Friday, June 22, 2012

akibat cuaca panas teramat

Assalamualaikum

cuaca panas kan sekarang ni ? cuba lihat kesan bila cuaca panas teramat kat picture bawah nie....







share dari http://jom-santai-aje.blogspot.com/

Tuesday, June 19, 2012

Emergency Leave

Assalamualaikum


Happy tuesday everyone. esok dah rabu yeay !!

arini terpaksa emergency leave sebab masalah tak diduga telah berlaku.. sob sob  Tatkala hati malas nak pegi keje macam macam pulak yang menjadi. semalam malas nak iron baju sebab pikir kan kat opis tak banyak keje nak di buat, so aku mula bosan. dan bila bosan mula malas dalam semua hal.

paksa bangun mandi, paksa jugak bawak kereta. setiba di lampu isyarat yang entah ke berapa.. 

Duuummmmm!!! bunyi kuat dari arah tayar belah driver.. kereta mula hilang kawalan dan harus dibehentikan. aku yang mula panik, terus benti di tepi jalan.

tapi, keadaan seperti tak mengizinkan kereta ku untuk terus berada di situ. so nak tak nak, aku terpaksa jugak pandu secara perlahan ke arah tepi dan akhirnya berjaya membawa kereta ke satu lorong yang tak banyak kereta. 

Alhamdulillahh ^^

Hurm... tayar kereta pecah akibat langgar pembahagi jalan .. sob sob !! padahal tayar baru tu... bukan rezeki ler tuh. REDHA !!!

Then call kawan kawan.. Alhamdulillah di sini lah untung nya ada ramai kawan. di kala susah senang sentiasa ada bersama :) Thanks to all of you yang sudi membantu..

Pada hero dua orang yang bertungkus lumus tukar kan tayar pagi tadi sampai keluar peluh jantan mereka thank alotss ~ hehehehehe

esok dah kene masuk keje semula.. Hope okey lah di opis nanti :)


* tayar kereta banyak jenama. 4 tayar 4 jenama *





Friday, June 15, 2012

Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical

Assalamualaikum



Di pagi jumaat yang mulia ni, rasa macam nak join segmen. so tadi blogwalking tup tup jumpe blog Ajamoppical ni. so meh ramai ramai join segmen nie...nak tag semua yang lalu lalang kat blog comot nie.

Happy weekend everyone !!


pissttt ~ dah jumaat esok happy nak jumpe kawan kawan kelab =)

Sunday, June 10, 2012

rohypnol taktik baru perogol

HARAP DENGAN PERKONGSIAN INI , kita dapat menyelamatkan wanita-wanita diluar sana...
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad...ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Thursday, June 07, 2012

majlis kahwin jadi umpatan orang

Assalamualaikum

baru je lepas menarik nafas lega...
closing account bulan May dah selesai..
now nak teruskan tanggungjawan untuk bulan Jun pulak..
kerja mana pernah habis..
so jangan lah suka tanya pada staff kerja dah siap ke?

rindu pada kawan kawan..
team gelak tawa dah ramai yang kawin
masing masing dah ada life sendiri
so memang payah nak jumpe
wikend lepas je ramai yang selamat bina fasa hidup baru

terdetik di hati sendiri
bila pulak turn aku??
sambil merenung gambar gambar di fesbuk
tengok bride and groom sume cantik cantik belaka

takpe lah,
sampai jodoh and masa kahwin la kan.
ayat pujuk hati sendiri.
hehehehe

cuma nak tanya,
salah ke kalau kita buat majlis kawin simple simple?
ajak teman rapat rapat je..
buat doa selamat je..
pelamin buat sendiri,
tepung tawar jadi tepung manis buat cekodok je

photoshoot pakai camera sendiri je
edit sendiri lepas tu pegi cuci kedai gambar,
lagi jimat.

bab baju,
nak design sendiri and make sure baju tu bole pakai lain kali
so takde la membazir kan..
hantaran pun simple je.
duit hantaran pun guna je semua buat belanja kenduri kawin.
tapi pandai pandai sendiri budget.

door gift pun,
anything yang orang tak kan buang
like makanan no need beg beg or kotak kotak
bunga bunga telur tu pun tak payah.
mak kata tak payah simpan buat habuk je.
so org akan buang .. betul tak?

tapi orang sekarang ni,
bila majlis simple simple je.
mula la mulut tu tak reti tutup
kumat sana kamit sini
ngata itu ini..

tapi satu je prinsip aku pegang
mulut orang memang tak leh nak tutup
mulut tempayan boleh. heee ~

jangan nak ikut orang sangat la kan
janji semua nya selamat and berkat
kahwin nak whole life
bukan sehari dua
buat majlis grand grand
last last duit habis.
lepas kahwin
sume mende nak catu

so do as you wish.
okeh..





Saturday, June 02, 2012

fasa kehidupan

Assalamualaikum

Perbezaan pemikiran mengikut umur ;

Seawal 7 tahun

mungkin masa ni, langsung tak terfikir apa apa since ayah dan emak yang menguruskan semuanya. apa yang kita tau nak bermain dan bersuka tanpa rasa serba salah langsung. masa ni jugak, kita tak fikir pun nak belajar ke ape ke. yang kita tau nak suka suka je. sampai buat keje sekolah pun boleh tertido dengan pensil masih tegak di tangan. eheee ^^


Pertengahan 15 tahun

memikirkan macam mane nak belajar sebab masa ni dah ada pesaing belajar, sape tak bersungguh sungguh tak berjaya. so nak tak nak kene la belajar rajin rajin. masa dulu famous dengan perkataan belajar sampai ke menara gading. and masa ni kene amik periksa PMR, so nk struggle to make sure kita dapat sambung kos yang kita nk masa form 4. selesai PMR.............

Masuk 18 tahun,

dah abis SPM, now kalau kita luck, dapat la belajar kat universiti kalo tak sambung la STPM, sijil or diploma. tapi masing masing ada cara masing masing nk berjaya. cuma kita ni manusia mesti la nak yang terbaik dalam hidup kan. untuk memastikan kita pass kat universiti macam macam kita buat, stay up study sampai pagi, hafal sana sini, study group dengan kawan kawan. buat la ape je yang kita rasa berbaloi untuk berjaya. 

Mencecah 24 tahun.

Nak pikir keje pulak mula lah log in internet, masuk jobstreet, monster job, paper, tnya kawan kawan, pegi sana sini walk in interview untuk dapatkan kerja. untung dapat big company terus, kalo start la dengan small or medium company. janji dapat keje. dapat duit poket nak sara diri sendiri. dah 25 tahun kan, tak kan nak mintak mak ayah lagi tanggung. malu lah sikit.

now dah 3 tahun keje.

kumpul duit banyak mane dah? 

bila nak kawin?

calon dah ada ke?

soalan yang sering kita dengar bila umur dah mencecah 25 tahun keatas. tertekan kot, ingat keje 3 tahun dah boleh kumpul duit puluh ribu ke? kalo setakat gaji seribu lebih je memang ngam ngam nak sara diri sendiri lah, tapi kalo yang bernasib baik terus company besar memang syok lah sebab boleh saving banyak sikit kan.

now, tengah stress camne nak saving money. sape yang takmo kawin babe ~ tapi agak lah, sekarang ni cost living tinggi sume pun nak pakai duit so kene pandai pandai lah menguruskan duit anda yep. 

pada yang belum kawin tu, sabar ye pelan pelan jangan gelojoh .. arini je jalan jem terok sebab orang ramai kawin. hahahahahaha




Friday, June 01, 2012

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...