Friday, April 29, 2011

labour day in advance :)

Hai, 
mesti ceriakan hari ini, yela hari jumaat la katakan...
dah tu, kita akan bercuti selama 3 hari pulak...
sempena LABOUR DAY !!
tapi kami di office dah cuti celebrate dulu tau..
hehehe
Sempena besday my lady boss yg juga jatuh pada 01/05 setiap tahun,
kami pon sambut in advance la disebabkan tarikh tu confirm sume orang cuti kan...
Okey, takmo stori panjang
jom tengok gambar celebration tadi...
panas dari oveen lagi.. :)


cuba lihat budak kecil di penjuru meja itu, dia nampak lapar sangat kan?? 
kami kumpul duit ramai-ramai sempena celebration ni...
and makanan atas meja itu la hasil nya
even KFC jer tapi still kenyang..:)


lady boss aku ni merangkap 'EMAK ANGKAT' aku tau..
sebab dia pernah announce kat semua staff yang aku ni ANAK ANGKAT dia.. 
Happy Birthday Mummy !!
:)


Bersama-sama big boss a.k.a husband lady boss 
(sila abaikan 2 orang kanak-kanak yang ber 'peace' itu)
hehe


Sesi potong cake pulak... lady boss aku ni selalu je senyum tau
dia sangat baik hati...
korang nak tau ape yang dia wish sebelom potong kek ??
umur panjang ? salah
cepat dapat projek ?? salah
tak payah teka lagi...
dia wish kan..kan..kan..
Semoga semua staff saya,
cepat naik gaji + dapat bonus besar 
Yepppii...
punya lah kami suka time ni
hope lepas ni ape yang di 'wish' kan 
termakbul lah..
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn


only girlsss !! 
kami semua kuat kerja...(ayat bodek)


eh..eh...
emak angkat + anak angkat lah
senyum lebar pulak tu..
*..malu..malu..*


last !
ini wish big boss aku..
yang tulisan cina tuh khas buat lady boss la kan...
maksud dia ... semoga happy selalu
haaa...yang bawah tuh
korang faham-faham jelah untuk siapa kan..
tadi sape suruh bodek, kan dah dapat 
"semua kena kerja kuat"

Apa-apa pon, selamat menyambut hari buruh pada semua yang bekerja tidak kira sendiri atau makan gaji ye !
and nikmatilah cuti 3 hari anda dengan aktiviti yang berfaedah !
MyEm0.Com

Thursday, April 28, 2011

zaman tadika

google

Masih ingat lagi zaman tadika anda tak ?? owwhhh...itu la zaman yang paling best and bahagianya rasa kan..sebab masa tuh kita baru belajar mengenal apa itu abjad, nombor, mengeja,membaca,bermain dan berkenalan dengan rakan-rakan.... Hehe Sapa di antara anda, bila parent hantar pegi sekolah tadika menangiss, lari panjat pagar sekolah, mogok takmo makan pagi dan tengahari semata-mata rindukan mak and ayah di rumah ?? cer citerr... Mesti ada di antara kita yang pernah melalui suma tu kan.... Tapi semua itu mesti kenangan paling manis yang anda akan ingat sampai bila-bila sebab ia adalah permulaan perjalanan dalam hidup anda sehingga menjadi anda yang sekarang kan... :))

Bila cerita pasal sekolah tadika... orang lain belajar 1 tahun tapi aku hanya berpeluang masuk tadika untuk tempoh kurang dari 6 bulan... Suma tuh gara-gara ayah lupa yang aku dah menjangkau umur 6 tahun ketika itu... hahaha Itu pon nasib baik dia jumpa kawan yang anaknya sebaya dengan aku.... 

