Wednesday, December 12, 2012

~121212~

Assalamualaikum


Perjalanan tahun dua ribu dua belas yang penuh liku bakal berakhir tidak lama lagi.
segala kenangan manis mahupun pahit akan menjadi kenangan...
perkara yang baik akan disimpan sebaik baik nya.. dan yang buruk akan dijadikan pengajaran
perihal kehidupan, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan...
aku masih lagi takut nak menghadapi penghujung tahun ini...
pekara yang dirancang, mungkinkah akan menjadi kenyataan?

kini 'dia' tidak lagi bersama aku,
punya kehidupan sendiri...
punya cara yang tersendiri...
jauh di sudut hati.. aku rindu
aku masih sayang
dan masih memerlukan..
cukup hanya sebagai teman...

tapi itu tidak mungkin akan berlaku..
kerna 'dia' tidak lagi perlukan aku
seperti dulu...
aku paham dan mengerti


aku bukan lagi untuk 'dia' untuk kali ini
doa dan harapan
semoga bahagia selalu
dan percaya lah,
tidak akan aku buang kau jauh dari sanubari
seperti mana kau buangkan aku..

semoga perancangan aku didengari Allah..
Allah permudahkan dan percepatkan..
Ameeenn....


19 days to go.......




Monday, October 01, 2012

satu october 2012

Assalamualaikum



1 october :

awal bangun arini sebab nak kejut orang.. dia ada interview arini.

permulaan hari yang baik semoga semua nya baik baik belaka.

okey.. monday blues sedang mengular nie..


mood kerja sila lah datang,..


sedang mengejar date untuk closing account month end..

harap semua berjalan lancar.. hee ~

ok lah nak start buat keje dulu...

take care all of you...

Monday, September 17, 2012

Tips untuk Kekal Sihat


Assalamualaikum



CLICK PICTURE UNTUK VIEW YANG LEBIH JELAS

Apa la yang aku buat ni kan?? Mesti ramai yang nak tau... Bicara di picture atas tak cukup menyakinkan anda? Takpe, bole view and pergi sendiri di page SNE ! 





click link atas ini automatik korang akan dibawa melayari laman yang penuh dengan keajaiban. Picture atas tu aku dah ajar mane yang korang perlu tengok untuk lihat sendiri keajaiban SNE !


ini bukan multilevel system tapi hanya ingin membantu teman teman agar kekal sihat sentiasa. Penyakit pasti ada ubatnya. so kenapa kita nak berputus asa kan?  Mari saya ajarkan bagaimana untuk menghindari penyakit.


Bukan suruh percaya selain dari Allah, tapi Allah juga sudah berpesan berusaha la kamu dan bertawakal lah kepadaku setelah engkau usahakan segala yang terbaik. Istiqamah selalu mampu membantu anda semua :)

JOm review blog di atas dan ketahui sendiri ape kelebihan Product ini ^^



Sunday, September 16, 2012

perihal hubungan kita

Assalamualaikum







Lepaskan la dia dan biarkan dia bahagia .. Allah tahu ape yang kita perlukan bukan yang kita mahukan. 





Saturday, September 15, 2012

cinta itu tidak terlihat



Assalamualaikum


semoga ada sinar pada hari esok dan seterusnya

bahagia kan kami seperti mana mereka bahagia..

aminn Ya Allah ^^

hati ini dah macam tin kosong

Assalamualaikum


arrini rasa tak best sangat, malam semalam beriya senyum lebar sampai ke telinga.
tup tup bangun pagi hambar sampai la ke malam..

mane kurangnya aku? mane kurangnya dia?

berdiam tu kadang kadang baik, tapi kalau berdiam dan menghilang itu yang tak baik.


menjadi yang terbaik pasti idaman setiap insan. tapi kadang satu pihak nak jugak kene paham satu pihak.

jangan lah terlalu memikirkan hati awak sampai awak lupa nak jaga hati perasaaan orang lain.

aku ni nampak je kuat di luar tapi dalam hati ini rapuh sangat kot. aku je tak nak tunjuk.


makin aku cuba paham, makin aku tak paham. kat mane lagi silap aku pun tak tahu.

bosan jugak kadang kadang bila maaf kita tu tak dihargai.

entah lah.. mungkin sebab terlalu sayang dan memikir yang bukan bukan jadi camni kot.

paling tak suka orang buat kita tertunggu tunggu :(


itu lah yang aku rasa sekarang, aku tak nak bitau kau sebab aku tak nak jadi lemah pada kau

aku nak kau dan aku kuat untuk hadapi semua ini

kalau aku lemah kau pasti lemah..

tapi tolong lah. kau tu semangat untuk aku jadi kuat sebenarnya. 

bila kau pudar aku pun pudar.

nak bangun balik bukan mudah....


eh dah lahh, bosan nya malam ni
internet slow, fesbuk bosan, call and msg senyap sepi............
rasa nak enjoy di pulau pulau :)



Sunday, September 09, 2012

setia and caring

Assalamualaikum






ciri-ciri anak nombor dua :

Rapat dengan ibu bapa.
- Diantara 8 orang adik beradik, aku la paling rapat dengan parents. mereka lebih selesa berbincang dengan aku perihal masalah keluarga and beri peluang pada aku untuk buat keputusan. 


Degil 
- Hoho... Ini adalah perangai aku yang paling tidak boleh dinafikan. Ayah pun kata aku ni seorang yang degil..Entry lepas baru je aku story kan pasal ni. tapi dalam degil aku ni ada manje nyeee. Euuwww! stop ko jah... hahha


Tak pandai pujuk
- Dalam relationship, if si dia merajuk aku memang tak reti nak pujuk. lantak situ la ekau nak merajuk ke hape, aku memang tak reti pujuk. yang aku reti tunjuk yang aku sayang kau je :) My heart full of love !


Setia
- Setia menanti si dia sampai 8 tahun. Lame kan? Haha setia sangat dah nie. kui kui kui 


Hitam / Putih (sukar bertolak ansur)
- Tolak ansur ni tak tau sangat, tapi kebanyakkan perkara aku banyak bertolak ansur. cuma kalau dalam perihal kerja aku memang tak boleh bertolak ansur. kalau salah tetap salah. di opis aku ni terkenal dengan garang nya.


