Wednesday, May 30, 2012

9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak

Assalamualaikum.....


Sebenarnya chef-chef yang terkenal di seluruh dunia sudah semestinya kaum lelaki bukan? Lihat sahaja di Malaysia,semua kenal dengan Chef Wan, chef yang cukup dikenali ramai.. Tapi tahukah anda yang kebanyakkan lelaki ni memang jarang nak memasak.. betul tak? ekeke. Jom tengok antara 9 fakta-fakta menarik apabila lelaki memasak..


1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.

3) Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.


8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat awek. Tak pun dalam proses nak mengorat.. hahaha

Memilih Cermin Mata Yang Sesuai

Assalamualaikum....




BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.
Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan ‘efek helah’ untuk ‘menghodohkan’ wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan ‘bantuan penglihatan’ ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.


Kepala bulat


Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.


GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.


Kepala petak


Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh ‘melembutkan’ sedikit bentuk kepala anda.


Kepala bujur


Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.


Kepala segi tiga


Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.


Kepala bentuk hati


Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.


Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.


Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.


Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya ‘berapa kuasa cermin mata anda?’


Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.


Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.


Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.


Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.

Kredit:Gempak.Org
Add caption

Thursday, May 24, 2012

bos berlagak pulak dah

Assalamualaikum

Kenapa ramai orang bila jadi boss suka berlagak ?

suka cakap besar?

adakah sebab gaji mereka besar so diaorang boleh berlagak besar besar nie?

ceh !!  bila tak cakap, salah... bila cakap pulak, cari salah.



hurmm. dugaan bekerja tapi kita kene senyum :)




sponge bob !! senyun nampak gigi ~ weee ^^

Cinderella dgn putera raja

Assalamualaikum

Update!

baru balik dari kelas kaunseling kat uitm shah alam. so seronok since jumpe sume ahli kelab. borak borak sampai tak sedar jam dah berbunyi. kalo zaman cinderella, dari kete kuda berhias dah bole bertukar jadi labu semula dah. hehehehe. nasib la aku bawak iswara buat dari besi :)

tapi kan, dalam keseronokan ada kesedihan sebab ada orang cemburu ! dia jeleskan aku bila aku mesra dengan kawan kawan. just nak mintak satu perkara je dengan dia please please please understand me, I kenal peers lagi lame dari i kenal U. so tolong faham dunia I is Peers family. I sayang kelab i tu.

walau ape pun u nak kata, i tetap akan pegi.lagi lagi sekarang ni U and I just a friend only. so i ada hak nak buat ape yg i nak selagi i rasa perkara tu tak salah . tak payah nak merajuk sgt dengan I sebab I ada U and U ada I .


perghh ~ ape yang I  U I  U memalam ni cik kak oi ? pegi tido lah. Jom niat puasa. esok kita puasa lagi.





selamat malam :)


tata ^^

Sunday, May 20, 2012

Entri hari AHAD

Assalamualaikum

Wikend datang lagi, even suka weekend tapi still tak tahu nak buat ape di rumah. since now stay kat shah alam jauh dari kawan kawan so macam susah nak lepak dengan kawan lain. dulu masa duk serdang, senang je nak ajak keluar sebab masing masing dekat dekat.

Now, semua dah jauh..then nak berjalan sume nak gune duit. Tau je lah shah alam nie makan pun susah nak dapat RM 5 sekali makan. mesti lebih dari itu. Haisshh ~~ how?? tak boleh nak mengeluhkan.. sebab jalan dah diberi and aku dah pilih dengan redha. cuma..terkadang tu pikirkan diri sendiri sentiasa tak mencukupi walaupun dah diberi lebih.

sebut pasal ni, di opis baru je rombak management so department TQM kene bubar, and all the staff dalam department tu kene transfer to other department. kesian jugak la, sbb deorg kene tukar without notice. tau tau je dah kene pindah. Erm.. and ada sorg kawan opis nie, dia dah biasa buat keje TQM tiba tiba kene handle production. memang pening sebab dari working paper ke production nak kene tau banyak perkara. 

dia mengadu dengan aku, dia tak boleh kerja sekarang nie since dia xminat dengan kerja dia sekarang. tapi aku bnyk nasihatkan dia since aku kata kene bersyukur dengan ape yg ada. tak boleh mengeluh sebab org lain nak cari keje pun susah (since aku penah rasa susah itu)...

tapi aku nasihatkan dia keje biar ikhlas..kalo tak happy tak yah buat keje tu. so better get a better job.. and if kita happy baru lah kita ikhlas. hehe

so kawan kawan semua. jgn selalu bersedih dengan kesusahan yg kita alami. Allah hanya akan menguji umatNYa sebab dia tahu kita mampu. :) Ape yang perlu kita buat usaha dan terus usaha. Allah sentiasa ada dengan kita.

InsyaAllah !!


lama tak update blog. nak jadikan rutin harian lah pasni mengupdate  ~ hihihi


Sunday, May 13, 2012

carta hati - solat

Assalamualaikum




jom layan video ni and sama sama kita amalkan 






solat di carta hati :)

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...