan multilevel system tapi hanya ingin membantu teman teman agar kekal sihat sentiasa. Penyakit pasti ada ubatnya. so kenapa kita nak berputus asa kan?  Mari saya ajarkan bagaimana untuk menghindari penyakit.


Bukan suruh percaya selain dari Allah, tapi Allah juga sudah berpesan berusaha la kamu dan bertawakal lah kepadaku setelah engkau usahakan segala yang terbaik. Istiqamah selalu mampu membantu anda semua :)

JOm review blog di atas dan ketahui sendiri ape kelebihan Product ini ^^



Sunday, September 16, 2012

perihal hubungan kita

Assalamualaikum







Lepaskan la dia dan biarkan dia bahagia .. Allah tahu ape yang kita perlukan bukan yang kita mahukan. 





Saturday, September 15, 2012

cinta itu tidak terlihat



Assalamualaikum


semoga ada sinar pada hari esok dan seterusnya

bahagia kan kami seperti mana mereka bahagia..

aminn Ya Allah ^^

hati ini dah macam tin kosong

Assalamualaikum


arrini rasa tak best sangat, malam semalam beriya senyum lebar sampai ke telinga.
tup tup bangun pagi hambar sampai la ke malam..

mane kurangnya aku? mane kurangnya dia?

berdiam tu kadang kadang baik, tapi kalau berdiam dan menghilang itu yang tak baik.


menjadi yang terbaik pasti idaman setiap insan. tapi kadang satu pihak nak jugak kene paham satu pihak.

jangan lah terlalu memikirkan hati awak sampai awak lupa nak jaga hati perasaaan orang lain.

aku ni nampak je kuat di luar tapi dalam hati ini rapuh sangat kot. aku je tak nak tunjuk.


makin aku cuba paham, makin aku tak paham. kat mane lagi silap aku pun tak tahu.

bosan jugak kadang kadang bila maaf kita tu tak dihargai.

entah lah.. mungkin sebab terlalu sayang dan memikir yang bukan bukan jadi camni kot.

paling tak suka orang buat kita tertunggu tunggu :(


itu lah yang aku rasa sekarang, aku tak nak bitau kau sebab aku tak nak jadi lemah pada kau

aku nak kau dan aku kuat untuk hadapi semua ini

kalau aku lemah kau pasti lemah..

tapi tolong lah. kau tu semangat untuk aku jadi kuat sebenarnya. 

bila kau pudar aku pun pudar.

nak bangun balik bukan mudah....


eh dah lahh, bosan nya malam ni
internet slow, fesbuk bosan, call and msg senyap sepi............
rasa nak enjoy di pulau pulau :)



Sunday, September 09, 2012

setia and caring

Assalamualaikum






ciri-ciri anak nombor dua :

Rapat dengan ibu bapa.
- Diantara 8 orang adik beradik, aku la paling rapat dengan parents. mereka lebih selesa berbincang dengan aku perihal masalah keluarga and beri peluang pada aku untuk buat keputusan. 


Degil 
- Hoho... Ini adalah perangai aku yang paling tidak boleh dinafikan. Ayah pun kata aku ni seorang yang degil..Entry lepas baru je aku story kan pasal ni. tapi dalam degil aku ni ada manje nyeee. Euuwww! stop ko jah... hahha


Tak pandai pujuk
- Dalam relationship, if si dia merajuk aku memang tak reti nak pujuk. lantak situ la ekau nak merajuk ke hape, aku memang tak reti pujuk. yang aku reti tunjuk yang aku sayang kau je :) My heart full of love !


Setia
- Setia menanti si dia sampai 8 tahun. Lame kan? Haha setia sangat dah nie. kui kui kui 


Hitam / Putih (sukar bertolak ansur)
- Tolak ansur ni tak tau sangat, tapi kebanyakkan perkara aku banyak bertolak ansur. cuma kalau dalam perihal kerja aku memang tak boleh bertolak ansur. kalau salah tetap salah. di opis aku ni terkenal dengan garang nya.


Hati lembut
- Okey, ni memang. disebabkan memiliki hati yang terlalu lembut ini lah membuat aku mudah sangat berasa hati, lepas tu manjang nak sedih sedih tak menentu padahal takde ape pun. hahaha. tapi even hati lembut ni tak mudah berdendam, setiap hari pun dia akan maafkan orang yang bersalah dalam hidup dia :)


Pendirian kadang2 tidak kukuh (untuk jaga hati orang)
- Ini pun sama, hati berbolak balik macam ombak di pantai. HUks! terlalu nak menjaga hati orang akhirnya makan diri sendiri. dah tau perkara tu tak baik untuk orang dan diri tapi still nak buat jugak demi nak jaga hati orang lain. last last diri sendiri yang merana.Adehh ~ lembut benar hati ko ni kak ngah :)