Hati lembut
- Okey, ni memang. disebabkan memiliki hati yang terlalu lembut ini lah membuat aku mudah sangat berasa hati, lepas tu manjang nak sedih sedih tak menentu padahal takde ape pun. hahaha. tapi even hati lembut ni tak mudah berdendam, setiap hari pun dia akan maafkan orang yang bersalah dalam hidup dia :)


Pendirian kadang2 tidak kukuh (untuk jaga hati orang)
- Ini pun sama, hati berbolak balik macam ombak di pantai. HUks! terlalu nak menjaga hati orang akhirnya makan diri sendiri. dah tau perkara tu tak baik untuk orang dan diri tapi still nak buat jugak demi nak jaga hati orang lain. last last diri sendiri yang merana.Adehh ~ lembut benar hati ko ni kak ngah :)


Berdikari
- Alhamdulillah, sepanjang 20 ++ tahun nie (umur dirahsiakan.. heee) banyak la berdikari. Aku bekerja jauh dari keluarga, duduk menyewa dengan rakan rakan. setiap kali berpindah kerja pasti pindah rumah jugak. dah macam orang nomad pun ye jugak. Hehe. tapi aku happy hidup berdikari tak susahkan sesiapa :)

Very take care
- Sangat okeyy! terlalu take care pada orang lain sampai ada yang rimas. Haha. tapi sebab sikap ini lah adik adik makin sayang kakak dia ni :)


Sukar mendengar arahan
- Orang degil and keras kepala memang selalu macam ni. selalu pikir dia betul and malas nk dengar arahan. Haks!


Sukar mengikuti peraturan / undang undang
- Pernah masuk Mahkamah kat Universiti sebab melanggar peraturan. Tahu ape? scan coupon aktiviti untuk dapatkan kolej. At last kantoi terus kene masuk court and kene saman dengan kolej kolej tak dapat langsung. hahaha ..merasa jugak masuk court cume takde pakcik rambut putih tu je. (tuan hakim) hee


Pemaaf dan Caring 
- Dah mention tadi, senang sangat memaafkan semua orang even besar mane pun kesalahan dia. jenis kami ni susah nak berdendam. caring and very caring..


Pakaian (kemas, kadang2 sempoi)
- Selagi boleh sempoi mesti nak sempoi tapi harus kemas dan kene pada gaya nya :)


Sape anak no dua ada tak ciri ciri di atas ...? If ada buat la review tentang diri anda pulak :)

Saturday, September 08, 2012

Madu 3 ...

Assalamualaikum



facebook !

mane yang akan anda buka dahulu diantara tiga?





saje buat servey nie..bosan dah tak tahu nak buat ape petang petang sambil menanti magrib masuk :)



lari dari masalah bukan bagus pun

Assalamualaikum



Dah 2 hari tiada kabar berita dari adik sorang ni, menghilang secara tiba tiba tanpa kabar berita. dan lagi, bila dihubungi langsung takde respond.. Ntah di mana dia berada kami sendiri pun tak tahu. Moga Allah lindungi dia.. 


kenapa? bila ada masalah je mesti nak ambil keputusan untuk lari. selesai ke masalah kalau kita lari dari nya? kadang kadang aku tak paham, melarikan diri ni best sangat ke? kira dah cukup hebat ke? memang tak matang lah bila kau lari dari masalah. nak mendiamkan diri tu bagus tapi bukan dengan cara melarikan diri..

diam dari masalah, itu tanda nya kita nak biar semua reda dan tenang baru la kita selesaikan cuma kene take time untuk diri sendiri dan keadaan sekeliling. 

tapi....


kalau lari dan mendiamkan diri, orang lain tak dapat nak hubungi dengan tak tahu ape masalah nya terpaksa risaukan kamu yang melarikan diri nie. Lebih lebih lagi keluarga, orang yang paling dekat dengan kita. Mereka risaukan kita so jangan la pentingkan diri sendiri. 

orang risau ni makna nya dia sayang bukan nye benci atau nak kongkong. setiap yang keluarga kita lakukan pasti terbaik buat kita. kita je kene pikir positif.. kalau kita tak setuju dengan keputusan keluarga, kita boleh berbincang.. itu yang terbaik. bukan dengan cara nak lari lari ni.. 

tak penat ke? lari sana sini.. pastu confirm la phone korang tu duk bunyi bunyi orang call, pastu tension korang off kan phone lagi lah menambahkan kerisauan orang yang tersayang. jangan buat camtu la aaiiiiiii..

aku ni jenis degil and keras kepala, ayah dengan mak paling susah dengan aku. sampai kan deorang risau sape la bakal kahwin dengan aku ni nanti boleh bertahan ke dengan perangai aku nie.. Huhuhu.. Tapi ayah tau sedegil degil aku ni dilentur mahu jugak mengikut.

ayah dengan mak  tak risau sangat kat aku, sebab aku pikir dulu sebelum buat. terima kasih emak & ayah sebab percayakan saya..

so uols,  bila dah dapat kepercayaan keluarga tu jangan la korang rosak kan. sekali korang rosakkan kepercayaan seseorang terhadap kamu sampai bila bila pun mereka akan sangsi dengan anda.

maka pikir dulu sebelum buat sesuatu okey!

pssst! pulanglah adik, jangan la risaukan hati keluarga awak tu. mereka sayang awak lebih dari segala gala nya.mereka buat semua ini sebab mereka nak yang terbaik untuk awak,  cuma awak jer kene kuatkan hati dan semangat dan jangan banyak sangat merungut.. 



Love will make you always happy and smile.


Jika kasih sayang sentiasa di hati 
pasti setiap perkara yang kita lakukan akan tenang dan rasional
lagi lagi bila bersandarkan cinta kepada ILLAHI .

Allah uji sebab DIA sayang kita =)



Sehati berdansa

Assalamualaikum



ceria sehati berdansa.... 

tak tahu nak kata macam mana tapi itu lah yang dirasa kini.. 
Alhamdulillah rasa itu datang Allah yang beri..

redha lah dengan setiap ketentuanNya..
kini kami bahagia :)



walaupun terkadang harus lalui pelbagai dugaan namun kami sentiasa bersama
ape pun yang di lalui harus tabah, maju kehadapan dan terus maju..
segala yang lepas lupakan..


