Thursday, June 30, 2011

terjah mereka

Assalamualaikum readers!

Jom terjah blog mereka. This is call what u give u get it back



http://anismelon.blogspot.com

Tenkiu bebanyak sebab sudi singgah and follow blog saya yer, and now saya nak ajak sume kawan-kawan lain terjah blog mereka juga. Singkap kain tirai blog mereka :)

niat di hati nak letak header sorang-sorang... tapi mase tak mengizinkan. maka korang bole pegi sendiri dan lihat ... zaaaassss !

benci korang

Assalamualaikum reader!

Dah banyak memberi ke hari ini ? moga pemberian itu ikhlas dan mendapat berkat dari nya. Hee ~ 

Engko apesal? pepagi dah benci orang ha aishah?? 

Benci korang! sebab korang suka buat aku nangis . asal terharu je aku  nangis. asal nangis je aku terharu. takmo kawan dengan korang lagi . Huhu 

Pertama kali kot aku tengok dashboard blog aku berlambak komen and jumlah follower bertambah seramai 5 orang dengan hanya 1 malam saje. Hek eleh! aku lagi ramai tau *kate blogger femes itu*. Takpelah, aku baru nak merasa, ko dah biasa so mesti dah tak rase ape kan. bagi la chance kat aku pulak nak naik same. Mencik tau. Heeee Terima kasih pada yang sudi singgah blog ni, korang memamg best. Tunggu erk, what u give u get it back ! 

benci sayang korang !

Now, dah sayang blogger tapi benci deorang bertiga ni. Bahagia sangggggaaattt ! Jeelesss ok :((( Pejam celik dah setahun mereka kahwin, siap dah dapat anak lagi. comel pulak tuh. first anniversary deorang disambut secara simple tapi bagi aku ia amat romantik and sweet :) Menci tau korang ni. suka buat aku rasa nak kahwin sekarang. Burrpp!


Aku suka props tu, comel jer. actually pasangan mukhlis (hasben) and ruzy (wife) memamg sweet orangnya. Happy 1st  Anniversary Korang ! sesape nak celebrate 1st anniversary bole buat gini erk. sweet je ! *bila la aku  leh dapat* 


First anniversary disambut together with Baby Girl diaorang. yang wife tu sebaya aku. dah ada anak dia. aku anak tekak ade lah. cukup lah tu kan. Ngee ~


main suap-suap pulak! isya main cake jer bagi chance daddy + mummy dia. Hehe


Inilah permata hati pasangan bahagia ni. Farisya Aliya lahir pada 07/04/2011. Semoga kamu membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang serta menjadi anak yang solehah . Nanti Cik Sha datang jenguk isya yer ^__^

Habis! 

korang celebrate anniversary cane pulak ? 

Wednesday, June 29, 2011

blog kesayanganku

Assalamualaikum readers!

Jom Join Segmen by Firdaus

1) Letak header sendiri.


ok DONE !

what u give, u get it back

Assalamualaikum readers!

Hujan lagi pagi ini, rahmat tuh kan. Alhamdulillah :) pagi ni aku masuk je opis terus shout kat YM !

"what u give u get it back"

Then hati ni rasa melonjak-lonjak nak tengok blog, adakah aku blogger tegar kalo berperangai gini ? Haha sambil blogwalking aku baca la entri kat dua ke tiga blog, ape yang aku nampak........... "what u give, u get it back". cara penyampaian jer berlainan tapi maksudnya sama. Nak tau? Jom baca entri ini.



Dunia blog ni mudah saje. Macam bagus je aku ni . Lebih banyak kamu memberi, lebih banyak kamu mendapat ! abaikan ayat skema dan bersepah itu. Kalo bagi banyak duit bole dapat banyak balik tak ? Boleh...... bagi sedekah pada orang yang memerlukan, maka Allah gandakan rezeki padamu. InsyaAllah :)

Nak sambung blogwalking sambil tinggalkan komen ! JOM 

Tuesday, June 28, 2011

kotak bulat promote blog

Assalamualaikum readers!