Berdikari
- Alhamdulillah, sepanjang 20 ++ tahun nie (umur dirahsiakan.. heee) banyak la berdikari. Aku bekerja jauh dari keluarga, duduk menyewa dengan rakan rakan. setiap kali berpindah kerja pasti pindah rumah jugak. dah macam orang nomad pun ye jugak. Hehe. tapi aku happy hidup berdikari tak susahkan sesiapa :)

Very take care
- Sangat okeyy! terlalu take care pada orang lain sampai ada yang rimas. Haha. tapi sebab sikap ini lah adik adik makin sayang kakak dia ni :)


Sukar mendengar arahan
- Orang degil and keras kepala memang selalu macam ni. selalu pikir dia betul and malas nk dengar arahan. Haks!


Sukar mengikuti peraturan / undang undang
- Pernah masuk Mahkamah kat Universiti sebab melanggar peraturan. Tahu ape? scan coupon aktiviti untuk dapatkan kolej. At last kantoi terus kene masuk court and kene saman dengan kolej kolej tak dapat langsung. hahaha ..merasa jugak masuk court cume takde pakcik rambut putih tu je. (tuan hakim) hee


Pemaaf dan Caring 
- Dah mention tadi, senang sangat memaafkan semua orang even besar mane pun kesalahan dia. jenis kami ni susah nak berdendam. caring and very caring..


Pakaian (kemas, kadang2 sempoi)
- Selagi boleh sempoi mesti nak sempoi tapi harus kemas dan kene pada gaya nya :)


Sape anak no dua ada tak ciri ciri di atas ...? If ada buat la review tentang diri anda pulak :)

Saturday, September 08, 2012

Madu 3 ...

Assalamualaikum



facebook !

mane yang akan anda buka dahulu diantara tiga?





saje buat servey nie..bosan dah tak tahu nak buat ape petang petang sambil menanti magrib masuk :)



lari dari masalah bukan bagus pun

Assalamualaikum



Dah 2 hari tiada kabar berita dari adik sorang ni, menghilang secara tiba tiba tanpa kabar berita. dan lagi, bila dihubungi langsung takde respond.. Ntah di mana dia berada kami sendiri pun tak tahu. Moga Allah lindungi dia.. 


kenapa? bila ada masalah je mesti nak ambil keputusan untuk lari. selesai ke masalah kalau kita lari dari nya? kadang kadang aku tak paham, melarikan diri ni best sangat ke? kira dah cukup hebat ke? memang tak matang lah bila kau lari dari masalah. nak mendiamkan diri tu bagus tapi bukan dengan cara melarikan diri..

diam dari masalah, itu tanda nya kita nak biar semua reda dan tenang baru la kita selesaikan cuma kene take time untuk diri sendiri dan keadaan sekeliling. 

tapi....


kalau lari dan mendiamkan diri, orang lain tak dapat nak hubungi dengan tak tahu ape masalah nya terpaksa risaukan kamu yang melarikan diri nie. Lebih lebih lagi keluarga, orang yang paling dekat dengan kita. Mereka risaukan kita so jangan la pentingkan diri sendiri. 

orang risau ni makna nya dia sayang bukan nye benci atau nak kongkong. setiap yang keluarga kita lakukan pasti terbaik buat kita. kita je kene pikir positif.. kalau kita tak setuju dengan keputusan keluarga, kita boleh berbincang.. itu yang terbaik. bukan dengan cara nak lari lari ni.. 

tak penat ke? lari sana sini.. pastu confirm la phone korang tu duk bunyi bunyi orang call, pastu tension korang off kan phone lagi lah menambahkan kerisauan orang yang tersayang. jangan buat camtu la aaiiiiiii..

aku ni jenis degil and keras kepala, ayah dengan mak paling susah dengan aku. sampai kan deorang risau sape la bakal kahwin dengan aku ni nanti boleh bertahan ke dengan perangai aku nie.. Huhuhu.. Tapi ayah tau sedegil degil aku ni dilentur mahu jugak mengikut.

ayah dengan mak  tak risau sangat kat aku, sebab aku pikir dulu sebelum buat. terima kasih emak & ayah sebab percayakan saya..

so uols,  bila dah dapat kepercayaan keluarga tu jangan la korang rosak kan. sekali korang rosakkan kepercayaan seseorang terhadap kamu sampai bila bila pun mereka akan sangsi dengan anda.

maka pikir dulu sebelum buat sesuatu okey!

pssst! pulanglah adik, jangan la risaukan hati keluarga awak tu. mereka sayang awak lebih dari segala gala nya.mereka buat semua ini sebab mereka nak yang terbaik untuk awak,  cuma awak jer kene kuatkan hati dan semangat dan jangan banyak sangat merungut.. 