InsyaAllah, semoga Allah bantu kami untuk terus bahagia..

pssstt !!!


tadi makan banyak and now dah kenyang so ingin lelapkan mata :)






Sunday, September 02, 2012

sunday is holiday



Assalamualaikum


Jika Allah tidak memberimu seseorang yg kamu impikan,
semoga Dia menghadirkan seseorang yg mengimpikanmu...

Bila Allah tidak memberimu seseorang yg kamu rindukan,
semoga Dia menghadirkan seseorang yg merinduimu...

Bila Allah tidak memberimu seseorang yg kamu dambakan,
semoga Dia menghadirkan seseorang yg mendambakanmu...

Bila Allah tidak menyatukanmu dgn orang yg kamu cintai,
semoga Dia menghadirkan seseorang yg mencintaimu
yang hanya bukan ada padamu tetapi pada DIRIMU.....;)




Allah tidak pernah kejam pada hamba Nya. InsyaAllah :)




Doa daku buat kamu

Assalamualaikum


baru habis berbual dengan seseorang yang aku pernah kenal 3 tahun lepas dan pernah singgah dalam hati ini untuk seketika dan kini kami berhubung kembali. 


mungkin dengan mengenali aku untuk seketika itu, dia tahu aku jenis yang macam mane. makanya dia sendiri tidak percaya apa yang terjadi. aku terkadang rasa bersalah pada orang yang pernah hidup dalam hati ini. tapi aku kadang kadang ingin mencari kehidupan aku sendiri.

aku sayangkan dia, sayang dia seperti mana aku sayang kan yang lain. cuma aku rasa sampai sudah masa aku memikirkan diri aku sendiri dan mencari bahagia aku. walaupun aku tahu apa yang aku kejar sekarang ini sesuatu yang tidak pasti tapi aku masih mahu teruskan. Seakan tidak mengerti mengapakah aku harus terus bertahan untuk itu walaupun aku tahu....

mungkin aku akan terluka nanti. 


rasa ini terkadang mahu kembali kepada keadaan normal, dan kadang itu rasa seperti mahu maju ke hadapan dan menghadapi yang mendatang dengan jiwa yang tenang serta kuat! Ya Allah tunjukkan hamba Mu ini jalan yang sebenar- benarnya.


banyak makan hati jugak sebenarnya. tapi aku lupa kan semua itu hanya kerana aku sayang. aku ingin bersama kamu sampai bila bila walaupun aku tahu payah dan susah, aku hanya mampu berusaha dan bertawakal kepada Allah . semoga segala gala nya berhasil ..


kepada kamu yang jauh di sana,

percaya lah dalam hati ini masih ada kamu walaupun kita tidak bersama lagi. Allah tahu yang terbaik buat kita. Jika kamu percaya ini kamu akan lebih yakin untuk teruskan kehidupan dan tenang la wahai sayang ku. Allah tidak menguji hambaNYa jika dia tidak mampu. Aku mengharapkan kamu tenang dan tabah di sana dengan ketiadaan aku di sisi mu. semoga kamu ketemu bahagia yang kamu cari.

Jika ada jodoh antara kita, apa jadi sekali pun akhirnya kita akan bersama juga. cuma sekarang ini kita harus terus berdoa dan ini lah masa untuk kita perbetulkan diri masing masing. Allah maha penyayang. dia uji kita sebab dia sayang kita. InsyaAllah :)




Biarkan warna warna kehidupan kita seceria warna orange di atas. Allah beri lah dia bahagia seperti mana Engkau beri kan aku bahagia . Allah jangan Engkau pesongkan hati dia dan jangan Engkau lupakan dia. Peliharalah dia seperti mana kau memelihara umat umat yang taat pada perintah Mu. Bimbing la hati Nya ke jalan Mu.


Aminnnnnn


Friday, August 31, 2012

Rasa ini





Assalamualaikum


pepatah ada tertulis, Andai kamu benar benar mencintai seseorang lepaskan kan la dia pergi, jika dia kembali kepadamu semula maka dia akan jadi milikmu selama lama nya. Dengan itu, hanya perlu doa dan teruss berdoa sekarang agar setiap yang diimpikan menjadi kenyataan.

segala gala nya hanya kembali kepada fitrah. Allah sentiasa membantu hamba Nya dan mendengar rintihan hati hamba nya. semoga termkbul lah hajat kami. Aminnnnn..

Begitu banyak perkara dan dugaan yang harus dilalui tapi Alhamdulillah segala gala nya dilalui dengan baik. Allah sentiasa ada dengan kami. kerana niat kami baik. InsyaAllah, semoga hubungan ini dirahmati dan dilindungi.. 

kawan kawan doakan kami ye agar dapat lalui perjalanan hubungan ini dengan tenang dan semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat. Amin.. 


buat kamu di sana,

aku sayang kamu kerana ALLAH :)






Wednesday, August 29, 2012

Lebih Yakin dengan kamu



Assalamualaikum



Sebelumnya tak ada yang mampu
Mengajakku untuk bertahan
Di kala sedih

Sebelumnya ku ikat hatiku
Hanya untuk aku seorang
Sekarang kau di sini hilang rasanya
Semua bimbang tangis kesepian

Reff:
Kau buat aku bertanya
Kau buat aku mencari
Tentang rasa ini
Aku tak mengerti
Akankah sama jadinya
Bila bukan kamu
Lalu senyummu menyadarkanku
Kau cinta pertama dan terakhirku

Sebelumnya tak mudah bagiku
Tertawa sendiri di kehidupan
Yang kelam ini

Sebelumnya rasanya tak perlu
Membagi kisahku saat ada yang mengerti
Sekarang kau di sini hilang rasanya
Semua bimbang tangis kesepian

Repeat Reff

Bila suatu saat kau harus pergi
Jangan paksa aku 'tuk cari yang lebih baik
Karena senyummu menyadarkanku
Kaulah cinta pertama dan terakhirku

Takkan Pernah Ada



Assalamualaikum


takkan ada lagi yang dapat mengantikan tempat mu..
mungkin terkadang aku meragui kamu 
tapi itu kerana aku terlalu sayangkan kamu..

percayalah, aku mahu kamu 
moga Allah perkenankan doa ku ini


Aminn ^^

Tuesday, August 28, 2012

Jom layan



suka video ni.. jom kita layan jap =)

Monday, August 27, 2012

Polis wanita

Assalamualaikum






hope sangat dapat kepastian tidak lame lagi.. Aminnn 


=)

Friday, August 24, 2012

REDHA dengan PETUNJUK

Assalamualaikum



Allah dah beri petunjuk...

saya yang minta DIA beri petunjuk tu..

so sepatutnya saya kene gembira...

makanya, REDHA lah dengan segala ketentuanNYA.

