Tuesday, November 29, 2011

mutiara kata #1

Assalamualaikum


Mencari YANG HALAL itu bererti mencari REDHA ALLAH.. kalau kamu merasa susah, MENGADULAH pada ALLAH.. InsyaAllah Dia akan mpermudahkan USAHAMU.. 
Saat manusia berlumba2 MENGULIT NIKMAT DUNIA.. mungkin kamu menemukan KEPAYAHAN dlm mencari YANG HALAL.. ada shj jalan kpd YANG TIDAK HALAL.. mohonlah padaNya agar dirimu terpelihara dari YANG TIDAK HALAL.. supaya engkau TIDAK DIBAKAR API NERAKA..


semoga saya dipermudahkan dalam mencari pekerjaan yang HALAL !

Thursday, November 24, 2011

Gossiip Malam

Assalamualaikum

haiihh.mane-mane kita pegi pun
mesti akan dengar orang bergossip kan??
kat rumah ke,kedai ke,tempat kerja ke,
stesen bus ke, stesen keretapi ke
even di surau pun ada !
it's normal habit nowadays...
tapi as human being
kita kene tahu macam mana nak handle sume nie

Pada aku, budaya gossip nie BESAR
sebab ape aku kata besar??
sebab dia boleh mempengaruhi individu lain
dan kawasan persekitaran

Iye lahh, cuba korang bayangkan
bila seseorang membawa gossip
yang tak baik
tentang seseorang kepada seseorang yang lain
dan kemudian nya seseorang yang lain tu pulak
bawak sampaikan pulak kepada yang lain
dan ia akan berterusan sehingga
tiada lagi sape-sape nak di bitau

atau

sesuatu telah berlaku contohnyaa...
gaduh, perang mulut, perang mata,
and macam-macam perang lagi lah..
macam kat opis aku sekarang nie
hari-hari takkan terlepas dari
GOSSIP !!

kadang-kadang tu,
takde angin takde ribut
tiba-tiba je seseorang tu
akan bermasam muka
dengan yang lain

ape punca??

Opkos la ada penyampai radio bergerak !
bawak citer-citer tak baik tu
jaja satu opis bagi sume orang tau
pasal mulut sorang umat ni
abis satu opis huru hara dibuatnya
dan lagi, adegan drama-drama
pelakon terhebat pun boleh dilihat..

Hurrmmm.. Bosan dah aku keje sane..
tak best langsung working environment kat situ !!
rasa macam dah keluar mulut harimau
tapi masuk mulut buaya jer
jenis aku.. senyap jer
absorb sume cite
then sampai umah kasi muntah
sume citer tu.. hahaha
Need JOB ASAP!!

aku benci GOSSIP ~

Friday, November 18, 2011

Hujung Minggu


Assalamualaikum

Perjalanan hujung minggu yang sibuk. takde masa langsung nak rehat, even dapat lelapkan mata tapi still tak lena.. Macam mana tuh? Hurmm .. hidup mesti diteruskan, even aku masih lagi single dan kawan-kawan lain dah pun bersuami or beristeri. Tak perlu jeles atau sedih sebab masa aku juga pasti akan tiba. Just wait and see ~

kenduri sana sini. Dua minggu tarikh cantik lagi penting bagi kawan-kawan and saudara mara. 11/11/11 and 20/11/11 sume pun sibuk dengan majlis kenduri kahwin kan. Yang aku hanya memenuhi jemputan. it's ok la kan dari kene bayar makan lunch. Hehehehe (ayat ni pujuk diri sendiri je)

Di waktu ini, masih lagi mencari sesuatu yang pasti. Pekerjaan, teman hidup serta hala tuju kehidupan. Yang mana terbaik menjadi pilihan. Tapi bukan mudah nak gapai semua tu. Usaha doa dan tawakal harus berterusan. Suatu persoalan sering bermain di minda. Adakah aku manusia kerdil ini akan dipandang oleh NYA ? 

semoga segala permintaan berserta usaha ku akan berhasil suatu hari nanti. Segalanya pasti akan tiba. Ingin berjaya seperti mereka juga, punya kerjaya yang bagus.. Keluarga yang bahagia dan kehidupan yang selesa. Bukan banyak tapi cukup la dapat merasa. 

moga Allah perkenankan doa hamba nya ini. Amin =))

Saturday, November 05, 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500



nak join bloglist genk =))



Siap!! 

genk jangan luper masukkan blog yang tak pemes ni ke dalam list yokk ~


saya yang bekerja di hari sabtu... TAHNIAH
mood : rajinn sehhh ~

nak amik kesempatan ini mengucapkan SALAM AIDIL ADHA to all muslim's blogger !


