Friday, June 24, 2011

sila ambil perhatian 'perokok tegar'

Morning!

Perokok bukan saja merosakkan diri sendiri malah orang yang turut berada disekelilingnya. Mungkin ada dikalangan perokok di luar sana yang telah mencuba beberapa kali berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Dan anda terus merokok dan memikirkan ia terlalu lewat untuk berhenti merokok? Anda silap! Masih tidak terlewat untuk anda berubah. Okey!

Even anda berhenti merokok ketika usia 60 hingga 80 tahun sekalipun, terdapat banyak kesan buruk akibat merokok dapat diberhentikan. Contohnya seperti :
  • Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik.
  • Dalam tempoh 24 jam selepas berhenti, risiko serangan jantung menurun.
  • Selepas sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga anda bertambah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.
  • Selepas setahun, risiko anda mendapat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.
  • Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun.
  • Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.

See, dalam masa 8 jam selepas berhenti merokok pun dah bagi kesan yang positif pada diri anda. Apetah lagi jika anda berhenti merokok buat selama-lamanya. Hee

Setiap kali anda menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari menjadi kuning (ini ke yang dikatakan macho kalo merokok? ) dan lambat baik dari luka.

Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.

Jadi. anda masih mahu terus merokok? Masih belum terlambat untuk mengubah kehidupan sihat anda. Ramai yang telah berhenti, maka anda juga boleh ! ^__^ 


Petua untuk membantu anda:

  • Tukar kebiasaan terutama lepas makan!
  • Elakkan tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari 
  • Jauhkan diri dari perokok
  • Berikan kata-kata semangat kepada diri anda setiap hari
  • Buat janji dan memberi ganjaran kepada diri anda
  • Menyimpan duit rokok untuk kahwin!
  • Curi masa – lambat-lambatkan menyalakan rokok
  • Minum air secukupnya (Air suam)
  • Kurangkan minuman yang mengandungi kafein. No Kopi, No nescafe! 
  • Bersarapan pagi

Walaupun berhenti terus merupakan cara terbaik, namun jika anda terpaksa berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah untuk BERHENTI. 



7 orang dah komen, anda bila lagi ?:

HonEyBuNNy said...

Yeahhh..

katakan tidak kepada merokok....

kaum adam...kena baca neh..heheh

fifianggun said...

say no to rokok!!!!!!

Faiz Tapit said...

ahhh terasa nya! hahah

Gadis Kecil said...

hunnybunny

jadikan hidup kita zon bebas merokok. yeay~


fifianggun

betul2!

Gadis Kecil said...

faiz tapit

terasa ker? Bila lagi.. haha

apik pehe said...

hahaha..apik takleh bau rokok..mesti ader kuar air hingus kot idong..hahaha

Gadis Kecil said...

same la. bau rokok buat kita selsema kan apik. hihi Bagus la apik x smoke. :)

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...