Terima kasih Allah

Syukur Alhamdulillah





Thursday, August 23, 2012

beribu sesalan

Assalamualaikum



ku sangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengah hari

dia datang bawa seribu harapan
dan kini dia sendiri yang hancurkan segala gala nya

owhhhh... baru ku tahu kini
dia sekadar menggunakan kelemahan yang aku ada
untuk kepentingan diri dia sendiri

lebaran kali ini betul betul bermakna bagi diri aku
walaupun tidak disambut meriah
tapi, aku bangga dengan diri aku sendiri

aku dah lalui banyak jatuh bangun dalam hidup nie
even susah macam mane pun
aku tetap mampu berdiri teguh

manisnya mulut badan binasa
bukan kerana mulut badan binasa...

BERHENTI !
biarkan aku pergi dan jangan datang lagi..

aku ingin sendiri
dan mengabdikan diri

DIA tahu ape yang terbaik buat diri ini





Saturday, August 18, 2012

salam lebaran

Assalamualaikum


Salam lebaran buat semua blogger dan kaum muslim dan muslimat :)


semoga raya di tahun ini lebih bermakna dan kita berkesempatan untuk ramadhan tahun hadapan.


insyaAllah, aminnnn =)


take care semua and hati hati di jalan raya.. have a safe journey !!!


love all =)

Wednesday, August 15, 2012

ku mohon petunjuk

Assalamualaikum

payah nye rasa sekarang nie.
tak tahu mane yang benar mane yang palsuu


Ya Allah, Engkau tahu apa yang terbaik buat hambaMu
Mohon beri petunjuk di mana yang terbaik

lelah meniti hari yang penuh bahagia tapi ....
sebenarnya duka melanda hati

semoga segalanya berakhir dengan cepat
dan permudahkan segalanya


buat kamu yang setia menunggu.. berdoa lah agar Allah tunjukkan jalannya
buat kamu yang setia di sisi... tunjukkan aku perilaku mu yang sebenarnya

agar aku tidak terus keliru menuju yang buntu..

sedihsakitbencisayangsusah

Thursday, August 02, 2012

terjatuh lagi...

Assalamualaikum


kalau aku mampu baca hati nya..

ingin aku ketahui keikhlasan hati nya terhadap aku...

andai dia yang terbaik. satu kan lah hati ini dengan hati nya..

agar kami bahagia melayari bahtera....

permudahkan segalanya..


mengapa semakin sukar dan sukar

perjalanan mencari peneman hidup

andai bisa aku baca hati nya...

bukan kah itu mudah

untuk aku membuat pilihan...

jauhkan lah yang tidak baik..

dekatkan yang terbaik

Aminnn

Tuesday, July 24, 2012

Jalan ku terhenti .....

Assalamualaikum

Sedangku membaca wajahmu, senyumanmu mengambarkan sesuatu.
Jika kau fahami isi hatiku, ku tak ingin waktu henti tanpa mu.
Andai kau dapat memahami bahwa ku menanggung semua ini.
Bukan niat ku ingin membuatkan dirimu menyalahkan sebuah erti tapi...
Diriku masih terhenti di sini dan jalanku masih belum dapat ku pasti.

Namun diri masih terhenti di sini. Tiada daya untuk ku lakukannya.
Menghargai segala yang telah dilalui bersama.

=)

Sunday, July 22, 2012

Praying for it

Assalamualaikum


Sekali lagi kita tiba di bulan puasa yang mulia. arini je dah sehari setengah kita berjaya menghabiskan.. kalau kanak kanak7 tahun tu dah kira best awards la pada mereka bila dapat abiskan sehari puasa. Yang tua muda pun camtu jugak, mane yang berjaya Alhamdulillah..


sejuk nya.... hujan pulak pepagi nie.. terasa nyaman untuk tido semula, tapi dah cukup la tu since tadi pun macam dah lambat sangat je bangun kan. Hihihi (kurang pahala puasa ko nokss !)

sebut pasal kenangan, aku masih lagi hidup dengan kenangan... tapi semua kenangan tu menjadi kenyataan setelah bertahun tahun lama nya and akhirya ia masih sukar nak menjadi realiti. tapi aku bahagia hidup dalam kenangan dari hidup di alam realiti sebab bila kenangan aku sakit mengimbau masa lampau takde la sesakit nak menerima hakikat yang ia tidak akan aku miliki.

susah susah.. bila hati dah mula rasa tidak pasti dengan kehendak.. keputusan harus dibuat.. tapi aku tetap tak mahu terlalu mendesak diri sendiri utk buat semua tu kerna aku tau yang aku berhak jugak untuk hidup bahagia walaupun seketika... 

andai benar ia tidak menjadi nyata, sekurang kurang nya aku merasa nikmatnya. maaf jika aku tersalah kata dan budi bicara. aku memang lagak gaya nya.. tapi hati ku DIA saja yang tau.. seksa menanggung semua ini.

hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar segalanya dipermudahkan dan biar lah DIA yang menentukan dan aku akan terus berusahah demi yang terbaik. 

pada kamu .. maaf kan sikap ku dan laku ku terhadapmu kekurangan ku ini membuatkan mu terseseksa lagi.. Andai aku mampu akan ku buat yang terbaik untuk diri mu.. percayalah.. 



Tuesday, July 10, 2012

kisah hati

Assalamualaikum

untuk sekian kali nya.... kisah hati ini ~


payah..resah..rasa bersalah...