Ayah : Eh !! dah masuk tadika anak ko ni ??
Kawan : Yer lah...dah 6 tahun...kene la daftar tadika...
Ayah : Tahun bape lahir nya ??
Kawan : 1986.. bukan ke sama tahun dengan anak engko  lahir ? tarikh je lain...
Ayah : Ya Allah....Aku lupa lah anak aku dah 6 tahun.. Kecik sangat dia tuh (dialog tipu..haha)
Kawan : Dah 6 bulan baru ko sedar..dah-dah pegi balik daftar anak engko sekolah.. 
Ayah : kesian anak aku... lambat masuk tadika..

huhuhuhu.. gitu ler kisah nya perihal aku masuk tadika !! Tapi ape yg best nye aku belajar kejap jer pastu dah masuk darjah 1.. Mak kata nasib aku ni jenis cepat belajar dan faham...kalau tak entah-entah repeat pulak tadika nya.. Mak kata lagi, aku ni balik jer sekolah terus menjalar atas lantai bukan tidur tapi study...mengeja..mengira.. Rajinn tak ?? huhuhu Berkat dari kerajinan ini lah aku berjaya tamatkan sekolah tadika tanpa repeat tahun seterusnya... Alhamdulillah..... :)) 

Terima kasih Ayah walaupun hanya 6 bulan, tapi ayah tetap daftarkan saya... Jasa ayah akan saya kenang sampai bila-bila... :) Next .... zaman sekolah rendah pulak yer ! Aku bukan ketua pengawas.. haha 

Wednesday, April 27, 2011

doa memudahkan ucapan

Sambil mendengarkan bacaan suci Al-Quran, jari jemari ini terus menaip apa yang tersirat dihati.. Dengan rasa rendah diri, sedikit ilmu ingin dikongsi... Semoga menjadi pedoman rakan-rakan blogger sekalian tidak kira tua,muda, kanak-kanak atau sesiapa sahaja.....



Wahai Tuhanku,
lapangkanlah dadaku 
dan mudahkanlah tugasku 
dan lepaskanlah simpulan lidahku, 
supaya mereka faham perkataanku...
(Surah Ta-Ha Ayat 25-28)

Baca doa ini berulang-ulang kali jika anda rasa kurang yakin, berdebar-debar dan gusar agar Allah kurniakan ketenangan hati,kemudahan berucap yang fasih lagi difahami... ;) Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Dah baca ker ? Ape... nak kongsi ilmu jugak... silakanlah, tinggalkan komen anda yer.. Syukran :)

Mari "Spot Check" Kesihatan Hati ;)

Kata pepatah ada mengatakan "Mati nya hati...rosaklah diri"...Benar, jika kita kaji dari sudut kesucian hati kita sendiri. Semakin jauh diri dari pencipta iaitu ILLAHI, maka semakin susah lah utk memperolehi sesuatu yg mungkin kita hajati.. Diri ku juga mengalami hal yang sama and mungkin kadang-kadang kita terlepas pandang... Masih ku ingat lagi sewaktu ketika dulu, walaupun diri ini tidak memiliki apa-apa, ketenangan sentiasa menemani diri... Kini pasti ada yang silap sehingga merasa diri semakin hari semakin jauh dari ILLAHI... Mari kita sama-sama "spot check" kesihatan hati !!!!!


Antara simptom2 diri jauh dari ALLAH 

fikiran serabut
cepat marah
selalu merasa bosan
poket kering....
hutang keliling pinggang
datang penyakit
hilang/pudar kecantikan dalaman dan luarann
dihina dan dipinggir orang
wajahnya penuh kusut dan kusam
senyum dan ketawa di hadapan orang tetapi menangis apabila sendirian
masalah datang bertimpa2
lambat jodoh
tidak mendapat zuriat
tidak merasa puas
keliru dgn identiti / keinginan dalam hidup
bahagia yang sementara
sering ada penghalang dalam urusan kehidupan
nikmat ALLAH yang sedia ada di hadapannya dilihat satu perkara yang biasa2 sahaja..dan tidak merasa bahagia dengannya
menunaikan tanggungjawab dengan hati yang terpaksa dan tidak ikhlas