Love will make you always happy and smile.


Jika kasih sayang sentiasa di hati 
pasti setiap perkara yang kita lakukan akan tenang dan rasional
lagi lagi bila bersandarkan cinta kepada ILLAHI .

Allah uji sebab DIA sayang kita =)



Sehati berdansa

Assalamualaikum



ceria sehati berdansa.... 

tak tahu nak kata macam mana tapi itu lah yang dirasa kini.. 
Alhamdulillah rasa itu datang Allah yang beri..

redha lah dengan setiap ketentuanNya..
kini kami bahagia :)



walaupun terkadang harus lalui pelbagai dugaan namun kami sentiasa bersama
ape pun yang di lalui harus tabah, maju kehadapan dan terus maju..
segala yang lepas lupakan..


InsyaAllah, semoga Allah bantu kami untuk terus bahagia..

pssstt !!!


tadi makan banyak and now dah kenyang so ingin lelapkan mata :)






Sunday, September 02, 2012

sunday is holiday



Assalamualaikum


Jika Allah tidak memberimu seseorang yg kamu impikan,
semoga Dia menghadirkan seseorang yg mengimpikanmu...

Bila Allah tidak memberimu seseorang yg kamu rindukan,
semoga Dia menghadirkan seseorang yg merinduimu...

Bila Allah tidak memberimu seseorang yg kamu dambakan,
semoga Dia menghadirkan seseorang yg mendambakanmu...

Bila Allah tidak menyatukanmu dgn orang yg kamu cintai,
semoga Dia menghadirkan seseorang yg mencintaimu
yang hanya bukan ada padamu tetapi pada DIRIMU.....;)




Allah tidak pernah kejam pada hamba Nya. InsyaAllah :)




Doa daku buat kamu

Assalamualaikum


baru habis berbual dengan seseorang yang aku pernah kenal 3 tahun lepas dan pernah singgah dalam hati ini untuk seketika dan kini kami berhubung kembali. 


mungkin dengan mengenali aku untuk seketika itu, dia tahu aku jenis yang macam mane. makanya dia sendiri tidak percaya apa yang terjadi. aku terkadang rasa bersalah pada orang yang pernah hidup dalam hati ini. tapi aku kadang kadang ingin mencari kehidupan aku sendiri.

aku sayangkan dia, sayang dia seperti mana aku sayang kan yang lain. cuma aku rasa sampai sudah masa aku memikirkan diri aku sendiri dan mencari bahagia aku. walaupun aku tahu apa yang aku kejar sekarang ini sesuatu yang tidak pasti tapi aku masih mahu teruskan. Seakan tidak mengerti mengapakah aku harus terus bertahan untuk itu walaupun aku tahu....

mungkin aku akan terluka nanti. 


rasa ini terkadang mahu kembali kepada keadaan normal, dan kadang itu rasa seperti mahu maju ke hadapan dan menghadapi yang mendatang dengan jiwa yang tenang serta kuat! Ya Allah tunjukkan hamba Mu ini jalan yang sebenar- benarnya.


banyak makan hati jugak sebenarnya. tapi aku lupa kan semua itu hanya kerana aku sayang. aku ingin bersama kamu sampai bila bila walaupun aku tahu payah dan susah, aku hanya mampu berusaha dan bertawakal kepada Allah . semoga segala gala nya berhasil ..


kepada kamu yang jauh di sana,

percaya lah dalam hati ini masih ada kamu walaupun kita tidak bersama lagi. Allah tahu yang terbaik buat kita. Jika kamu percaya ini kamu akan lebih yakin untuk teruskan kehidupan dan tenang la wahai sayang ku. Allah tidak menguji hambaNYa jika dia tidak mampu. Aku mengharapkan kamu tenang dan tabah di sana dengan ketiadaan aku di sisi mu. semoga kamu ketemu bahagia yang kamu cari.

Jika ada jodoh antara kita, apa jadi sekali pun akhirnya kita akan bersama juga. cuma sekarang ini kita harus terus berdoa dan ini lah masa untuk kita perbetulkan diri masing masing. Allah maha penyayang. dia uji kita sebab dia sayang kita. InsyaAllah :)




Biarkan warna warna kehidupan kita seceria warna orange di atas. Allah beri lah dia bahagia seperti mana Engkau beri kan aku bahagia . Allah jangan Engkau pesongkan hati dia dan jangan Engkau lupakan dia. Peliharalah dia seperti mana kau memelihara umat umat yang taat pada perintah Mu. Bimbing la hati Nya ke jalan Mu.


Aminnnnnn


Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...