=(

Friday, June 22, 2012

akibat cuaca panas teramat

Assalamualaikum

cuaca panas kan sekarang ni ? cuba lihat kesan bila cuaca panas teramat kat picture bawah nie....







share dari http://jom-santai-aje.blogspot.com/

Tuesday, June 19, 2012

Emergency Leave

Assalamualaikum


Happy tuesday everyone. esok dah rabu yeay !!

arini terpaksa emergency leave sebab masalah tak diduga telah berlaku.. sob sob  Tatkala hati malas nak pegi keje macam macam pulak yang menjadi. semalam malas nak iron baju sebab pikir kan kat opis tak banyak keje nak di buat, so aku mula bosan. dan bila bosan mula malas dalam semua hal.

paksa bangun mandi, paksa jugak bawak kereta. setiba di lampu isyarat yang entah ke berapa.. 

Duuummmmm!!! bunyi kuat dari arah tayar belah driver.. kereta mula hilang kawalan dan harus dibehentikan. aku yang mula panik, terus benti di tepi jalan.

tapi, keadaan seperti tak mengizinkan kereta ku untuk terus berada di situ. so nak tak nak, aku terpaksa jugak pandu secara perlahan ke arah tepi dan akhirnya berjaya membawa kereta ke satu lorong yang tak banyak kereta. 

Alhamdulillahh ^^

Hurm... tayar kereta pecah akibat langgar pembahagi jalan .. sob sob !! padahal tayar baru tu... bukan rezeki ler tuh. REDHA !!!

Then call kawan kawan.. Alhamdulillah di sini lah untung nya ada ramai kawan. di kala susah senang sentiasa ada bersama :) Thanks to all of you yang sudi membantu..

Pada hero dua orang yang bertungkus lumus tukar kan tayar pagi tadi sampai keluar peluh jantan mereka thank alotss ~ hehehehehe

esok dah kene masuk keje semula.. Hope okey lah di opis nanti :)


* tayar kereta banyak jenama. 4 tayar 4 jenama *





Friday, June 15, 2012

Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical

Assalamualaikum



Di pagi jumaat yang mulia ni, rasa macam nak join segmen. so tadi blogwalking tup tup jumpe blog Ajamoppical ni. so meh ramai ramai join segmen nie...nak tag semua yang lalu lalang kat blog comot nie.

Happy weekend everyone !!


pissttt ~ dah jumaat esok happy nak jumpe kawan kawan kelab =)

Sunday, June 10, 2012

rohypnol taktik baru perogol

HARAP DENGAN PERKONGSIAN INI , kita dapat menyelamatkan wanita-wanita diluar sana...
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad...ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Thursday, June 07, 2012

majlis kahwin jadi umpatan orang

Assalamualaikum

baru je lepas menarik nafas lega...
closing account bulan May dah selesai..
now nak teruskan tanggungjawan untuk bulan Jun pulak..
kerja mana pernah habis..
so jangan lah suka tanya pada staff kerja dah siap ke?

rindu pada kawan kawan..
team gelak tawa dah ramai yang kawin
masing masing dah ada life sendiri
so memang payah nak jumpe
wikend lepas je ramai yang selamat bina fasa hidup baru

terdetik di hati sendiri
bila pulak turn aku??
sambil merenung gambar gambar di fesbuk
tengok bride and groom sume cantik cantik belaka

takpe lah,
sampai jodoh and masa kahwin la kan.
ayat pujuk hati sendiri.
hehehehe

cuma nak tanya,
salah ke kalau kita buat majlis kawin simple simple?
ajak teman rapat rapat je..
buat doa selamat je..
pelamin buat sendiri,
tepung tawar jadi tepung manis buat cekodok je

photoshoot pakai camera sendiri je
edit sendiri lepas tu pegi cuci kedai gambar,
lagi jimat.

bab baju,
nak design sendiri and make sure baju tu bole pakai lain kali
so takde la membazir kan..
hantaran pun simple je.
duit hantaran pun guna je semua buat belanja kenduri kawin.
tapi pandai pandai sendiri budget.

door gift pun,
anything yang orang tak kan buang
like makanan no need beg beg or kotak kotak
bunga bunga telur tu pun tak payah.
mak kata tak payah simpan buat habuk je.
so org akan buang .. betul tak?

tapi orang sekarang ni,
bila majlis simple simple je.
mula la mulut tu tak reti tutup
kumat sana kamit sini
ngata itu ini..

tapi satu je prinsip aku pegang
mulut orang memang tak leh nak tutup
mulut tempayan boleh. heee ~

jangan nak ikut orang sangat la kan
janji semua nya selamat and berkat
kahwin nak whole life
bukan sehari dua
buat majlis grand grand
last last duit habis.
lepas kahwin
sume mende nak catu

so do as you wish.
okeh..





Saturday, June 02, 2012

fasa kehidupan

Assalamualaikum

Perbezaan pemikiran mengikut umur ;

Seawal 7 tahun

mungkin masa ni, langsung tak terfikir apa apa since ayah dan emak yang menguruskan semuanya. apa yang kita tau nak bermain dan bersuka tanpa rasa serba salah langsung. masa ni jugak, kita tak fikir pun nak belajar ke ape ke. yang kita tau nak suka suka je. sampai buat keje sekolah pun boleh tertido dengan pensil masih tegak di tangan. eheee ^^


Pertengahan 15 tahun

memikirkan macam mane nak belajar sebab masa ni dah ada pesaing belajar, sape tak bersungguh sungguh tak berjaya. so nak tak nak kene la belajar rajin rajin. masa dulu famous dengan perkataan belajar sampai ke menara gading. and masa ni kene amik periksa PMR, so nk struggle to make sure kita dapat sambung kos yang kita nk masa form 4. selesai PMR.............

Masuk 18 tahun,

dah abis SPM, now kalau kita luck, dapat la belajar kat universiti kalo tak sambung la STPM, sijil or diploma. tapi masing masing ada cara masing masing nk berjaya. cuma kita ni manusia mesti la nak yang terbaik dalam hidup kan. untuk memastikan kita pass kat universiti macam macam kita buat, stay up study sampai pagi, hafal sana sini, study group dengan kawan kawan. buat la ape je yang kita rasa berbaloi untuk berjaya. 

Mencecah 24 tahun.