Aku perlu ubati hati ini... Mungkin ia parah... ubat yang paling penting iaitu Muhasabah Diri kini perlu diambil sbg penambah antibodi dalam diri.. Ubati hati sebelum ia terus mati,  InsyaAllah !! Anda pula bagaimana ??? Doctor pada hati adalah diri kita sendiri...renung-renungkan, selamat beramal ;)

Monday, April 25, 2011

Pembikinan blog Part I

Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam dunia tak nampak ini..hehe Hanya huruf dan abjad saje yang menemani anda di muka hadapan komputer milik peribadi... Semoga semuanya selamat dan berada dalam emosi luar biasa bagus dan hebat sekali... huhu :))

Fuhhh...!! berpeluh jugak la ketiak dahi ku nk menghasilkan header yg comel lagi besar serta melambangkan identiti blog ini yg sebenar.... tibatiba saja nk ubah itu dan ini sebab mula rasa identiti blog yang dulu sudah mula pudar disebabkan ejekan temanteman yang blog ni terlalu emosional... muahaha.. Tapi tak per, sekurangkurangnya ada readear jugak kan... walaupun ia menjadi bahan usikan di kala pertemuan dengan rakanrakan.. seronok rase sbb hasil tulisan yang entah apeape ini masih ada sudi yg jengah dan baca.. Thankkkkssss semua !!! 

Part I  ini just nak show header baru, saje la kan.. Dah bosan pulak dengan yang lama sebab terlalu simple and maybe budak-budak kotss..sedangkan anda berumur 20++ hahaha... takmo mengaku umur yang sebenar...Ishhh Teruk sungguh kamu ini.... Sooooo aper kata survey ???? Cer try lihat ini ....



Torrraaa datang lagi !!!! Haha aper la kan, macam budak-budak lagi sekali engko nie..:)) ni la dia header baru blog saya, kalo tidak puas tengok yang ini bole tengok atasss sekali nun lagi besarrr.. huhuhu Ape kata anda komen sket sebagai kata-kata semangat pada ku untuk terus berblogging.. support anda amat diperlukan...tQ !!!!!!


TAK SEMPAT TENGOK WAYANG ???
SIBUK ??
BOSAN ??


Kau ni asyik sabar je....Nape? Nape?


…(at gentarasa.com)

Apabila musibah menimpa,perasaan kita tergugat.Fikiran jadi terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya

Lihat betapa mulianya apabila kita mengamalkan sikap sabar di kala kita ditimpa musibah atau apa saja dugaan ?? 
Itu juga telah menjadi amalan ku di sepanjang perjalanan hidup ini..

....kata EMAK "biar org buat kita tapi jangan sesekali kita buat pada orang,kelak hidup kita akn sentiasa dilindungi..InsyaALLAH.."

Benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sabar itu umpama sinar matahari.” (Muttafaq ‘alaih) Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan.

Saturday, April 23, 2011

Let have A Party !!!

Party Apekah ? hahahaha... Parti LIAr ?? 
bukan lah..tapi party tengok movie banyakbanyak dengan download di internet !!! syiokkk babe :))
 Arini saje aku dah tengok 2 cerita sekali gus berturutturut and now nk sambung tengok lagi... 
Let go and click this link ...............






Get your movie here 
and keeping watching
have a nice day everyone !!
tata

Thursday, April 21, 2011

Salah Faham Pulak Dahhh

Morning Uolss,

Apa khabar semua? sihat tak ? Dah breakfast ke ni ? Amacam mood arini ? HUwaaa..banyak pulak soalan yang ditanyakan...Huhu Sebenarnya aku ada masalah sikit la arini, ORANG SALAH FAHAM dengan aku..then dia terus masam muka and takmo tegur aku....yg menjadi masalah nye ia berlaku dalam office and melibatkan persekitaran kerja..Jadi, ia amat menganggu mood aku untuk bekerja...