Time blogwalking kat blog Firdaus *suka baca blog dia* tadi, ternampak pulak ada bloggers yang sedang senang hati nak promote blog.

So ai tertarik hati nak join same! Meh terjah banner di bawah ........

klik banner untuk JOIN 
Ape sebab Join? 

Nak tambah kenalan di blog and bertukar pandangan serta pendapat. Nak merasa blog dikenali agar dapat perbaiki mutu  penulisan dan mantapkan isi blog ! Blogger kecil tak mustahil bole jadi besar jugak kan. Usaha tangga kejayaan. Kotak bulat, tenkiu erk sebab buat segmen nie, baik sungguh hati kamu. Bukan senang nak dapat blogger yang murah hati tolong promotekan blog org lain. Hope sudi promote ai juge. Hee

Jom paste link di entry Kotak bulat !

BLOG DAN AKU



klik banner tuk JOIN !
Assalamualaikum!

Terasa-rasa makdara memanggil ajak join sesi soal jawab antara blogger ni. Hihi Apa kata anda suma JOIN sama. Dapat jugak update entri sambil bertukar-tukar idea dan pengalaman. Betul tak ?

Ada soalan temuramah nak kene jawab ni .....

1) Apa nama blog anda
    Entah kali yang ke berapa memikirkan nama blog ini. dan akhirnya diberi nama "Inibelogsaya" !

2) Kenapa anda memilih nama itu
    Sebab ini blog saya. ekekeke! 

3) Tema warna blog anda
Tema warna blog ni BLUE and PINK. suka kaler ini sebab teringin nak buat tema masa kahwin nanti. Eeee !

4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog
Depend on masa yang ada and mood untuk mengupdate lah. kadang-kadang banyak. tapi sekarang ni sehari tu ada jugak lah satu. di opis busy, di rumah pulak internet slow macam kura-kura. Spooill Mood nak update je!

5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda
Selalunya kisah hidup saya sendiri lah. Dulu isi entri blog ni selalu emosi jer, sampai kawan-kawan pun perli. siap jadikan isu usik mengusik. tapi tak kesah pun sebab itu menandakan blog saya ada pembaca! Now, dah tak full emosi lagi dah. Tapi isu kerohanian pulak. Hee ^_^

6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog
Banyak kenangan manis jer kot sebab ramai kenal dengan blogger secara maya je lah. Even blog ni tak dikenali ramai tapi makin hari makin rancak atas bimbingan dan dorongan blogger lain jugak! Paling manis bila ada blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen. korang buat saya sentiasa nak berblog! tenkiu

7) Blogger Idola (kalau ada)
Ada. dia mula follow saya dan suka tinggalkan komen di setiap entri. Jadi semangat nak berblog. dia ialah Cik Ezy  and tak lupa jugak pada follower + blogger lain yang rajin singgah and komen entri :)

8) Target follower untuk blog anda
Tak kesah dengan follower. tapi pembaca! sebab mereka buat saya ingin terus berblog :)

9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda
Yang paling suka Header blog saya. sebab ia hasil kerja tangan saya sendiri. Hee

10) Kata- kata ucapan untuk Blog anda
Blog teruskan usaha! Terima kasih pada follower dan blogger lain yang sudi singgah serta beri komen yang memberansangkan. rasa blog ini begitu berharga, Yeaay !

Monday, June 27, 2011

rakyat didahulukan ?

Hello!

Aku baru je sampai dari kampung halaman ni. Alhamdulillah, semuanya selamat. Tapi yang tak puas hati nya dengan "dato" sorang ni. Ntah dari mane datang nye, mentang-mentang gune kete besar, ada polis tukang iring. Dia ingat jalan tu dia yang punya? Suka-suka jer nak suruh pengguna jalan raya yang lain ke tepi sebab nak bagi dia jalan dulu. Abis dia ingat, dia sorang je nak sampai umah awal? Kami ni tak keje ke esok? kami ni tak yah tido ke? kami ni tak yah makan ke? Apa pun tak boleh! Haha Sepah dah menang Maharaja Lawak kan.. iklan jap!

