Wednesday, April 27, 2011

Mari "Spot Check" Kesihatan Hati ;)

Kata pepatah ada mengatakan "Mati nya hati...rosaklah diri"...Benar, jika kita kaji dari sudut kesucian hati kita sendiri. Semakin jauh diri dari pencipta iaitu ILLAHI, maka semakin susah lah utk memperolehi sesuatu yg mungkin kita hajati.. Diri ku juga mengalami hal yang sama and mungkin kadang-kadang kita terlepas pandang... Masih ku ingat lagi sewaktu ketika dulu, walaupun diri ini tidak memiliki apa-apa, ketenangan sentiasa menemani diri... Kini pasti ada yang silap sehingga merasa diri semakin hari semakin jauh dari ILLAHI... Mari kita sama-sama "spot check" kesihatan hati !!!!!


Antara simptom2 diri jauh dari ALLAH 

fikiran serabut
cepat marah
selalu merasa bosan
poket kering....
hutang keliling pinggang
datang penyakit
hilang/pudar kecantikan dalaman dan luarann
dihina dan dipinggir orang
wajahnya penuh kusut dan kusam
senyum dan ketawa di hadapan orang tetapi menangis apabila sendirian
masalah datang bertimpa2
lambat jodoh
tidak mendapat zuriat
tidak merasa puas
keliru dgn identiti / keinginan dalam hidup
bahagia yang sementara
sering ada penghalang dalam urusan kehidupan
nikmat ALLAH yang sedia ada di hadapannya dilihat satu perkara yang biasa2 sahaja..dan tidak merasa bahagia dengannya
menunaikan tanggungjawab dengan hati yang terpaksa dan tidak ikhlas

Aku perlu ubati hati ini... Mungkin ia parah... ubat yang paling penting iaitu Muhasabah Diri kini perlu diambil sbg penambah antibodi dalam diri.. Ubati hati sebelum ia terus mati,  InsyaAllah !! Anda pula bagaimana ??? Doctor pada hati adalah diri kita sendiri...renung-renungkan, selamat beramal ;)

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...