Saturday, June 02, 2012

fasa kehidupan

Assalamualaikum

Perbezaan pemikiran mengikut umur ;

Seawal 7 tahun

mungkin masa ni, langsung tak terfikir apa apa since ayah dan emak yang menguruskan semuanya. apa yang kita tau nak bermain dan bersuka tanpa rasa serba salah langsung. masa ni jugak, kita tak fikir pun nak belajar ke ape ke. yang kita tau nak suka suka je. sampai buat keje sekolah pun boleh tertido dengan pensil masih tegak di tangan. eheee ^^


Pertengahan 15 tahun

memikirkan macam mane nak belajar sebab masa ni dah ada pesaing belajar, sape tak bersungguh sungguh tak berjaya. so nak tak nak kene la belajar rajin rajin. masa dulu famous dengan perkataan belajar sampai ke menara gading. and masa ni kene amik periksa PMR, so nk struggle to make sure kita dapat sambung kos yang kita nk masa form 4. selesai PMR.............

Masuk 18 tahun,

dah abis SPM, now kalau kita luck, dapat la belajar kat universiti kalo tak sambung la STPM, sijil or diploma. tapi masing masing ada cara masing masing nk berjaya. cuma kita ni manusia mesti la nak yang terbaik dalam hidup kan. untuk memastikan kita pass kat universiti macam macam kita buat, stay up study sampai pagi, hafal sana sini, study group dengan kawan kawan. buat la ape je yang kita rasa berbaloi untuk berjaya. 

Mencecah 24 tahun.

Nak pikir keje pulak mula lah log in internet, masuk jobstreet, monster job, paper, tnya kawan kawan, pegi sana sini walk in interview untuk dapatkan kerja. untung dapat big company terus, kalo start la dengan small or medium company. janji dapat keje. dapat duit poket nak sara diri sendiri. dah 25 tahun kan, tak kan nak mintak mak ayah lagi tanggung. malu lah sikit.

now dah 3 tahun keje.

kumpul duit banyak mane dah? 

bila nak kawin?

calon dah ada ke?

soalan yang sering kita dengar bila umur dah mencecah 25 tahun keatas. tertekan kot, ingat keje 3 tahun dah boleh kumpul duit puluh ribu ke? kalo setakat gaji seribu lebih je memang ngam ngam nak sara diri sendiri lah, tapi kalo yang bernasib baik terus company besar memang syok lah sebab boleh saving banyak sikit kan.

now, tengah stress camne nak saving money. sape yang takmo kawin babe ~ tapi agak lah, sekarang ni cost living tinggi sume pun nak pakai duit so kene pandai pandai lah menguruskan duit anda yep. 

pada yang belum kawin tu, sabar ye pelan pelan jangan gelojoh .. arini je jalan jem terok sebab orang ramai kawin. hahahahahaha




0 orang dah komen, anda bila lagi ?:

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...