Sunday, July 31, 2011

Segmen Berpuasa di Bulan Ramadhan Bersama ADIN !

Assalamualaikum readers. .

Lame rasanya tak join segmen kan. teringin pulak nk join satu segmen by ADIN !



Adin ni suka tanya lah. So nak kene la jawab soalan nya kan. kalau tidak, syarat segmen tak lengkap ler.

target puasa korang berapa hari ?

Kalau boleh nak la 30 hari kan. tapi ape boleh buat kalau dah tak boleh. redha ajer ler. kih kih ~ Haip ! tapi pada semua LELAKI MACHO  di sini or di luar sana, tak payah ler nak berdolak dalih ye masa bulan ramadhan yang mulia nie. korang semua NO EXCUSE ! melainkan memang dah sakit yang menwajibkan berbuka di bulan puasa, and jangan ingat bila dah buka tak payah ganti pulak yer. BUKAN JANTAN ler nama nya kalau ponteng-ponteng puasa ni. miahahahaha

fevret makan ketika berbuka ?

Ada dua version. kalau duduk dengan mak opkos la nasi berlauk kan. Selera bebuka tu melampau-lampau. tapi kalau version bujang memamg makan roti john dengan air tebu pun dah best wok ~ terbaikkk !

kata-kata semangat untuk blogger yang berpuasa

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, meh kita tingkatkan amalan ibadah. Nak jadi orang kaya-kaya tak boleh tak usaha, kalau tak macam mane nak dapat hasilnya. mesti keje siang malam pagi petang kan?

So camtu lah dengan ganjaran dari boss paling atas dan paling berkuasa di alam semesta ni yakni Allah. kene la kerja kan ibadah dengan siang berpuasa makan & minum serta pancaindera. manakala malam pula kita tambahkan lagi ganjaran pahala kita dengan solat terawikh dan tadarus al-quran. 

InsyaAllah banyak la bonus kita boley dapat free-free jer nanti. mudah-mudahan amalan kita di terima. Selamat berpuasa semua!


2.50 am - mood rajin nak blogwalking



Assalamualaikum readers!

Sabtu pagi, bandar seremban dibasahi ujan. Syok tido and balas dendam penat lelah driving :) 

Sabtu petang, gerak balik kampung melaka. Ada family gathering sekaligus sambutan hari jadi ahli keluarga.best, makan banyak after recover dari sihat muntah-muntah 3 hari lepas. and ada cabutan bertuah. family aku sepulohsepuloh orang dapat hadiah. hahaha sepupu and makcik pakcik yg lain semua jeless.. ^___^

Sabtu malam, after majlis setel sume orang gotong royong kemas-kemas then gerak balik nogori sembilan.

Ahad pagi, jam dah kul 1.45  pagi, sampai jer terus on lappy! rindu blog. tengok komen rakan blogger lain bagi. approve than terus terjah dari satu blog ke blog lain.

And now, 2.50 am. mood blogwalking itu masih belum hilang lagi. tapi mata dah mula terkebil-kebil. tanda dah suruh tidooo!

Ahad tengah hari. sambung blogwalking semula.Nak aku terjah? tinggalkan link korang di entri ni yer. nanti aku lawat. InsyaAllah :)


Saturday, July 30, 2011

Lupa jalan pulang ke rumah

Assalamualaikum readers.

Bila korang sesat di jalanan. perlu buat apa?

Ayah aku pesan, ikut jer kereta yang lalu lalang situ
sebab diaorang pun memang nak ke arah jalan besar.
point nye di sini CARI JALAN UTAMA !

zaman sekarang ni teknologi tinggi.
GPS kan ada. beli jer lah.
murahhhhh and banyak di pasaran

tapi kalau tak mampu cam aku ni
GUNA PALE SENDIRI jerr.! (gps jugak kan)
jangan lupa baca bismillahirahmanirrahim.
insyaAllah DIA akan tunjukkan jalan keluar.

aku pernah sesat 3 kali
cuak - nangis - call ayah
ayah gelak kan ajer.
sebab dia tau anak dia berani

berkat dari kepercayaan ayah
kini aku lebih beranii
tak takut sesat lagi

malah dah boleh jadi GPS ayah
bila dia tiba di bandar KL ini .

tadi jalan jammed.
tapi aku tak kesah pun
dengan yakin ikut jalan lain
Alhamdulillah lepas dari jammed tu
and sampai rumah lebih awal.

ape yang penting
YAKIN dengan ALLAH.
DIA sentiasa ada dengan kita.
InsyaAllah .


selamat malam semua
^_____________^

Friday, July 29, 2011

Peringatan : Sebelum Puasa

Assalamualaikum readers!

InsyaAllah lagi dua hari, kita umat islam bakal memasuki bulan ramadhan. Semoga bulan yang penuh barakah ini kita gunakan sebaik-baiknya untuk beribadah kepada Allah. Rebut peluang yang ada. tak kira lah kita ni baik ke jahat ker. Sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada siapa yg melakukan kebaikan ke jalan NYA. Janji niat dan cara kita betul . InsyaAllah :)

ramai orang kata sebelum puasa......


Makan  sepuas-puas hati

tapi sebenarnya tak .tapi kita perlu....

sucikan hati dengan bertaubat

saling maaf-bermaafan sesama manusia 


then, baru hati kita mudah nak menjalankan ibadah kepada NYA. InsyaAllah :)

selamat berpuasa semua.