berbalik pada isu orang-orang besar yang suka anggap dia je nak cepat balik tuh sebenarnya membahayakan pengguna jalan raya yang lain. katakanlah yang bawak keta tu pakcik tua yang tak berapa nak cekap bawak kete kan. pastu tiba-tiba polis tu angkat-angkat lampu suruh pakcik tu ke tepi, korang rase pakcik tu terkejut tak? tak yah pakcik lah, aku pun same tau. tengah syok-syok layan lagu smbil bawak kete, orang bagi high lamp! sape tak hangin. pastu nak suruh cepat-cepat beralih dari lane tengah ke ketepi. dah lah kat highway, kete laju-laju. bahaya lah TOK!

And yang paling tak bole blah nya, time aku balik tadi ada exciden melibatkan banyak jugak la kereta kan. tapi yang "dato" ni sikit pun takmo benti tengok apa jadi, lagi dia suh polis-polis tu kuatkan siren dia arahkan semua kete ke tepi ada lah. Aissh! tak prihatin tol lah. kata "rakyat didahulukan". Mane nya?? 

Dah. pasni kalo ada lagi "dato" nak lalu, aku memang duk je kat lane tengah tuh. takmo beranjak. Ikutlah kelajuan yg telah ditetapkan. tol tak? polis pun laju, acane? HIhi Orang lain pun nak balik rumah jugak. bukan atok sorang je. 

selamat malam :)

Friday, June 24, 2011

sila ambil perhatian 'perokok tegar'

Morning!

Perokok bukan saja merosakkan diri sendiri malah orang yang turut berada disekelilingnya. Mungkin ada dikalangan perokok di luar sana yang telah mencuba beberapa kali berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Dan anda terus merokok dan memikirkan ia terlalu lewat untuk berhenti merokok? Anda silap! Masih tidak terlewat untuk anda berubah. Okey!

Even anda berhenti merokok ketika usia 60 hingga 80 tahun sekalipun, terdapat banyak kesan buruk akibat merokok dapat diberhentikan. Contohnya seperti :
  • Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik.
  • Dalam tempoh 24 jam selepas berhenti, risiko serangan jantung menurun.
  • Selepas sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga anda bertambah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.
  • Selepas setahun, risiko anda mendapat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.
  • Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun.
  • Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.

See, dalam masa 8 jam selepas berhenti merokok pun dah bagi kesan yang positif pada diri anda. Apetah lagi jika anda berhenti merokok buat selama-lamanya. Hee

Setiap kali anda menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari menjadi kuning (ini ke yang dikatakan macho kalo merokok? ) dan lambat baik dari luka.

Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.

Jadi. anda masih mahu terus merokok? Masih belum terlambat untuk mengubah kehidupan sihat anda. Ramai yang telah berhenti, maka anda juga boleh ! ^__^ 


Petua untuk membantu anda:

  • Tukar kebiasaan terutama lepas makan!
  • Elakkan tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari 
  • Jauhkan diri dari perokok
  • Berikan kata-kata semangat kepada diri anda setiap hari
  • Buat janji dan memberi ganjaran kepada diri anda
  • Menyimpan duit rokok untuk kahwin!
  • Curi masa – lambat-lambatkan menyalakan rokok
  • Minum air secukupnya (Air suam)
  • Kurangkan minuman yang mengandungi kafein. No Kopi, No nescafe! 
  • Bersarapan pagi

Walaupun berhenti terus merupakan cara terbaik, namun jika anda terpaksa berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah untuk BERHENTI. 