Nak pikir keje pulak mula lah log in internet, masuk jobstreet, monster job, paper, tnya kawan kawan, pegi sana sini walk in interview untuk dapatkan kerja. untung dapat big company terus, kalo start la dengan small or medium company. janji dapat keje. dapat duit poket nak sara diri sendiri. dah 25 tahun kan, tak kan nak mintak mak ayah lagi tanggung. malu lah sikit.

now dah 3 tahun keje.

kumpul duit banyak mane dah? 

bila nak kawin?

calon dah ada ke?

soalan yang sering kita dengar bila umur dah mencecah 25 tahun keatas. tertekan kot, ingat keje 3 tahun dah boleh kumpul duit puluh ribu ke? kalo setakat gaji seribu lebih je memang ngam ngam nak sara diri sendiri lah, tapi kalo yang bernasib baik terus company besar memang syok lah sebab boleh saving banyak sikit kan.

now, tengah stress camne nak saving money. sape yang takmo kawin babe ~ tapi agak lah, sekarang ni cost living tinggi sume pun nak pakai duit so kene pandai pandai lah menguruskan duit anda yep. 

pada yang belum kawin tu, sabar ye pelan pelan jangan gelojoh .. arini je jalan jem terok sebab orang ramai kawin. hahahahahaha




Friday, June 01, 2012

Wednesday, May 30, 2012

9 Fakta Menarik Apabila Lelaki Memasak

Assalamualaikum.....


Sebenarnya chef-chef yang terkenal di seluruh dunia sudah semestinya kaum lelaki bukan? Lihat sahaja di Malaysia,semua kenal dengan Chef Wan, chef yang cukup dikenali ramai.. Tapi tahukah anda yang kebanyakkan lelaki ni memang jarang nak memasak.. betul tak? ekeke. Jom tengok antara 9 fakta-fakta menarik apabila lelaki memasak..


1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.

3) Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.


8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat awek. Tak pun dalam proses nak mengorat.. hahaha

Memilih Cermin Mata Yang Sesuai

Assalamualaikum....




BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.
Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan ‘efek helah’ untuk ‘menghodohkan’ wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan ‘bantuan penglihatan’ ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.


Kepala bulat


Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.


GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.


Kepala petak


Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh ‘melembutkan’ sedikit bentuk kepala anda.


Kepala bujur


Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.


Kepala segi tiga


Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.


Kepala bentuk hati


Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.


Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.


Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.


Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya ‘berapa kuasa cermin mata anda?’


Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.


Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.


Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.


Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.

Kredit:Gempak.Org
Add caption

Thursday, May 24, 2012

bos berlagak pulak dah

Assalamualaikum

Kenapa ramai orang bila jadi boss suka berlagak ?

suka cakap besar?

adakah sebab gaji mereka besar so diaorang boleh berlagak besar besar nie?

ceh !!  bila tak cakap, salah... bila cakap pulak, cari salah.



hurmm. dugaan bekerja tapi kita kene senyum :)




sponge bob !! senyun nampak gigi ~ weee ^^

Cinderella dgn putera raja

Assalamualaikum

Update!

baru balik dari kelas kaunseling kat uitm shah alam. so seronok since jumpe sume ahli kelab. borak borak sampai tak sedar jam dah berbunyi. kalo zaman cinderella, dari kete kuda berhias dah bole bertukar jadi labu semula dah. hehehehe. nasib la aku bawak iswara buat dari besi :)

tapi kan, dalam keseronokan ada kesedihan sebab ada orang cemburu ! dia jeleskan aku bila aku mesra dengan kawan kawan. just nak mintak satu perkara je dengan dia please please please understand me, I kenal peers lagi lame dari i kenal U. so tolong faham dunia I is Peers family. I sayang kelab i tu.

walau ape pun u nak kata, i tetap akan pegi.lagi lagi sekarang ni U and I just a friend only. so i ada hak nak buat ape yg i nak selagi i rasa perkara tu tak salah . tak payah nak merajuk sgt dengan I sebab I ada U and U ada I .


perghh ~ ape yang I  U I  U memalam ni cik kak oi ? pegi tido lah. Jom niat puasa. esok kita puasa lagi.





selamat malam :)


tata ^^

Sunday, May 20, 2012

Entri hari AHAD

Assalamualaikum

Wikend datang lagi, even suka weekend tapi still tak tahu nak buat ape di rumah. since now stay kat shah alam jauh dari kawan kawan so macam susah nak lepak dengan kawan lain. dulu masa duk serdang, senang je nak ajak keluar sebab masing masing dekat dekat.

Now, semua dah jauh..then nak berjalan sume nak gune duit. Tau je lah shah alam nie makan pun susah nak dapat RM 5 sekali makan. mesti lebih dari itu. Haisshh ~~ how?? tak boleh nak mengeluhkan.. sebab jalan dah diberi and aku dah pilih dengan redha. cuma..terkadang tu pikirkan diri sendiri sentiasa tak mencukupi walaupun dah diberi lebih.

sebut pasal ni, di opis baru je rombak management so department TQM kene bubar, and all the staff dalam department tu kene transfer to other department. kesian jugak la, sbb deorg kene tukar without notice. tau tau je dah kene pindah. Erm.. and ada sorg kawan opis nie, dia dah biasa buat keje TQM tiba tiba kene handle production. memang pening sebab dari working paper ke production nak kene tau banyak perkara. 

dia mengadu dengan aku, dia tak boleh kerja sekarang nie since dia xminat dengan kerja dia sekarang. tapi aku bnyk nasihatkan dia since aku kata kene bersyukur dengan ape yg ada. tak boleh mengeluh sebab org lain nak cari keje pun susah (since aku penah rasa susah itu)...

tapi aku nasihatkan dia keje biar ikhlas..kalo tak happy tak yah buat keje tu. so better get a better job.. and if kita happy baru lah kita ikhlas. hehe

so kawan kawan semua. jgn selalu bersedih dengan kesusahan yg kita alami. Allah hanya akan menguji umatNYa sebab dia tahu kita mampu. :) Ape yang perlu kita buat usaha dan terus usaha. Allah sentiasa ada dengan kita.