Thursday, July 28, 2011

thank triple three!

Assalamualaikum readers!
pertama kali, nak ucap banyak-banyak terima kasih 
sebab sudi jugak singgah and komen entri 
walaupun entri itu berbaur sedih. hikhik 
and now, kembali berblogging tapi bukan gune "beruk" 
sebab dia masih belum pulih sepenuhnya.
just update pantas dari meja kerja. (buruk perangai)

alhamdulillah. kini i got triple three already !!
tau ape itu triple three ?
jumlah follower blog Siti Aishah dah meningkat
seramai 333 orang. santek kan no itu?

and follower yg ke 3-3-3 itu adalah 

jeng 

jeng

jeng



sape yang rajin nk blogwalking tu
boleh la singgah blog a fazlina ye.
btw, thank to all followers jugak 
sbb sudi singgah, komen and baca entri dlm blog ni.
sokongan korang amat dihargai 
take care all  ^^

p/s : semalam cuti sakit sebab muntah-muntah, lalu kene injection. hikhik 

Tuesday, July 26, 2011

hilang mood nak berblogging



Assalamualaikum readers!
terima kasih sudi singgah blog ni ye
maaf kalau korang datang singgah tapi entri nya sama je
takde perubahan & penambahan
and maaf jugak sebab takde kunjungan balas dari aku
buat sementara waktu nie
ketiadaan masa untuk mengupdate
tiba-tiba broadband wat hal
even dah bayar jadi slow mellow
geram aje ! terus takde mood nak update


and now mood tidak berapa betul
kejap ok kejap tak ok
tapi aku masih waras ye. hehe


pada yg sudi drop here and drop komen
thankks alots!
pada yg dah follow aku akn cuba sedaya upaya follow balik
and bila singgah je sini 
JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK OKAY !!

Sunday, July 24, 2011

Cuba menegakkan benang yang basah


Assalamualaikum readers! Bila bercakap biarlah  berilmu bukan nye bernafsu. Nafsu di sini bermaksud nafsu amarah (marah). Jika kita pelajari menutup aurat itu hukumnya wajib. Tidak ada lagi bantahan ke atas nya melainkan tertulis di dalam Al-Quran. Bertudung tidak semestinya baik? Itu antara dia dengan Allah. 

Yg tak bertudung ni bila orang nasihat mesti marah. camtu jugak dengan tak solat. tegur je mula lah kata "macam la kau tu baik sangat !" Menuju ke jalan Allah ni besar nikmatnya. Mari kita sama-sama perbaiki diri dan semoga usaha kita itu diberkati. InsyaAllah. Aku yang masih belajar untuk ke arah yg lebih baik. 

Saturday, July 23, 2011

Segmen BW pantas kotak bulat



Mood : rajin nak blogwalking sampai pitam

kotak bulat is the best blog broooo ! Jom join segmen ini sebelum jam 2 pagi esok ^_^

klik header hijau kotak bulat untuk join ye!


~hijau ikut tema kotak bulat. wee~

Asyik kita jer jaga hati dia tapi dia langsung tak amik kisah pasal kita.

assalamualaikum readers!

perempuan memang complicated orangnya.tapi kalau kaum ini dilayan baik dan dihargai pasti mereka juga akan bertindak baik. malah jika sebaliknya berlaku, itu lah penyebab kaum perempuan bertindak pelik-pelik.

bertanya pada diri seorang lelaki. sayangkah dia pada seorang perempuan jika mengabaikan?Leka dengan kawan-kawan sampaikan kekasih hati (gf or wife) call langsung tak pick up phone. malah no return call. mungkin ada yg kata busy, ada urusan tapi camane pulak kalau dia just lepak dengan kawan-kawan dia minum-minum?

sayangkah dia kalau dah janji nak datang jumpe tapi tak muncul-muncul. perempuan tak kan marah kalau bagitau reason, ni tak diam sampai berhari-hari. ingat kami tunggul ker?

kalau bertanya pasal kahwin suruh bersabar, kata nya tengah kumpul duit. Okey lah boleh terima reason tu. tapi biasalah perempuan kan, dia nak kan secure so mestilah dia nak tengok bukti "menyimpan" lelaki tu. tapi kalau dah asyik lepak dengan kawan, maintain motor tiap-tiap bulan menyimpan ke?yg perempuan nak caye pun susah kot.


perempuan yg penat memahami. huh!

Kata dah berubah ?



Assalamualaikum readers! cuaca kat luar romantik sungguh. kalau ada kesayangan bersama pasti hidup rasa sempurna kan. tapi apakan daya hidup keseorangan di rumah sewa amat membosankan tahu?? 
sila abaikan perasaan ini yer. kehkeh

walaupun cuaca sejuk kat luar sana, hati aku tetap panas panas panas tahu? panas dengan penipuan besar dari kekasih hati aku ni .kata dah berubah jadi lebih mesra.beriya hantar mesej, kononnya akan melayan aku lebih tapi dia penipu !!!







haa...ni la mesej yg dia hantar kat aku tadi.kononnya dah updgrade tapi hampehh.... makin semput adalah. mengalahkan sipuutt !rasa macam nak putuskan hubungan dengan kau jer wahai celcom broadband!




punyalah lembap broadband nie, sampai sudah aku goreng nasi + ayam pun still loading lagi . kita putus je lah camni yer !! aku dah tahan dengan perangai kau ! jangan cuba nasi goreng ini nanti anda menyesal. kehkeh

Tak sangka dapat ke udara - MHI

Assalamualaikum readers. 

rasa macam nak lompat-lompat tinggi lepas tu golek-golek ! sonok pulak rasa nya. 
bila dengar kelab kesayangan aku keluar tibi pagi semalam .. Malaysia Hari Ini okayy !
tapi itu lah aku pulak yg tak tengok.. rugi rugi rugi T__T (sape suruh bangun lambat)


picture di atas bukti ! 
yang berbaju smart kuning hitam tu lah wakil dari kelab aku
smart kan?? nama kelab ni Badan Peers Kaunselor Uitm Shah alam .
seriuss bangga bangga bangga dan terus bangga dengan Peers.