Kisah nya bermula angkara document yg hilang dan ia milik aku,telah diguna pakai oleh orang yg salah paham itu...tapi bukan itu yang menyebabkan salah faham pon...sebaliknya rupa paras aku yang garang lagi ganas ini yg menjadi isu sampai dia pon turut berasa hati ingat aku marah dia...Adooooiiii lah haii ~ 

Muka ganas lagi marah aku ni sebenarnya aku ajukan pada staff lain di office yang mana, aku cukup marah dengan dia sebab nya MALAS buat kerja..melepak saje...And dalam masa yang sama, document aku pulak hilang...lagi la bertambahtambah kemarahan aku.....So seseorang yang telah menghilangkan document aku tuh terasa yg riak muka aku ni dihalakan pada dia..Hurmmm Then ape lagi, dia yang memang jenis "syok sendiri" ni terus lah shout macammacam kat google talk !!! konon nye tanda tak puas hati dan bole pulak dia kutuk aku kawkaw punya....SABAR JER LAH !! 

So, apa perlu aku lakukan ?? Memandangkan dalam satu (1) office kan..rasa amat tidak selesa jika ada yg bermasammasam muka cenggini....Hurmmmm =((

Monday, April 18, 2011

Isnin datang lagi






ceriakan mood anda di pagi isnin......
memulakan hari dengan senyuman seindah suria...
moga hari ini lebih baik dari semalam....
wish u all the best !!!

Sunday, April 17, 2011

Andai lelaki itu tahu....

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

credit to : my baby store

Sunday, April 10, 2011

Cubaan Pertama

Hello world !!
Arini hari sakit bagi saya...
sakit hati...sakit perot..sakit badan..
macammacam la sakit nye..Hehe

Tapi bukan aku kesah pasal sakit tu..
cubaan pertama nak jadi kreatif lg penting arini !!!
opkos ramai yg gelak bila tgk ape yg aku nk show kt korg nie
tapi normal la kan, 
name pon cubaan pertama... hehe
mesti la bnyk silap and cacat nye...
nak tau ape ?? 
sabar jap ....
nak bebel dulu..
ape??
tak nak dengar ??
okey lah.......
dah tak sabar nak tgk hasil kerja tangan aku yg kreatif tu erk ??
tapi !!!! 
sape gelak dia tak comel =)
hikhik
saksikan


jeng



jeng



jeng



jeng



jeng



jeng

cubaan pertama aku...sian doodle ni herot berot muka dia..wakaka

cubaan kedua....yg girl tu dh comey sket dah (perasan tol) yg boy tu sian sungguh...tangan dio tak dok pulak
hehehe



suka erk korg gelakgelak ..... 
hohohohohoo
Esok nak lukis lagi...
niteeee
=)

Friday, April 08, 2011

Konon Nye Nak Jimat...tapi !!!!!!!!!!!!

Garagara nak jimat sangat, penat lah aku saving berbulanbulan...makan pon tahan, minum pon tahan, shopping ape tah lagi, aku just tgk and tahan je nafsu nak shopping tu sbb pikir nak sgt saving duit utk masa depan...Nak kaweennn...OPppss !!! Hahaha :)) 

Dari RM 5 terus jadi RM 200, konon nye nak jimat at last mmg kene kuar kan duit yg banyak pon...:((  Semalam, lepas waktu keje terasa benar nak makan Bihun Tomyam kat kedai Sri Ala Kampung nun jauh belakang opis aku...
lebih kurang camni la uperr nye Bihun Tomyam yg aku idamkan tuh ...RM 5.00

Turun je opiss stat enjin kete..time ni ok lagi..dgn jaya nya smpi kat la restoran yg di tuju..Parking block kete org, sbb kejap j nk benti kan..Tapi hati ase agak kurg senang bila pikir kan kete yg lalu lalang takut lak gesel dgn MR Greenite aku tuh....smbil tggu makan yg di order mata still jeling kat kete..

