Friday, April 01, 2011

Say NO to April Fool

Dari zaman sekolah lg, stiap kali 1 April mesti ada jer kawankawan cuba buat something tuk kene kan kawan lain...Tapi pernah ke aku and kamu tahu yg senar nye "april fool" tu adalah hari menjatuhkan umat islam ? Yaaa menjatuhkan umat kita sendiri, agama kita sendiri and rakyat islam yg semakin hari semakin pupus pd pemikiran dan budaya...and kita pulak masih nk meraikan hari FOOL tu kan...Patut kerr ? rase nye kamu semua bole pikir sendiri kot....Hurmmm,seawal pagi masuk opis terus search pasal "april fool" ni, yela nak gak tau kan..and dari beberapa sumber mmg benar ia adalah kisah penyerangan tentera salib terhadap Sepanyol pd suatu ketika di mana ketika itu negara tersebut di bawah pimpinan khalifah Islam...Ini sedikit kisah yg di copy paste dari salah satu web click sini...


April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan


Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib. 

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

so,mari samesame kita boikot !! btw tarian poco-poco dah diharamkan di negeri perak ek ? xsilap lah info ni...sbb tarian tu bila kita move ia macam lukis bentuk salib ... kdg2 kita terlupa yg negara barat cuba menjajah kita dari segi budaya dan pemikiran..renung2kan selamat beramal :))

2 orang dah komen, anda bila lagi ?:

Siti Nurhayati Dollah said...

Itulah, kadang-kadang kita lupa yang ada pihak akan cuba merosakkan kita dengan pelbagai cara.

GadisKecil said...

@siti nurhayati dollah
penjajahan pemikiran dan budaya lagi senang utk dilaksanakan jika kumpulan manusia itu tidak ada pegangan yg kukuh dlm diri nye sndiri..kan..

thank u sudi singgah :))

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...