InsyaAllah !!


lama tak update blog. nak jadikan rutin harian lah pasni mengupdate  ~ hihihi


Sunday, May 13, 2012

carta hati - solat

Assalamualaikum




jom layan video ni and sama sama kita amalkan 






solat di carta hati :)

Friday, April 20, 2012

4 bulan

Assalamualaikum

sungguh cepat masa berlalu, rasa macam baru je aku masuk keje kat tempat baru ni. tapi sebenarnye dah hampir sebulan pun.. 22042012 ni genap la sebulan aku kat sini.

ingat kereta swift ingatlah aku.. apesal pulak kan..?

yang sebenarnya, aku dah pun dapat keje baru kat suzuki malaysia automobile sdn bhd. keje biasa je. kerani cabuk je. hihi yang penting aku bersyukur kerana Allah dah beri yang terbaik pada diri ini. Alhamdulillah :)

dekat sini, biasa lah.. like office yang lain. bangunan dia kat sini...





so, dekat sini la hari-hari aku bekerja mencari rezeki.. termakbul juga doa dan hajat aku nak keje kat building besar cam gini. hehehe. mesti korang semua kata saya poyo kan. tapi semua ni rezeki Allah bagi. so aku syukur sangat-sangat.

dari segi team work pulak. okey lah from previous. terasa cam family di sini. cuma biasa lah mana-mana company pun mesti ada masalah mereka yang tersendiri kan. so we need to positive and buat je keje kita. tak payah nak pikir pasal orang lain.

dari segi benefit, alhamdulillah..semua nye bagus-bagus. merasa lah semua yg kawan-kawan sebelum ni merasa. tak rugi bersusah payah selama 3 tahun lepas.. akhirnya Allah balas dengan rezeki yang lebih besar.

Alhamdulillahhh syukur sangat.

Just nk pesan kat uolss ~ if kita mendapat kesusahan, jangan la bersedih sebab susah tu sebenarnye dugaan yang mengajar kita menjadi lebih kuat. memang masa susah kita akan sedih and rasa payah sangat dan confirm kita kan cemburu tengok orang lain. sebenarnye itu perasaan je. manusia kan normal lah ada perasaan macam tu.

tapi,

ingat lah. Allah menguji bukan saja-saja. DIA ada sebab tersendiri and ada hikmah disebalik semua tu. kita as umat nya harus tabah and terus berusaha. dan yang paling penting percaya pada Allah. DIA yang la maha mengetahui segala-gala NYA. sama ada yang baik atau yang buruk pada kita. teruskan berdoa.,usaha dan tawakal. InsyaAllah bila sampai masa ape yang kita hajati tu akan menjadi milik kita.



"perkara yang kita inginkan tidak menjadi milik kita sebab Allah tahu perkara itu tidak baik untuk kita.jadi belajar redha dan bersyukur dengan ape yang kita ada"

Thursday, March 22, 2012

terima kasih Allah

Assalamualaikum

Salam semua... penatlah, letih sangat rasa... =(

haippppp ~~ apesal ngeluh ngeluh ni? tak baik lah.. Allah dah beri rezeki kenapa masih lagi tidak tahu nak bersyukur nie? ini lah dinamakan manusia tidak tahu nak bersyukur. itu jugak lah aku.. hehee..

Pertama tama kali, syukur Alhamdulillah setinggi tinggi syukur ke hadrat Illahi kerana dah beri rezeki yang betul betul saya idamkan, kini tidak ada lagi runguntan, kalau ada pun itu adalah perasaan yg disulami nasihat syaitan yang mane nak mengajak kita ni sbg manusia ke jalan yang salah.... betul tak?

kini aku lebih banyak belajar erti hidup, hidup yang perjalanan nye penuh dengan liku liku dan juga ketaatan kepada yang maha Esa.. Allah itu menguji  mesti ada sebabnya mengapa dan kita sebagai manusia harus menerima ujian itu dengan sabar dan redha serta selalu berdoa dan yakin dengan setiap ketentuan Nya. 

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYa.. cuma kita ni sebagai hamba kene selalu berusaha dan berdoa serta tingkatkan amalan kepadanNya serta syukur selalu.

sepanjang tempoh 6 bulan lalu, banyak aku belajar ape itu erti hidup, sabar, redha dan yakin. dan hari ini berkat dari semua itu, Alhamdulillah Allah dah beri rezeki yang begitu tidak ternilai. Syukur sangat sangat.

pada rakan blogger yg sudi komen entri lepas and beri semangat serta mendoakan, thanksss alot ! Alhamdulillah, Allah itu maha adil. saya dah dapat kerja yang memang selama ini diidam idamkan.. 
semoga, dipermudahkan sepanjang perjalanan mencari rezeki ini.. InsyaAllah aminn ~~

tak rugi jika kamu hidup berpandukan JALAN ALLAH !!



 # hari pertama kerja, pulang lambat tapi Alhamdulillah, kesian si dia sampai tertido tunggu aku. haks.

Thursday, March 15, 2012

itu bukan rezeki kita

Assalamualaikum

Hai semua, sihat? 
bercerita kita pasal entri lalu, jawapan pada soalan itu adalah aku pilih job di seremban ~~~
1st day masuk, Alhamdulillah it's like what I'm expect !

each department ada bilik dia sendiri, then dekat situ takde pulak orang nak sibuk sibuk hal org kan.
masing masing duduk dalam department masing masing buat keje sampai masa makan, pegi makan.
time makan even short sebab lunch hour just 1pm - 1.45pm tapi itu susah memadai.. mulanya mmg aku sndiri tak boleh terima sebab sangat tak biasa, tapi since dia tak kaco waktu solat and makan kita, it's more than enough!

pasal keje pulak, memang ada yang aku tak setuju dgn system kat situ since suka sangat buat double work, so bila keje banyak buat pulak double work ia akan jadi sangat slow flow keje tu. tapi bila aku paham kenapa mereka buat camtu, i'm accept it. reason dia no flexible software.. tunggu masa je nak update! huhu ~~

honestly aku suka environment di situ !!

tapi........sebab perkara bawah ni aku terpaksa lupekan semua tentang keje di situ and gaji yang lumayan hanya sebab aku tak nak hasil titik peluh aku nanti menjadi satu pekara subahat.. Iyelah, even mufti sndiri tak leh kata halal atau haram tapi aku tetap rasa tak sedap hati since aku sama sama dalam membantu agama lain buat sesuatu yang bertentangan dengan Islam.