Sepanjang bergiat aktif dengan PEERs 


kem pertama time join peers, kem ni WAJIB bagi semua ahli kelab
tempat : bukit cerakah, shah alam jeeeeee


mula-mula masuk memang hangin dengan senior sebab buli kami
tapi bila turn kiteorang pulak jadi senior. memang parah la junior (gelak jahat)


bergambar before expedisi tawan Gunung Angsi, N9
one more gunung yang aku dah tawan gunung dato, rembau.
rindu rindu rindu nak daki gunung lagi


smile.happy.friend.spirit.love


program with adik-adik sekolah. tepung komakkk. Hehe


see. see. see. baju aku pakai sama ngan baju wakil kelab tu kan? semarrtt (sori perasan)
with PEERs lots of love.learn bout life & friendship.

"so, sape yang study or akan study kat uitm boleh join this club okey :)
cari kat unit bimbingan dan kaunseling or tanye kaunselor pun boleh."

rugi kalau tak join.
okbai !

Friday, July 22, 2011

Suram pulak malam nie

Assalamualaikum reades!

Minggu ni tak balik.
so agak bosan. dah la seorang diri
nasiblah dalam bilik ni lengkap segala
berbekalkan broadband yang semput-semput 
mintak dibayar esok
aku gigihkan juga taip entri ni.
hahahaha

buat mimi atia (edisi khas)
arini nak jawab persoalan kamu
pasal pop up window comment aritu
cara ini lebih mudah untuk orang
komen entri kita
setujukah anda semua ??
cuba la kay :)

1. Log in > Dashboard > Setting

2. Then , Clik pada tab comment .

3. Cari Title yang ini . (Comment Form Placement )

4. Tick kan pada Pop-up window

5. Save Settings .

6. Siap . Good luck !

tutorial credit to : lyssasecret

peringatan !!!
ini bukan blog tutorial.
ini blog peribadi.
^________^
Go to lyssasecret
kalau nak belajar edit blog ye
Okbai ......

Thursday, July 21, 2011

Jangan harap kau boleh goda aku yerr .

Assalamualaikum readers !

Nak kongsi entri ini dengan anda semua. Baca dan hayati nya.


Babak 1 & 2

Babak 3 & 4

Babak 5 & 6

Babak 7 & 8


Tadi waktu kerja sibuk. tak sempat nak update entri hari ini. Dan bila sampai rumah, minda kosong no input yang bole di keluarkan sebagai ouput. Jadi, niat di hati just blogwalking je lah. dan Allah izinkan aku jumpe dengan satu blog yang damai dan entri nya menarik minat aku. sangat ! Membuatkan aku rasa nak lepak lebih lama di situ. Dan entri di atas milik beliau. Aku teringin kongsikan dgn pembaca lain. Jom ke blog beliau http://kami-muslim.blogspot.com



mari baca entri nie kejap

Assalamualaikum readers!



budaya melayu (basuh kaki sebelum tidur) tapi budaya melayu + islam (ambil wuduk + baca doa sebelum tidur).



Dalam satu riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyebut :"Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat"


Kenapa perlu berwuduk ? Kerana bersuci  ini dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan dan mententeramkan diri dari perasaan takut ketika tidur.


Mari kita sama-sama berwuduk sebelum tidur + jangan lupa baca doa tidur. Bismillahirrahmanirahim Bismikallahumma ahya na wa amutu. amin ~


Ketahui perkara-perkara sunat sebelum tidur dengan baca Entri INI  ! Selamat Malam Semua ^_^

Wednesday, July 20, 2011

Merajuk membawa diri.. sob sob


Assalamualaikum readers!
Nampak tak budak perempuan yang tengah muncung tuh ?
ape pulak kaitan nya dengan pintu ?

Hihi. 

biasalah, masa kecik-kecik dulu 
asal merajuk jer, pintu itulah tempat melepas gerammmmmmmmm

Bammmmm!!!!!

hentak pintu kuat-kuat tanda protess. asal  merajuk jer dengan mak ayah 
terus hentak pintu lalu berkurung dalam bilik
selagi mak tak panggil keluar bilik 
memang tak akan keluar !
padahal perut lapar
hahaha

tapi...

bila dah buat tuh
rasa besalah pulak. cepat-cepat pegi mintak maaf dengan mak ayah.
takmo jadi anak derhaka sob sob!


Bila dah besar ni tengok pintu mesti teringat
 nasib baik tak hentak pintu kereta kuat-kuat, bila hangin jalan jammed ! 
hahaha


korang macam mane pulak kalau merajuk ???



boleh ke nak halang iblis masuk rumah kita ?

Assalamualaikum readers !

