Monday, April 25, 2011

Kau ni asyik sabar je....Nape? Nape?


…(at gentarasa.com)

Apabila musibah menimpa,perasaan kita tergugat.Fikiran jadi terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya

Lihat betapa mulianya apabila kita mengamalkan sikap sabar di kala kita ditimpa musibah atau apa saja dugaan ?? 
Itu juga telah menjadi amalan ku di sepanjang perjalanan hidup ini..

....kata EMAK "biar org buat kita tapi jangan sesekali kita buat pada orang,kelak hidup kita akn sentiasa dilindungi..InsyaALLAH.."

Benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sabar itu umpama sinar matahari.” (Muttafaq ‘alaih) Walaupun ia panas membahang, tetapi dialah sumber tenaga yang menyinari alam. Sabar adalah mentari dalam kehidupan kita. Tanpa sabar, kita selamanya berada dalam kegelapan.

0 orang dah komen, anda bila lagi ?:

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...