Friday, November 18, 2011

Hujung Minggu


Assalamualaikum

Perjalanan hujung minggu yang sibuk. takde masa langsung nak rehat, even dapat lelapkan mata tapi still tak lena.. Macam mana tuh? Hurmm .. hidup mesti diteruskan, even aku masih lagi single dan kawan-kawan lain dah pun bersuami or beristeri. Tak perlu jeles atau sedih sebab masa aku juga pasti akan tiba. Just wait and see ~

kenduri sana sini. Dua minggu tarikh cantik lagi penting bagi kawan-kawan and saudara mara. 11/11/11 and 20/11/11 sume pun sibuk dengan majlis kenduri kahwin kan. Yang aku hanya memenuhi jemputan. it's ok la kan dari kene bayar makan lunch. Hehehehe (ayat ni pujuk diri sendiri je)

Di waktu ini, masih lagi mencari sesuatu yang pasti. Pekerjaan, teman hidup serta hala tuju kehidupan. Yang mana terbaik menjadi pilihan. Tapi bukan mudah nak gapai semua tu. Usaha doa dan tawakal harus berterusan. Suatu persoalan sering bermain di minda. Adakah aku manusia kerdil ini akan dipandang oleh NYA ? 

semoga segala permintaan berserta usaha ku akan berhasil suatu hari nanti. Segalanya pasti akan tiba. Ingin berjaya seperti mereka juga, punya kerjaya yang bagus.. Keluarga yang bahagia dan kehidupan yang selesa. Bukan banyak tapi cukup la dapat merasa. 

moga Allah perkenankan doa hamba nya ini. Amin =))

6 orang dah komen, anda bila lagi ?:

R3alfarhha said...

InsyaAllah k.Iss, yang penting usaha kita. Jangan mudah berputus asa. Dalam setiap kejadian, pasti ada takdir Allah..dan pastinya takdir Allah itu yang terbaik buat kita walau begitu sukar untuk diterima..

Moga Allah mudahkan semua urusan hidup kita, dimakbulkan segala hajat, diberi petunjuk dalam membuat sebarang keputusan, terus dipanjangkan umur dlm keberkatan, terus kekal dalam kebaikan, insyaAllah... :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

pasti ada yg menanti buat kt..

cuma masa shj..

sbr ea..yui gtu juge ^__^

aimie amalina said...

aminnnn =]

semoga dpermudhkan urusan akak ye!
wee..x pe..insyaAllah ada jodoh utk akak, yg pntg kerjaya mesti seiring dgn tu kan..

wee..x sbr nak keje..cr keje x dapat lagi ni...wuwuwu..

rindu akak juga!

RazFiRa said...

yup yup yup

jangan sedih2..

insyaAllah dapat yang terbaik!

JR Online said...

Doa JR utk mu dik...semoga segala yg diharap akan jadi kenyataan, krn di setiap hujung terowong pasti ada sinar.

Entri terbaru JR: Duit Jatuh Dari Langit, Jom Pergi Kutip

Wen said...

pasti akan ada... dont worry... The best is Yet to come. juz be patient.

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...