Rumah adalah tempat kita tinggal, kita kene la jaga. Bukan setakat jaga kebersihan bagi mengelakkan nyamuk aedes masuk, lipas masuk.. tapi juga syaitan masuk. Kalau nyamuk or lipas bole halang dengan Sheildtox kan. Abis kalau iblis ? kita tak nampak, kita tak tahu pun bila dia masuk. camne agak nya nak halang ? Boleh tapi pastikan penghuni rumah itu...


  1. Saling bermaaf-maafan diantara satu sama lain bila ada perselisihan faham Konfirm lari syaitan, dia dah kalah.
  2. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah. Sebut nama Allah syaitan lagi lah takutkan.
  3. Sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perbuatan tercela. No Maksiat okeyy !
  4. Sentiasa merendahkan diri kepada Allah. Bersyukur + ibadah kepada Allah
  5. Menghindarkan diri dari melakukan perbuatan haram. Segala yang haram jauhkan.
  6. Penghuni yang terdiri dari pasangan yang soleh dan solehah. Pasangan means suami isteri yang dah sah.
  7. Sentiasa berbakti kepada ibu bapa. 
  8. Sentiasa sujud dan rukuk kepada Allah. Solat 5 waktu jangan tinggal yer.
  9. Sentiasa menghubungkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Bebaik-baik.
  10. Sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah. 
Semoga rumah yang kita tinggal sentiasa dilindungi Allah. Jika rumah itu penguninya baik, taat perintah Allah dan menjauhi larangan NYA. InsyaAllah hidup akan tenang, rumah pun sejuk jer. takdela nak gaduh-gaduh ker. yang paling penting perlu bersih dari kekotoran dan dosa

wordless wednesday #2

Rezeki di Pagi rabu ^_^

Tuesday, July 19, 2011

Segmen : Kami Blogger Ramah Mesra


Assalamualaikum readers ! Anda ramah ? Anda mesra ? Mari join segmen Achik Shida ni yer ! Terpikat nak join sebab apa yang achik kata tu memamg betul, sebagai blogger kita kene lah ramah mesra kan. 

Kita ni kira retiss di alam maya lah. kalo kita senyap jer takde sape tahu kewujudan kita kan. And aku sendiri pernah mengalami nya sebelum ni, akibat dari tak sempat nak blogwalking and berbalas komen blog ini terbiar begitu sahaja. 

Dan kini, berkat dari ramah mesra lah, aku dapat ramai kawan blogger yang ramah tamah. Hee ~

Monday, July 18, 2011

Akhir: Daim jadi guru sekolah wira bakti

Assalamualaikum readers !

Tak pasal-pasal je Daim jadi guru kat sekolah wira bakti, tapi bagus jugak kan. Kira dia dah ada pengalaman tersendiri, so dia tahu camne nak handle anak murid dia nanti. cerita juvana ni mengingatkan aku pada satu kem bina insan dulu. handle program pelajar-pelajar bermasalah. Fuhhh ~ mereka ini sangat luar biasa.

Tahu kenapa? Mereka ni sebenarnya bukan lah nak jadi jahat, tapi sebabkan keadaan sekeliling buatkan deorang nak jadi camtu. Contoh kes Apek, dia bukan nak pun buat keje tipu-tipu orang ni, tapi dia terpaksa bila memikirkan mak dia yang tengah sakit. Tapi aku tak kata yg aku sokong apa dia buat. Itu sbg contoh je nak tunjukkan desakan itu mampu buat mereka bertindak luar kawal tanpa berfikir kesan pada diri.

Psikologi cikgu zakiah tu aku minat, kelembutan melawan kekerasan ! itu la yang sebaik-baiknya. Sebab orang yang keras ni dia tak kan rasa dia salah. so bila kita gunakan kata-kata yang baik yang penuh kasih sayang dan bole buat deorang berfikir, dengan sendiri nya deorang akan sedar. InsyaAllah

Dan yang paling penting, iman di hati ni kene la mantapkan. baru lah kita ni jauh dari hasutan syaitan. tengok macam botak, boleh pulak dia sekongkol (betul ke word ni?? haha) dengan warden tu kan. Dah la pecah amanah, memang tak layak jadi warden camtu. Dari nak didik murid jadi baik terus jadi jahat ! Sian botak mesti dia kekeliruan identiti. Dah la kurang kasih sayang. 

Apa-apa pun, anda-anda di luar sana termasuk diri ku sendiri pelihara hati hiasi peribadi. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Teringin pulak nak pergi sekolah Henry Gurney. ^_^ 


saya suka mereka semua kecuali warden. ^_^


Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

Assalamualaikum readers !

Dalam dunia perkerjaan ni, selalu jer terjadikan. Kita yang buat keje macam nak gila, last-last orang lain yang dapat nama. Lepas tu, dah memang jadi budaya kut.... langsung takde ucapan "terima kasih" punn. Hurmmm

Last week, sekembali je bos dari oversea. dia nak finalized account. kat opis ni, ada orang suka peram keje lama-lama pastu bila tanya, apa pun tak tau ! supplier dah call memekak tanya payment. Nak tak nak aku lah kene cek sume document sebab nak tunjuk kat bos.

Buka file tutup file....Setel jugak aku finalized... Tapi..............!