Thursday, June 23, 2011

mereka yang enggan sujud kepada Allah s.w.t

Biodata 


Nama: Iblis Laknatullah
Tarikh Lahir: Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah S.W.T
Status: Fasiq kelas pertama (first class)
Agama: Kafir
Tempat Tinggal: Di dalam hati manusia yang lalai
Kawasan Jajahan: Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah S.W.T
Tempat tinggal: Neraka Jahanam
Hobi: Melalaikan orang daripada mengingati Allah
Kegemaran: Menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Cita-cita: Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkan
Kerja yang paling disukai: Homoseksual dan Lesbian
Hiburan: 18 SX


Status Perniagaan


Modal perniagaan: Angan-angan yang kuat
Pesaing yang paling hebat: Umat Islam

Moto :"HIPOKRASI ASAS AKHLAK"
Kelemahan: Istighfar
Kroni: Golongan MUNAFIK
Sumber rezeki: Harta haram
Bilik operasi: Tempat-tempat kotor lagi menjijikkan
Gaji: Dosa

credit to : iluvislam

Wednesday, June 22, 2011

Tips badan kecik !


Hari nie mesti ramai yang join Wordless Wednesday tu kan. hihi aku pun rasa nak join tapi bila letak je gambar sejibik kat atas ni rasa tak puas pulak. ekekeke masih rasa nak menaip sesuatu jugak. Sebenarnya sekarang ni tengah mengantuk tahap dewa ! giler nak menahan mata sambil buat-buat kerja. Penangan nasi lemak pagi tadi betul-betul buat aku penasaran sekarang ni. Aku ngadu kat opis mate aku, kata mata ni dah kuyu. ayat yang aku dapat camni ....



       " jangan ko salahkan tangan nasik lemak itu, sesungguhnya ia tidak bertangan! salahkan tangan ko yang menyuap tak hingat! "

Hahaha. Amik ko kene sekali ! Opis mate aku ni memang seorang yang lawak. kalo ajak dia berborak memang tak kering gusi jadi nya. Ngee ^__^

Tiap kali makan nasi lemak mesti ngantokk kan? Nape erk ! Ish. dah lah mengantok pastu menternak lemak! tapi itu lah. aku ni kurus tapi kaki jer gemok. muahahahaha. Ape tips ? ok aku kongsi dengan korang erk.......

#1 Aku alergic seafood, so banyak makanan nak kene pantang. bila banyak pantang maka kurus la kan. hihi

#2 Lepas makan mesti minum air suam banyak-banyak, sebab tak bole minum air yang berais. nanti kaki lenguh-lenguh. camm orang tua kan.

#3 Bila sorang-sorang hidup merantau, aku jadi malas makan. satu hari hanya sekali je makan itu pun time lunch hour kat opis with kawan-kawan.

#4 Selalu nye orang meniaga kat KL ni susah nak cari yang sedap-sedap kan, so aku lebih rela berlapar dari beli makanan yang tak sedap. Hihi

#5 Parameter badan. badan aku ni dah cam diset tau, bila berat lebih dari 45kg dengan secara automatiknya aku akan hilang selera makan, sakit belakang, pening kepala & loya-loya. Hee bukan mengandung tau tapi itu adalah hint yang aku dah overweight. =__="

Cukup dulu 5 tips diberi. nak tahu kesan dari tips ini ?? meh sini jumpe dengan tuan punya blog. Ngee ^__^ 

Tuesday, June 21, 2011

Tahniah mamat-siti-iman-ayah !

Assalamualaikum..! Lame sungguh tak update blog kan. Mesti ramai yang rindukan hasil karya dari gadis kecil. Muahahahaha perasan tol aku ni. Owhhh, pada sesiapa yang sudi kunjung & ziarah blog ni serta drop komen.. terima kasih diucapkan. Nanti ada masa kita jalan-jalan blog kamu pulak ye.  Ok, now nak stori sikit lah dengan uols semua. Sepanjang ketiadaan aku di dunia maya ni, aku berada di dunia yang nyata bagi meraikan rasa gembira orang di sekeliling aku. Hee (^__^) 


Kisah A : Congratulatioonnn To my beloved brother! Muhammad Bin Abdollah dah berjaya mendapatkan segulung Diploma Kejuruteraan Eletronik (Kawalan) pada Selasa lepas bersamaan 14 Jun 2011. Bertempat di Politeknik Shah Alam. Aku yang turut ambil cuti demi menghantar parent ke sana, turut merasa bangga dengan kejayaan adik aku. Kini dah 3 orang selamat konvo. 5 to go ! chaiyok adik-adik akak ^__^