Friday, November 04, 2011

Naluri hati seorang IBU


Situasi I

Keluar dengan boyfriend/girlfriend then tiba-tiba emak or ayah call? Apa yang korang akan buat? Mesti ada dikalangan anda yang akan biarkan phone tu keep ringing sampai dia berhenti kan....? Honestly, kadang-kadang aku pun akan buat the same thing. 

Tapi rasa bersalah sangat bila membiarkan perkara itu berlaku. Pada aku, mak and ayah tu lah segala-galanya.. biar ape pun la aku buat kat luar, emak lah orang pertama yang akan dapat "instinct" yang anak dia ni ada buat salah.and selalunya bila aku ada buat salah, mak akan tiba-tiba je call banyak-banyak kali.

And jenis aku ni pulak, if ada je buat salah like tipu ke, buat perkara yang mak tak suka ke.mesti lepas tu akan jadi sesuatu pada aku.kiranya ALLAH tu bagi cash jer kat dunia ni suruh aku beringat yang aku tak boleh buat lagi next time.Tapi aku pun manusia biasa kan. tak lari dari buat kesilapan and sekurang-kurangnya aku jujur dengan mak.

Sebagai seorang anak, aku tak sanggup nak tipu mak and ayah aku. jadi setiap ape yang kita lakukan perlu bitau mak and ayah kita. Biar pun lah diaorang marah atau tak suka, tapi kita dah menjadi jujur dengan diri kita dan mereka. And pada perbuatan yang tak baik and tak disukai parent tu try la ubah perlahan-lahan. 


Biarkan mereka senyum tengok kita 
selamat malam 

=)) ~





 #bunyi kipas ni bising betul la ! dah macam bunyi langau pun ye jugak. Tak boleh tidooooo T_T

Thursday, November 03, 2011

Datin M diturunkan pangkat to Madam


Rasa terpanggil nak bercerita tentang datin-datin pulak petang-petang camni. tak tahu kenapa, tapi aku memang tak berapa nk berkenan la dengan "MAK DATIN" yang suka anggap diri mereka dah cukup besar. Am i rite? tahu kenapa aku cakap camni? sebab pagi tadi aku kene deal dengan sorang penyewa building shoplots kami di bangi. 

Sebelum tu, semalam opismate aku dah pesan yang datin ni agak meloyakan sebab dia sangat cerewet kuasa 5! tapi aku tak amik kesah sangat sebab mind set aku memang dah mengatakan yang datin-datin zaman laa ni memang sikapnya begitu. so just ignore and aku pun call lah dia pagi tadi..

Me : "Hello.. morning, may i speak to Datin M"

Assisstant : i'm sorry.. Datin M not in yet, can u call back around 11 o'clock?"

Me : Okey !!


11.03 o'clock (aku terlewat 3 minit...)


Me : Hello.. morning, may i speak to MADAM M ?? 

Datin : Who's madam, my husband still alive lagi u tau.. (suara lembut tapi tegas and ada lagak disitu)

Me : Ops! sorry.. U Datin M rite? Soriiiiiiiii 

So, nasib lah kan aku dah terpanggil kau "madam".. nak wat caner kan tersasul la mak ! kahkah ^_^. Tapi yang menjadi tanda tanya aku sekarang ni, kenapa datin always rasa mereka tu besar sangat padahal "title datin" tu dia hanya akan dapat bila husband dia dapat dato'.. Itu pun sekarang ni banyak je title dato' yang BELI, senang sangat nak dapat title tu kan. 

Nak ekot kan ayah aku pun dato' jugak. Tapi dato' pada cucu-cucu lah - anak kepada anak buah ayah bukan anak adik beradik aku tau since kami belum ada lagi yang kawin lagi hihi. sape tau satu hari nanti anda di luar sana bakal jadi datin. Jangan berlagak sombong tau ! Chill ~ =))




Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...