Tiba-tiba senior aku minta semua document yg dah siap tuh, katanya nak cek ! padahal terang lagi nyata aku dah list downkan semuanya. tinggal aku nak show kat boosss jer. Hurmmmm..belum sempat aku jumpe bos, dia amik aku nye keje bagi kat boss. boss review ... bla bla bla abiss

"next week i nak discuss with u about this matter. Veryy GOOD your work!! " kata boss

Tapi tau sapa yang dapat Very GOOD tu ? Mesti lah senior aku lah ...... 

Yang aku ni dapat buruk jer, tau ape? dalam document yang abis finalized tuh still ada lagi yang pending. still xsempat check ! tup-tup pagi ni senior aku show sms yang boss hantar kat dia...

"Sue (bukan nama sebenar), Please remind Aishah to verify all the item which is still pending in an account, i will discuss with u later " lebih kurang camni la bunyi nya.


Nampak macam aku yang tak buat keje kan ???? padahal aku dah siapkan semua, yang susah semua suruh aku. dah siap dia amik . Penat jer aku perah otak... dia jugak yang dapat nama :((

Bukan berkira, tapi just creditkan lah keje tu pada aku. Takde la bos ingat aku tak buat keje .okey dah habis mengadu. nak sambung buat keje. 

Saturday, July 16, 2011

Mahu jawapan pasti dan tepat. pleaseee !


Assalamualaikum readers !

Rasa penat belum hilang lagi. tapi hati dah rindu nak berblogging, Tegar sangat ke aku ni? follower pun ciput saje. update entri pun satu hari satu, ada hati nak kata blogger tegar kan. Malu jerrrr ! Takpe lah, tak famous pun takpe janji aku tetap aku. aku itu adalah.......

1. mahu jawapan yang pasti dan tepat

2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak

3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak

4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh

5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu

6. kurang mempunyai firasat 

Ternyata aku seorang yang perasa ! Personaliti perasa yang kurang daya firasat tapi sistematik dalam melakukan sesuatu malah lebih teliti dari orang lain.  Nak tahu anda personaliti apa ? KLIK SINI 


Semoga kehidupan ini sentiasa cerah seperti mentari. Amin 

Friday, July 15, 2011

tolong ingatkan aku

Assalamualaikum readers !

Ya Allah! aku baru perasan yang lesen memandu aku dah mati sebulan yang lalu.
perasan pun masa orang duk kecoh-kecoh berhimpun Bersih 2.0 aritu
nasib tak keluar ke mana-mana masa tuh. hati nak balik kampung pun rasa berat jer.
Makanya pengajaran pada diri sendiri, sila ingat tarikh expired driving licence anda yer !

dan lagi, even dah perasan lesen dah expired last week
aku still takde masa nak renew. mana taknya, siang kerja malam pulak JPJ dah tutup
kalo ada pun post office, mana lah bole dia nak access JPJ malam hari tuh.
Maka nya, aku pun tanye lah kat kawan-kawan facebook.
Post office buka ke hari sabtu ??

Jawapan : 
  • buka tapi setengah hari sahaja bagi branch pejabat post seluruh Malaysia 
TAPI 
  • mana-mana post office yang berada dalam shopping complex, buka sampai jam 9 malam
Urusan :
  • surat menyurat - dari jam 8.30 a.m sampai 9.00 p.m (Mon-Sat)
  • renewal lesen, insurance, road tax dan apa-apa yang berkaitan JPJ - dari 8.30 a.m - 5.00 p.m (Mon- Sat)

Tenkiu kawan-kawan ku ^_^
Maklumat lanjut boleh rujuk SINI  
Renew driving licence secara online SINI 


Thursday, July 14, 2011

tukar link ...

Assalamualaikum readers!

Nak tanye sikit nih
Apa akan jadi kalau kita tukar URL LINK blog kita erk ..?
kepada follower and pada blog kita sendiri ?

sebab niat di hati nak tukar url link blog lahh...

bole sape-sape bagitahu tak ?

Wednesday, July 13, 2011

SEGMEN KENALI BLOGGER SPORTING

Assalamualaikum readers!
meh pergi undi blog TIA...


nak join sila KLIK HEADER yerr...
aku seorang perempuan comel
berumur 25 tahun muda lagi
masih bujanggg ! Berkenan? dapatkan borang.  Hee !
tinggal Kuala Lumpur (semasa)
Negeri sembilan (alamat surat menyurat)

ok babai !
^_^

Monday, July 11, 2011

melawan itu bukan penyelesaian

Assalamualaikum readers!

Arini takde mood nak update.
abis spoiled mood ISNIN aku
pagi tadi bangun seawal 6 pagi
mandi, solat subuh lalu ku capai Al-Quran
baca barang dua muka
Alhamdulillah, hati yang marah malam tadi surut kembali...

