Friday, January 27, 2012

nikahi ku tanpa hantaran

Assalamualaikum

salam sayang buat semua. pasangan muda mudi kini makin hari makin bertambah. setiap generasi ada permasalahan mereka sendiri. begitu juga aku sebagai seorang manusia. dan masalah itu akan mematangkan kehidupan. 

aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. seperti insan lain yang ingin dikasihi dan mengasihi.

jiwa tidak tenang selagi kau belum nikahi aku. bukan sebab takut kehilangan kau. tapi takut amalan yang ku lakukan seharian tidak diterima Illahi, Nauzubillah. 

maka nya, ku sudah beritahu nikahi aku tanpa sebarang hantaran. cukup hanya kau memenuhi rukun nikah yakni pengantin lelaki, ijab dan kabul dan selesai itu sah lah sudah kau menjadi suami ku. 

tidak banyak ku pinta, NIKAHI ku  agar kau dan aku mampu melayari bahtera kehidupan ini dengan tenang dan bahagia serta diredhai Allah. InsyaAllah. 

usah kau ragu dan takut memikul tanggungjawab itu, kerna itu akan kita harungi bersama-sama nanti. susah senang bersama-sama. andai ku salah kau tegur, andai kau salah ku perbetulkan. hidup saling perlu memerlukan. baru lah aman bahagia .

ku ingin hidup bersama mu sehingga ke akhir hayat bukan sebagai kekasih tetapi sebagai SUAMI.

*dari petikan sebuah buku*

nak nikah jugak ^^

4 orang dah komen, anda bila lagi ?:

emy|farid said...

bila kita ingat dan kita sedar..... maka insyAllah, smuanya diredhai..... amin

ann said...

mintak izin nak copy bole ?

ann said...

mintak izin nak copy bole ?

Ana Aishah said...

kan emy? sedar dan lakukan yg disuruh agama bukan disuruh budaya :)

ann~ sila kan. ilmu untuk dikongsi bersama :)sebar2 kan lah . hihi

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...