Monday, June 27, 2011

rakyat didahulukan ?

Hello!

Aku baru je sampai dari kampung halaman ni. Alhamdulillah, semuanya selamat. Tapi yang tak puas hati nya dengan "dato" sorang ni. Ntah dari mane datang nye, mentang-mentang gune kete besar, ada polis tukang iring. Dia ingat jalan tu dia yang punya? Suka-suka jer nak suruh pengguna jalan raya yang lain ke tepi sebab nak bagi dia jalan dulu. Abis dia ingat, dia sorang je nak sampai umah awal? Kami ni tak keje ke esok? kami ni tak yah tido ke? kami ni tak yah makan ke? Apa pun tak boleh! Haha Sepah dah menang Maharaja Lawak kan.. iklan jap!

berbalik pada isu orang-orang besar yang suka anggap dia je nak cepat balik tuh sebenarnya membahayakan pengguna jalan raya yang lain. katakanlah yang bawak keta tu pakcik tua yang tak berapa nak cekap bawak kete kan. pastu tiba-tiba polis tu angkat-angkat lampu suruh pakcik tu ke tepi, korang rase pakcik tu terkejut tak? tak yah pakcik lah, aku pun same tau. tengah syok-syok layan lagu smbil bawak kete, orang bagi high lamp! sape tak hangin. pastu nak suruh cepat-cepat beralih dari lane tengah ke ketepi. dah lah kat highway, kete laju-laju. bahaya lah TOK!

And yang paling tak bole blah nya, time aku balik tadi ada exciden melibatkan banyak jugak la kereta kan. tapi yang "dato" ni sikit pun takmo benti tengok apa jadi, lagi dia suh polis-polis tu kuatkan siren dia arahkan semua kete ke tepi ada lah. Aissh! tak prihatin tol lah. kata "rakyat didahulukan". Mane nya?? 

Dah. pasni kalo ada lagi "dato" nak lalu, aku memang duk je kat lane tengah tuh. takmo beranjak. Ikutlah kelajuan yg telah ditetapkan. tol tak? polis pun laju, acane? HIhi Orang lain pun nak balik rumah jugak. bukan atok sorang je. 

selamat malam :)

11 orang dah komen, anda bila lagi ?:

Nini Hartini said...

betul tu..dulu sy baru2 bwkkereta pernah kena. terkejut pny pasal terus masukline kiri. tak tgk pn ada kereta ke tak line kiri tu. mujur mmg xde kereta. sbb terkejut sampai x smpt tgk. maklumlah, org baru bwk kereta.

lg 1 yg x sukanya, bila ada yg dtg nk ziarah rakyat.tp heboh2 kedatangan dia. kita ni kenalah sambut. cubalah jd mcm Saidina Umar, ziarah rakyat dia scr senyap2. baru x menyusahkan kita..

moonie said...

hahaa.. biasala sangap dorang neh. patot dorang ikot pm jepon, tyme tsunami, he refused to take his pay check.

Gadis Kecil said...

Nina Hartini
See, bahayakan pengguna jalan raya yang lain kan. mereka tu terlalu pikirkan hak dan pangkat mereka sampai tak peduli orang lain. padahal gune slogan rakyat didahulukan. nak ekot sunnah nabi jauh sekali.. Hurmm

Moonie
Jepun tu mmg dari dulu dia suka jage rakyat dia. tgk la mase tsunami ritu, jalan runtuh cepat je deorang baik pulih. sbb dia tahu rakyat memerlukan.bagus pm gitu.

Cik Ezy said...

sume org bayo roadtax kn..
sukati dato' tu je..
huh.
geram!

Gadis Kecil said...

cik ezy
haah.

geram jugak ni....

PUAN SUE (asam.garam.gula) said...

huh..menci org cam tu

abglan said...

memang tak perihatin.. cis cis

tia @ Ini Kisah Tia said...

bila kuasa disalahgunakan ..

Hanis Azla said...

bila kena mcm tu akak pun selalu rasa macam tak kena juga.. tp utk keselamatan diri, ke tepilah juga..

Salam kenal yer.. terima kasih sudi ke blog akak.. minta maaf yer sbb akak terlepas pandang last time..

Gadis Kecil said...

Puan Sue
Menci kan. nyusahkan orang saje!

Abglan
prihatin dia pada duit saje. huhu

tia
Minta kita dijauhkan dari sifat begitu kan.

Hanis Azla
itulah, nak berdegil kita yg padah.

Terima kasih akak sudi singgah sini jugak! Takper yang penting keep in touch. Sayang kakak :)Hihi

misz sheyla said...

rakyat di dahulukan...minyak naik rege rakyat dulu yg rasa,,, maknan naik hrge rakyat jugak yg naik..kan rakyat di dahulukan tu...

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...