Memandangkan arini aku puasa
jadi niat dihati ingin awal sampai di tempat kerja
moga-moga pekerjaan hari ini lebih diberkati 
dengan berbekalkan keikhlasan hati
menuju ke opis dan tepat jam 9 pagi
aku sampai

Tapi,
hari yang aku sangka akan disinari dengan kegembiraan
hancur berkecai begitu sahaja.
mood yang berkobar-kobar merudum serta merta
hanya kerana SEORANG !
yang aku sendiri tak tahu punca ape
dia seolah benci akan aku
menagih perhatian orang lain supaya turut membenci aku
semua yang ada di opis langsung tak bertegur sapa dengan aku
sedih. sedih. sedih

aku perlukan kekuatan untuk menghadapi semua ini
Takpe, Allah ada. InsyaAllah 
^_^


p/s : alhamdulillah....dah lega sikit :)

Saturday, July 09, 2011

Bila negara dilanda bersih

Assalamualaikum readers!


semua pun kuning 
kene tangkap tak nanti ?


meja pun kuning 
nasib la blog aku tak kuning
kalo tak kene tutup jawabnya
hikhik


see. kipas bilik aku pun join bersih 
gara-gara jalan jammed semalam
tak jadi balik kampung
so arini aku buat sesi pemBERSIHan bilik !
bilik bersih best tido 
tambahan pulak cuaca mendung 
romantik gitu !
zzzzzzzzzz

p/s : banyak angin dlm badan. cane nak keluarkan erk ? seksa nya..... T__T

rindu nak exam

Assalamualaikum readers!




Ini dewan terakhir aku menduduki peperiksaan. 
Teringat kembali susah payah nak menghadapi 
rasa give up pun ada jugak masa ni
tetapi, akhirnya aku berjaya juga hingga ke tahap ini.
dulu, setiap kali nak exam jer mesti nangis...
sob sob
sebab takut nak masuk dewan exam. 
sebab takut lupa apa yang dibaca.
sebab takut kawan ramai sangat ulang-ulang note depan aku. psycho!
senang citer memang takut tak leh jawab lah.
tapi Alhamdulillah. 
dari tadika sampai universiti
just repeat ONE paper je. 
itu pun masa kat uni jer
tak suka lecture mengajar terus fail exam.
ha ha ha
And now..
kembali merindui saat itu 

kesimpulannya, jangan ada takut jika mahu berjaya !

gaduh dengan housemate :(


Assalamualaikum readers!
"Gara-gara sebotol syampu yang harga hanya RM 9.00, hubungan yang dulunya mesra menjadi dingin..."

Bagi mereka yang menyewa rumah beramai-ramai, perkara begini mungkin pernah tejadi. betul tak ?nak mengatasi ? Mudah saja.. adab teman serumah penting untuk anda ketahui :)

  • Bergilir-gilir membeli keperluan asas rumah spt barang dapur, makan dan rumah. So takde lagi isu tak adil atau merungut hanya dia sorang je keluar duit beli barangan tersebut. OR bole kumpul duit tabung khas tuk beli barang rumah. Cth : sebulan sorang RM 100. 

  • Kongsi bayar bil. kalau semua housemate berblog. agak-agak tinggi ke bil elektrik sebulan? Hee

  • Kalau nak bawak tetamu, inform housemate yang lain. ini untuk mengelakkan dia terkejut dengan kehadiran tetamu tu. bukan semua orang suka tetamu datang rumah lagi-lagi waktu kritikal mcm pulang dari kerja/kelas. balik dah la penat, kene layan tetamu pulak. 

  • Dah pinjam pandai-pandai lah pulang balik. Ini salah satu etika yang paling penting, sebab ia memastikan housemate percaya pada kamu. Jangan pulak housemate tu diam tak mintak barang dia, kamu pun buat tak tahu je. 

  • Ruang di dalam rumah adalah awam, so mesti kemas dan bersih. Barang peribadi dalam bilik tau. Jangan gedik nak sepah merata-rata. kalo nak letak kat ruang tamu, mintak persetujuan yang lain. Sebab rumah tu bukan kamu sorang yang duduk. ramai tahu ! 


Ok babai .

Friday, July 08, 2011

shiema sufian : FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum readers!

Dalam ketandusan idea nak mengupdate, datang pulak jejaka hensem menyapa .. hik hik ^_^

" iMBobo tag Gadis Kecil tau hehe"

maka, dengan sopan santun penuh ayu, gadis kecil yang malu-malu kucing terus klik banner di bawah ini..

cantik banner engko dik. tenang jer!

takde apa yang nak dikritik pun. blog kamu dah cantik menawan + kemas bersih saje. cuma terpikat dengan nama mak dan ayah kamu tu, ada kene mengena dengan kisah akak masa di sekolah menengah dulu. hihi

nak tahu ? bagi akak menang dulu. Ngee ~
siapa nak join bole klik SINI
ok. babai

saya dulu, kita sekarang

Assalamualaikum readers!

Kalau dulu kita seorang yang nakal, tak kan sekarang pun nakal kan. Manusia itu pasti berubah bila sampai masanya dan dengan keizinanNYA. begitu juga dengan blog nie. banyak dah perubahan. Alhamdulillah

dulu sunyi tanpa pengunjung 
sekarang meriah dengan tegur sapa

dulu takde siapa pun nak datang komen entri, sedih
sekarang tak cukup masa nak moderate komen. happy

dulu bila masuk giveaway atau segmen, kalah + tak bertuah
sekarang ni tuah tu berganda-ganda. Alhamdulillah 

dulu follower puluh-puluh jer
sekarang ni follower dah ratus-ratus. 

dulu tak rajin nak blogwalking and komen entri blog lain
sekarang ni pantang ada masa mesti singgah blog lain and tinggalkan komen, if suka lebih mesti follow

dulu terpikir nak delete blog
sekarang, sehari tak bukak rasa rindu 

Apa-apa pun nak ucap terima kasih pada semua yang sudi komen ENTRI ini . kalau nak tau, aku dah menang segmen tuh. sume tuh berkat dari dorongan dan bantuan korang jugak. tak caye ? klik SINI dan lagi aku dapat anugerah dari blogger tau. klik SINI pulak . 

