Friday, January 14, 2011

Pameran IT Malaysia 2011

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Unified Distribution Technologies Sdn Bhd akan menganjurkan Pameran IT Malaysia 2011 untuk kali pertama di Pusat Pameran Mid Valley di sini mulai 28-30 Jan.

Ekspo tiga hari itu akan mempamerkan lebih 70 jenama global dan 200 gerai di kawasan seluas 4776 meter persegi, menjadikannya antara pameran teknologi maklumat (IT) paling menyeluruh di negara ini.

Menurut penaja utama acara ini, Kaspersky Lab (M) Sdn Bhd, pameran itu dijangka menerima lebih 200,000 pengunjung.

Pengarah jualan Kaspersky, Jimmy Fong memberitahu pemberita Selasa bahawa pameran itu akan menjadi pameran IT bertumpu kepada keselamatan pertama di negara ini dan ia akan menepati keperluan pengguna dan industri.

Sejajar dengan pameran itu, Fong berkata syarikat akan mempromosikan produk pemenang anugerah mereka, Kaspersky Antivirus 2011 dan Kaspersky Internet Security 2011 yang akan ditawarkan pada harga istimewa.

Pengunjung berpeluang membida untuk barangan digital termasuk iPad, komputer riba berjenama, kamera digital dan telefon pintar pada harga permulaan RM1.

Membida tu ape erk ?? Mcm bid contract tu ker? HUhu... ApeApe jela kan janji GK nk pegi pameran ini sbb ada benda nak dibeli.. JOm kita semua memeriahkan suasana di sana ~ Zasss !! 



0 orang dah komen, anda bila lagi ?:

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...