Haa.. yang ni bukan anak dara yang baru lepas dipinang tau! Tapi kawan 1 opis yang sama-sama konvo with my brother. cuma dia amik kos lain. civil engineering tak silap. Hee Tahniah buat kamu juga Siti Norsa'adah. lepas ni dah bole kahwin la kan. diploma pun dah dapat =)


Kisah B : Selesai cerita konvo. Now nak say tahniah di atas kelahiran baru. Nur Imanina !! Anak sulung kepada sahabat baik aku since dari sekolah rendah. sebelum ni aku pernah update pasal majlis kahwin dia, tapi dah lupe lak ape tajuk entri tu. Itu la sape suruh tak buat label. kan dah susah nak refresh. Ngee =_="


Kisah C : sempena Hari Bapa yang baru saje berlalu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari  Bapa kepada En Abdollah Bin Othman yang kini berusia 49 thn 5 bulan dan mempunyai 8 orang anak. Hihi teringat selalu je gado-gado manje dengan ayah, sebab aku ni anak paling degil and keras kepala. Haha tapi aku bangga dengan ayah sebab ayah ni serba-serbi bole. ape je dia buat semua aku kagum. dan lagi, orang pertama yang akan aku rujuk bila nak buat sesuatu keputusan ialah AYAH ^__^ !

Sesungguhnya anugerah Allah yang paling berharga buat diri aku ialah mempunyai AYAH serta FAMILY yang amat memahami diriku. Semoga keluarga kami sentiasa berada di bawah lindungan nya. Amin

Wednesday, June 15, 2011

luahan rasa hati.......


Andai masa itu boleh ku undur semula.

Ingin aku merubah semua. 

kesilapan di masa lalu.

Akan tetapi. ia tidak mungkin akan berlaku.

Maka, 

Teruskan menempuh hari-hari yang mendatang.

Perbaiki kesilapan lalu.

Semoga hari-hari yang ku lalui nanti.

Diberkati selalu.

Amin 

Wednesday, June 08, 2011

Alhamdulillah. Majlis Kahwin Gilang Gemilang !

Alhamdulillah. Setelah 3 hari akhirnya hilang jugak penat berkenduri aku. penat sungguh bila kenduri kahwin ni kan. mane nak layan tetamu lagi, nak layan sedara mara lagi, nak layan orang tersayang lagi. ecece! senyum lebar je wikend lepas. al-maklumlah kenduri kahwin kata nya. haha Oleh itu, mai sama-sama layan gambar sepanjang sehari bermajlis kawin :) 








aku sebagai tetamu yang diundang memenuhi saje. yang kahwin nya mereka. haha. Turn aku? owhh sabarlah kira nya menanti yer. ada jodoh tak kemana pergi nya der. haha 


so! nak wat ucapan sikit boleh? apa kesah, silakan lah. ngee~ 


semoga bahagia sampai ke syurga to semua pasangan yang baru saje bergelar suami & isteri sabtu hari tu :) cepat-cepat dapat baby! hihi. and jangan lupe datang wedding aku pulak nanti. Thank sebab menjemput makan free di majlis korang. nasib baik takde cerri berri after kenduri kan.. kalo tak naya aku! haha


=_="  

tata 

Friday, June 03, 2011

Youu..jangan la goda I ! Awwwww..........

Fuuhhh~ (tiru gaya awal ashaari)

Dua hari lepas, ai tergoda u..................
tergoda dengan keSEKSIan seorang pelayan di restoran...
masalahnya dia tutup habis tuh...
tapi dia tetap seksis !!
bak kate kris dayanti...makhluk tuhan paling seksi gitu.....
tudung pakai, t-shirt lengan panjang, seluar pun panjang!
Abis nape ai masih tergoda???

Nak tahu jom ikuti cerita di bawah !