Setel je bayar RM 5 harga bihun tomyam tuh, stat la enjin kete nk balik umah. Tapiiiiiii lain macam lak dia kali ni, bunyi eh pon semacam je !!! Alaaaaaaaa jgn la buat hal timetime ni ....coba dan coba dan terus coba..Hurmmmppppp mmg xbole stat enjin nye...Nak di jadikan cerita, Allah tu gerak kan hati aku parking betulbetul depan workshop kete, Alhamdulillah :)) mintak la bantuan cina apek yg duk borak depan kedai deorang tu....

Deorg pon stat la godek ... "Haa...akak u punya batery kete mmg sudah kene tukar, u tgk neh sudah putih (sign pada batery kereta yg menunjukkan dh tamat tempoh), kejap haa sy tgk harga.." Wahh pale dh mula pusing nie.. bape pulak nk kene kuar duit kali nie??... cina apek tu datang " akak RM 220 jenama century bole tahan 2-3 tahun.. baik punyaaa !!! " (T_T) 
Konon nye nak jimat.........tapiiiiiiiiiiii 
ni la jenis batery kete yg aku pakai...Okey Tak ?
selalu PRICE dia bape erk ?
RM 200
:(
Nak tak nak aku pon buat la sesi tawar menawar, dapt la RM 200 siap tolak batery lame skali..melayang la RM 200 aku..sob3 !! Nak buat cane kan kene la redha...Mak pesan stiap yang jadi pasti ada hikmah nye..Naseb aku baik sbb park dekat dgn workshop kalo benti tgh jalan camne ? lagi susah kan..so Allah itu maha mengetahui ape yg terbaik buat umat nye..Duit bole kan..InsyaAllah rezeki lain akn dpt la tu (pujuk diri sendiri.. huhu)



Konsep Redha di atas ujian yg diberi kini telah di praktikkan... Alhamdulillah 

Thursday, April 07, 2011

Saya tak mintak lebih, just kejujuran jer...tapi itu pun tak mampu beri,kecewa nya !

Kecewa...itu saje yg aku bole kata kan buat masa sekarang...siang tadi yg penuh dgn tragis di smbung pula dgn malam ini benarbenar buat aku kecewa dgn sikap dia...Perbuatan dia tu pada org lain mungkin sesuatu yg kecik tapi pada aku sgt mendalam and sakit sgt...!!!!! Dia sendiri yg ingat kan aku pd kisah lampau yg dah bertahun aku lupakan..perjalanan hidup yg aku tempuh sgt sukar dulu dan kini aku rase seolaholah ia kembali dalam hidup aku...Kenapa ? kenapa semua ini  mesti terjadi ...? i hate LIAR..................xkesah la tipu kecik ke, besar ke sunat ke ape ke, janji kalo berkenaan dgn TIPU/LIAR sure aku benci.. please leave me alone....

Memang perangai aku ni takde sape yg mampu tahan tapi just speak it out kalo engkau rase xbole blah sgt dgn aku..tapi bukan dgn cara tipu aku ....dah bnyk kali aku ckp,aku benci kalo org tu tipu aku...and now u doing it perfectly !!! siyess aku xleh terima..Terima kasih la bebanyak ek !!!!!! banyak lagi mende lain yg aku bole pikir skrg selain dari pikir pasal engkau ...so blahhh !!!! :((

aku betulbetul kecewa dgn sikap dia.......



Syukran Ya Ilahi

dari petikan artikel genta-rasa.com

"Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!"

Seringkali menyalahkan takdir dan dugaan yg diterima sbg beban, kini aku sedar bahawa kehidupan ini harus dinikmati dan bukan dikesali...terus dan tingkatkan usaha demi nikmat yg kekal abadi di akhirat nanti...Be happy (^_^) Dalam proses perbaiki diri..semoga tabah dlm menjalani kehidupan dan dugaan yg diberi..Amin..