Jika diikutkan perasaan mahu je aku stay di situ, tapi bila pikirkan dulu setiap kali aku lalu je kat projek tu mesti aku kutuk sebab nak buat church, so aku buat keputusan leave company tu.. 

semoga Allah membalas niat baik ku ini dengan rezeki yang lain. Aminnn ~~








Monday, March 12, 2012

solat Istikharah permudahkan urusan

Assalamualaikum

Rezeki itu ada di mana mana cuma kita sebagai insan yang diberi kudrat ini harus berusaha untuk mencarikan.. Dah  3 tahun aku menceburi bidang kerjaya dan dalam 3 tahun ini jugak lah macam macam ragam dan halangan yang aku hadapi demi mencari sesuap nasi. ecececehhh ~~

dari company nun jauh di KL, aku berubah mood ke tengah - serdang and genap 5 bulan aku pun pindah lagi, bukan sebab suka sangat lompat lompat keje ni tapi kalau dah bukan di situ rezeki kita paksa camne pun lah, Allah tu tahu ape yang terbaik untuk umatNya... ape yang penting yakin dan usaha untuk menjadi yg lebih baik. InsyaAllah.

aritu aku ada post pasal aku dah jadi penganggur kan? nak tahu cerita disebalik pengangguran itu tak? HUhuhu budget hotss macam retis kan.. bermacam macam perkara yang aku lalui sepanjang tempoh dari berhenti keje dengan masuk keje semulaa...

mula dapat call untuk interview - call pagi interview petang in the same day. Peluang dah ada tak kan nak lepaskan. so masa interview kate bole start keje on 15 Mac sbb takmo tergesa gesa. alih alih lepas interview orang tu call suh start awal. nego punya nego dia suruh start on 9 Mac. Then, dia suh amik offer letter on 7 Mac.. Pehh! memang pantas lagi berdesup. aku buat solat istikharah, even dah terima offer tapi hati masih ragu ragu..

7hb, Allah mudahkan urusan..aku call co yg interview tu kata nak collect letter tu ari jumaat mase masuk keje... then terus shoot pegi interview kelana jaya pun dapat offer jugak tapi as contract staff. balik dari interview dah penat tiba around 6pm camtu dpt phone call. no pangkal 06 means dari n9..cuaks !

rupe nye dapat offer interview. company at seremban... sebelum tu dapat jugak interview kat company di KL... so aku terpaksa pilih nak pegi yang mane.. jadi aku cancel 2 interview dengan bank and go to co yg kt seremban and KL tu..

sebelum tu aku buat solat istikharah lagi, biar diberi kepastian dengan pilihan sehingga la disaat waktu maghrib on 8hb sebelum start keje dengan company yg 1st aku pegi interview tu..Alhamdulillah, segala nye dipermudahkan. 

keputusan?cuba korang teka company mane jadi pilihan hatiku^^

Tuesday, March 06, 2012

penganggur terhormat

Assalamualaikum

sudah 5 hari aku tidak bekerja, gara-gara notis sebulan jadi 24 hours. BUKAN DIBERHENTIKAN tapi aku SENDIRI NAK BERHENTI cuma bos offer cuti awal tanpa tunggu sebulan notis tu.... So, sebagai manusia yang tidak pernah melepaskan peluang yang ada, aku terus grab the oppotunity even aku tau ape akibatnya selepas itu.

tapi aku bangga dengan diri aku sebab dah buat keputusan yang betul, iyelah nak buat ape kita stay di tempat yang kita rasa tidak bole blaahhhhh sangat sangat. Hidup ini ada pilihan, either kita nak dengan tak nak jer. if boleh tahan stay if not leave it with notis.. hahahaha

so now, aku lah penganggur terhormat! sedang mencari peluang pekerjaan yang baru. sesape yang ada dengar or memang ada keje nak bagi aku tu inform la ye. komen kat sini pun takpe... Just nak mencari peluang yang ada je. Kalo dah memang rezeki kita, xkan lari ke mana kan. ye tak? so aku akan usaha sedaya upaya aku mencari pekerjaan yang halal di sisi NYA.

semua di luar sane, doa kan saya ye semoga mendapat pekerjaan dengan kadar yg segera.. Aminn ^^

Monday, February 06, 2012

terangi hati ini

Assalamualaikum

mungkin perasaan ini hanya dirasa buat seketika cuma.
esok masih ada lagi sinar untuk terus bercahaya.
hanya percaya pada NYA

Bantulah hambaMu ini untuk merubah kepada keadaan yg lebih baik
pandulah aku tunjukkan aku.
moga beroleh sinar yang dicari. Aminn

sape sape mahu ke taman syurga
rajin rajin kan diri hadiri kuliah agama tau ^^
petikan dari ceramah agama maulidur rasul arini

salam maulidur rasul ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w
terus didik hati untuk contohi rasulullah, InsyaAllah =)

Friday, February 03, 2012

sudah jatuh cinta dan tergoda dengan gaya kau


Assalamualaikum



malam malam gini layan pesbuk mesti bosan. manjang orang update status mesti nak emo emo tak pun bitau ape yang dia buat semalam, arini or esok dan mungkin 2 minggu akan datang. 

jadi nya tadi, terus tutup page pesbuk tu bukak blog. Iye blog aku memang tak pemes, entri pulak langsung tak menarik kan. hari hari pikir nak update macam mane, bagi blogger yang singgah sini rasa nak membaca dan terus membaca.....

tapi .... LEPAS BACA MESTI SEMUA TERUS TEKAN X kan? hahahaha


takpe lah, janji korang sudi singgah dan follow blog nie, dengan ada nya follower blog ni akan terus hidup sebab kita berblog hanya nak berkongsi ilmu ... apa apa yang ditaip kalau ada yang baca pun dah dikira bagus. ye dak?

puas berjalan jalan dari satu blog ke satu blog, aku rasa sangat lah tergoda dengan satu blog nie.cara penyampaian nya, berunsur islamic dan disulami dengan kata kata yang selamba tapi tegas. ditambah pula dengan gambar gambar yang sangat menarik.

syokk wooo ~ ^^

rasa kagum and bila dah masuk page dia rasa nak lama-lama je kat situ. Hehe .. cer korang pulak try jenguk ke sana yer ^_^

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...