Even seluar nye panjang tutup seluruh kaki ia tetap KETAT! Sehingga menampakkan SELUAR DALAM.. Bukan setakat lelaki jer yang memandangnya....tapi perempuan pun turut tergugat ! Ohh malu gila korang tau, semua customer yang datang makan kat restoran tuh tertumpu kat kakak tu jer... Sementara aku sedang menunggu makanan yang di order, aku asyik perhatikan sekeliling... Anddd.......

Ternampak seorang brader ni, baru lepas amik makanan then panggil kakak tu sebab nak order air..elok je kakak tu pusing belakang...brader tu tersengih-sengih then mata dia asyik pandang belakang kakak tu jer!!! Ishh...aku pulak yang malu :(  tapi aku rasa kakak tu mesti tak tahu yang orang semua sedang pandang dia sebab nampak ape yang ada dekat dia insead of orang tengah mengorat dia .. sebab tu la lagak dia cam tak tahu apa-apa.. huhu

Seusai makan, aku and kawan nak pegi bayar... aku mintak pen and kertas dari cashier and tulis NOTE !

KAKAK!
Lepas ni JANGAN pakai lagi seluar ni..sebab seluar kakak sangat JARANGtenkiu and sori 

Then aku pon bagi lah kat kakak tuh suh baca....Mungkin ini cara terbaik sebab aku rasa malu sangat bila ada lelaki yang TERSENGIH-SENGIH bila tengok keadaan cam nie..AKU MALU !! So tidak salahkan kalo aku tegur kakak tu demi menjaga maruah kaum ku sendiri ..... 

Esok nya tuh ... KAKAK TU DAH PAKAI SOPAN SIKIT.. hahaha


Nak pesan ni !!! 

1. Siapa yang gemar sangat pakai legging cenggini, pastikan baju tuh LABUH dari punggung tau. Sebab legging ni ada jenis kain yang memeri, so bila saiz kaki yang AGAK BESAR akan buat seluar tu TERIK..then akan menampakkan kulit dan seluar kecik, tak baguslah kan. Tapi lagi bagus TAK PAYAH pakai lah seluar legging ! hee

Peringatan ini buat diri ku jua ! 

Wednesday, June 01, 2011

Maruah diri bukan untuk dimegah-megah tetapi untuk dijaga!

Assalamualaikum semua, semoga semua pembaca dalam keadaan yang sihat sejahtera! sedar tidak sedar kita telah memasuki bulan keenam tahun 2011. Cepat sungguh kan masa berlalu. Masa akan pergi meninggalkan kita, tapi kenangan akan sentiasa bersama-sama kita sampai bila-bila :)

Pasti ramai bloggers sudah terbaca blog sorang gadis remaja berusia 14 tahun yang telah mengaku secara terang-terangan yang dia SUDAH TIADA DARA! Ayat beliau berupa begini : 
"ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ? lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh .. jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thankyou :)"

Hurm, dunia dah akhir zaman tiada lagi malu untuk diri yang telah melakukan dosa.. Aish! Ape dah jadi ni? 
Gk tertanya-tanya ape motif dia buat pengakuan sebegini? Dia tak pernah takut ke ape pandangan orang luar? and yang pelik nya, ramai je bloggers suruh dia delete entry tu.. tapi takde ape reaction pun dari pemilik blog tersebut! 

Malah, dia bole berbangga yang dia punya pakwe hensem! yang bole beri dia kasih sayang... Mungkinkah pakwe adik tu akan terus setia sampai bila-bila? kalo YES bagus lah..kalo NO? Ape adik nak buat? Ape-ape pun cepat-cepat lah bertaubat.. Maruah diri bukan untuk dimegah-megah tetapi untuk dijaga!

Demi Bahagia, Perlu Bijak Mencorak Hidup
Lelaki yang adik puja dan dambakan kasih sayang mereka itu tidak menjamin kebahagian selamanya, tetapi kebahagiaan yang hakiki ialah ketenangan hati dan Ingatlah Allah sentiasa bersama kita walau di mana pun kita berada!

Segeralah bertaubat!
InsyaAllah kamu akan memiliki kebahagiaan yang hakiki 


Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...