Picture yg takde kene mengena...hihihi
sewaktu menikmati keindahan alam ciptaan Illahi...
seronok sgt waktu ini..
bersyukur sgt masih diberi peluang menikmati nya..
Alhamdulillah..
Next ??? :))

Wednesday, April 06, 2011

Jom Juin Bloglist Kite !!!

Alolo..siyuss cute sangat banner zieyra neh....ase nak cubitcubit je pipi patung comel kat atas nie ha..hehe

Jom beramairamai juin bloglist anjuran "belog zieyra"..bole click sini utk join ye temanteman...:))

Then, nak kene tag 3 org kawan erk ? Nak kenalkan sape ye pada zieyra neh ??? Haaaa..
.
.
.

okeeyy..selesai dah :)) boley la korg berkenalan kan...Nice to meet u zieyra !!!!
pasni kita tukar link pulak yer .... :) 

Opss !! lupe pulak, kalo menang bloglist ni zieyra janji nak bagi Topup RM 50...
nak menang..nak menang !!
bole topup hp yg ketandusan kasih syg topup tu ... hihi
tq zieyra singgah blog ini 

Semangat yang Hilang


Dah tengahari lahh......Tapi semangat aku masih lagi seperti baru bangun tido kejap tadi....Apesal neh ?? Suram je rase arini, langsung takde motivasi nak buat keje kat opis...! Malas..Malas..dan Malassssssss ~ Jika terus menerus begini ape akibat nye ? tak lain tak bukan opkos kene buang keje ...takde lagi dah istilah "Anak Angkat" boss yg selama nie diperkatakan staff lain... aku masih mencari punca dan cara mengatasi kemalasan yg semakin berleluasa ini............. ada pandangan tak kawankawan ???

Saban hari, semangat yg dikobarkan di waktu malam, menjadi merudum bila terbit fajar pagi...Apekah sebab nya ? Jiwa jadi malas, jasad jadi lesu, pikiran jadi buntu ....... Oh diri ini, mengapakah ?? Perlukan cara hidup baru, sekitar yg baru..juga kawan baru.........baru hari rabu !! cepat la sabtu .....!!!!

Okeeyy dah abes meerepek kan ?! sila smbung buat kerja...........

Hahahahahahahaha :)))

Bila takde idea + pulak malas gini la gamak nye !

Tuesday, April 05, 2011

Ape TAKUT sgt dgn BAU DURIAN tu ???


Kulit Durian - Tajam
.
.
.
.
Buah Durian - Manis 
.
.
.
Bau Durian - ada orang kata
.
.
.
.
wangi
.
.
.
busuk
.
.
.
.
 
takutttttttttttttt bau durian smpai ke hidung bos !!!!

Apekah ??

Ohhhh, takut KANTOI dgn BOS buat pesta durian kat opis...

Abesss kalau TINGGAL SOLAT ?

tak takut KANTOI dengan ALLAH ke ? 
.
.
.
baca dua situasi ini 

Peristiwa di pagi hari kat sebuah opis, bau durian menusuk hidung smpi ke kalbu...cuak punya pasal bau durian kantoi dgn bos, masingmasing cpt g bukak air cond, kipas dgn tangan, bukak pintu tingkap segala...janji hilang bau b4 bos masuk opis...

Tapi

Suatu petang, ke hulur hilir dalam opis waktu asar pon masuk....tgk jam, Ehhh....dah 4.50 p.m la, BELUM solat ZOHOR lagi...xpe lah dah xsempat nak buat cane kan..kira HALAL je lah kan.....xperasan pulak dah abes waktu solat zohor....camtu je ke ? 

Haiii la manusia..

Bau Durian smpi ke hidung bos lagi kau takut dari meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja nya ??? Di manakah letak nya iman mu ?
dan beginikah cara nya kamu bersyukur setelah kamu ambil dan makan rezeki pemberian NYA ??

Insaflah ............pesan daku buat diri sendiri jua !

Dalam hadis Rasulullah bersabda, 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...