Bukan nak megah, tapi nak khabarkan pada semua blogger iaitu usaha tangga kejayaansambil kita menimba ilmu kita juga dapat eratkan hubungan silaturrahim sesama kita kan. ^_^

Thursday, July 07, 2011

segmen cx's : bloglist UiTM di Hatiku

Assalamualaikum readers!

Segmen lagi ?? sebelum tuh mai pakat ramai-ramai komen entri INI. Tenkiu ^_^

sekarang, nak join segmen budak uitm . harap-harap dapat kenal dengan blogger dari uitm pulak.


*klik banner untuk ke penganjur segmen*

saya bangga menjadi warga UiTM kerana..

  • berjaya menjadi graduan UITM iaitu satu-satunya universiti 100% bumiputera.
  • berbakti pada masyarakat, sebab masa study rajin join program yang berunsurkan kaunseling + kemasyarakatan. 
  • ramai yang kata graduan UITM ni bermasalah dari segi sosial, tapi saya tetap bangga jadi warga nya sebab saya berjaya membuktikan yang saya BERSIH dari masalah sosial even belajar di sana.
teringat pesan pak ngah sebelum masuk UITM dulu " jangan masuk je pakai baju labuh, seluar panjang, tudung litup. keluar nanti terus pakai baju nampak pusat " =_=" Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah sarjana muda perakaunan (kepujian) dan pulang dengan siapa diri saya sama macam dulu cuma kini sudah bergelar GRADUAN UITM  ! 

rindu UITM SHAH ALAM + kawan-kawan 

    SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA

    Assalamualaikum readers!


    Masa blogwalking tadi, jumpe segmen ini. sila KLIK BANNER untuk ke blog penganjur. Memandangkan segmen kali ini berupa komen entri, jadi aku dengan rasa berbesar hati nya nak minta jasa baik korang komen entri yang berupa soalan ini... kenapa kene komen ? 

    sebab saya nak tahu.....

    Apa pendapat anda tentang blog ini ?? 


    dari segi :

    1. Wajah blog
    2. Penulisan
    3. Berat / ringan 
    4. suka / tak suka singgah sini 

    p/s : dibenarkan kritik + beri pandangan !

    Habis dah soalannya. kritikan dan pandangan anda semua amat diperlukan. Maklumlah saya ni blogger baru. banyak lagi nak belajar, so sebagai teman seperjuangan. sudi kiranya tinggalkan komen yer! Jasa anda akan saya kenang =) saya akan terjah anda serta merta bila dapat link anda nanti. 

    Terima kasih Semua ! ^_^



    Tuesday, July 05, 2011

    tak BERSIH

    Assalamualaikum readers!

    Ada sape-sape join perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 ni tak ? Aku tak tau sangat pasal ni, tapi just nak highlight ape yang penting je. nak berhimpun tu berhimpun lah. tapi jangan sampai nak porak peranda kan semua orang. kadang-kadang aku tak suka bila politik memutuskan tali persaudaraan. hanya kerana sorang pilih pihak pembangkang dan sorang lagi pilih kerajaan. yang dulu nya kawan sekarang dah jadi musuh. tak elok kan.

    abis review pasal politik! ape kata korang klik link bawah ni .


    Nampak ape yang dia buat ? tak BERSIH dan tak PATUT kan ? kalo aku tau sape yang buat camni memang aku sekolahkan dia cukup-cukup ! salah satu faktor kebersihan hati adalah dari makanan yang kita ambil. sebab ia kan menjadi darah daging kita.

    Susah betul nak cari makanan yang dijamin bersih dan halal sekarang ni. nampak gayanya orang bujang cam aku ni kene balik umah masak lah. tak bole dah beli-beli kat luar lagi dah. bahaya lah! 

    Hati-hati memilih makanan yaw ! ^_^

    Monday, July 04, 2011

    dashboard berguna

    Assalamualaikum readers!

    malam makin larut, tapi aku masih belum update entri untuk hari ini. baiklah, sekarang juga aku mula mengarang. kehkeh! Aku ada dashboard.

    yer! dashboard. ia amat berguna. sebab ape dia berguna?


    Boleh dapat ramai kawan
    hanya dengan dashboard ni aku bole mengenali seseorang dengan lebih dekat. tak payah pakai duit, tak payah kuar air liur dan juga tak payah keluar rumah. Jimat bukan?

    Tahu isu semasa
    tak payah nak kuar pegi kedai beli newspaper pun, segalanya berada di dashboard. sebab ape ada? sebab kawan-kawan baik aku yang rajin lagi bijaksana (blog yang aku follow) update entri berkenaan isu semasa. lagi pantas. tak payah nak tggu hari esok pun.

    Perbaiki mutu penulisan yang tunggang langgang
    Bila aku mula mengetuk keyboard akan terhasil sebuah entri. lalu aku post kan pada semua pembaca, mereka yang setia membaca blog ini akan komen.tecetuslah di situ pelbagai idea dan nasihat dari para blogger lain. dashboard ni betul-betul memudahkan aku. untunglah !

    Tahu cerita + pengalaman orang lain
    selain isu semasa, cerita peribadi juga boleh di baca. sekurang-kurangnya kita tahu pengalaman orang lain. macam orang ni pandai buat kek, bila kita baca blog dia kita tahu dan kita pun nak belajar buat kek sama. kan?

    Rasa blog begitu berharga
    saban hari ada saja yang datang bertandang ke blog, tinggalkan komen dan menjadi follower. makin hari makin rasa berharga. kira tak sia-sia lah ada blog ni. dah lah tak payah susah ape. tapi pulangan nya memang best. dapat kenalan, duit (bagi blogger aktif) + add  ilmu pengetahuan.

    saya juga ada dashboard ini !
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    dashboard kereta. 
    Peneman dikala duka.
    senyumlah seindah seuria.
    ia akan membawa cahaya 
    =)

    Sunday, July 03, 2011

    hati-hati dengan ELITE Highway !

    Assalamualaikum readers!

    Kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Asyik benar bercakap-cakap sampai tak perasan ada orang ekori aku. Siap dengan camera tersembunyi lagi. elok je aku lalu dengan penuh ayu nya, dia pun snap picture aku.

    hebat kan?

    dah dapat soft copy, ape lagi dia pun print out jadi hard copy. senang sikit kata nya nak sebarkan. Berani kau kan? dah lah ekot aku sepanjang perjalanan. lepas tu nak edar-edarkan pulak gambar aku. ape jenis manusia la kau ni. pastu ugut aku pulak tuh.

    yer. ugut aku dengan duit !

    kalo nak duit cakap je. tak payah lah nak curi amik gambar aku. pastu hantar kat umah then ugut aku mintak duit. kotor sungguh cara kau ni. pengecut ! main hantar notis jer. pulak tuh, siap ada tempoh. lewat jer seminggu naik RM 100.

    kau ingat aku takut ke ?



    esok aku nak jumpe kau. kat balai polis. kita kasi setel ini saman !


    malayang duit aku bulan nie. dapat surat saman dari PDRM. kesalahan lebih had laju. siap ada gambar kereta aku sekali dalam surat tuh. so nak pesan dengan korang lah ni, hati-hati bila memandu di highway elite waktu siang. ada mata-mata di sana. sekian, aku mangsa keadaaan. =(

    Saturday, July 02, 2011

    segmen jom follow dan komen

    Assalamualaikum readers!

    Nampak tak banner atas tuh, segment dari INIKISAHTIA. Sila KLIK kalau and nak join segmen nie. sampai jam 10 malam ini saja tau! cepat sebelum terlambat. gegegege ^__^ . Jumlah follower masa join segmen ni = 196 orang! I love U all ~

    Ayuh kita follow blog dan komen 


    Friday, July 01, 2011

    hantaran sikit...putus tunang

    Assalamualaikum readers!

    Tenkiu sangat pada yang sudi singgah, follow + tinggalkan komen di blog ni ye! Nanti aku singgah blog kamu pulak yer =)

    Tajuk muka depan metro betul-betul buat aku takut.  bakal pengantin lelaki nikah lain pada hari yang telah ditetapkan untuk majlis mereka. Adooi lah ! pesal sume ni bole jadi ha ?Di mana letaknya kesetiaan seseorang pada mereka yang dicintai? Kesian kat gadis tu kan. mesti perempuan tu fobia nak cari lain kan. Semoga dia tabah hadapinya.

    Kazen aku aritu pun same. nak putus tunang jugak, hanya disebabkan hantaran sikit ! kata pihak perempuan family kami kedekut. takde langsung hantar barang macam telekung, kasut + handbag. ape kesss?


    Dan lagi, dia bole maki-maki kazen lelaki aku. siap kata tak heran pun kalo tak dapat berlaki kan kazen aku tu. pasal sape sarung cincin pun kecoh and yang tak bole blah nye tuh dia siap kata nak bayar 2 kali ganda duit hantaran (syarat kalo pihak perempuan putuskan pertunangan) and sanggup nak putuskan pertunangan.


    camni punya orang pun ada ke? Meh sini nak bitau sikit meh.........

    • Biasalah, baru tunang! hantaran tu sebagai tanda jer. ada orang langsung tak dapat ape lak. just cincin jer. duit hantaran advance pun takde. engko beruntung tahu!
    • Kami ni orang kampung, tunang tu simple jer. tak baik membazir. lagi baik simpan duit untuk majlis kahwin nnti. lain lah korang mampu.
    • Okey lah bagi hantaran makanan, boleh makan kenyang perut kan. Brruupp!
    • Sibuk sangat hantaran sikit + murah ni, ko nak kawin dengan barang hantaran ke dengan tunang kau ? kalau nak kawin dengan barang, better kau cari duit, beli sendiri pastu peluk lah barang-barang kau sampai lebam ! 
    • Terima tunang anda seadanya. sebab nanti korang jugak nak sehidup semati kan. 
    • Kahwin dulu, pastu nak mintak lebih mintak lah. lebih dari telekung pon kazen aku boleh bagi. dan konfirm kan. Hee ~

    Tapi setel dah, pihak perempuan datang mintak maaf kat family kami. kami maafkan dan tali pertunangan disambung kembali. Alhamdulillah, andai jodoh mereka kuat, ke jinjang pelamin la mereka . InsyaAllah.. Tapi aku tetap tak boleh terima alasan nak putuskan pertunangan tempoh hari... =(

    Dah tunang nak putus, dah kawin nak cerai.
    Nak jadi ape la kan........
    MyEm0.Com

    Thank You For Reading Yahhh !

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...