Wednesday, December 28, 2011

dua puluh lapan dua belas

Assalamualaikum

3 day to go !
lepas tu bertahun baru la kita kan
ada improvement tak dari tahun sebelum nie?
ape yang korang achieve sepanjang 2011 nie?
sume azamm tercapai tak ?

if ada yang belum terlaksana
takpe, teruskan usaha anda. .
di tahun 2012 nanti
semoga tahun depan lebih baik
dari tahun sebelumnya


Jom muhasabah diri
InsyaAllah >.<

with love,
Aishah Iss

Saturday, December 24, 2011

lelaki pendiam perempuan bising !

Assalamualaikum


The fundamental emotional need of a man is to be respected and appreciated. 


To make a woman feel loved give her the three AAAs: Attention, Affection, & Appreciation. 


To make a man feel loved give him the three RRRs: Respect, Reassurance, & Relief. ;)



kenali pasangan anda >.<

don't be sad dear

Assalamualaikum


be nice if u want me be nice for you,
give me if u want me give you,

please don't make me cry anymore..
because, u will never have me again,

see here what i want to say..



now!
i'm strong enough to persuade my self
since i have others people 
that can make me smile and laugh 
instead of YOU !

bye (',')

Monday, December 19, 2011

Pelamin AnganKu Bahagia

Assalamualaikum

Masih ingat lagi tak tarikh cantik 11.11.11 tempoh hari ? Pasti semua orang ada kenangan tersendiri di hari tersebutkan. Begitu juga dengan aku dan teman-teman. Mesti tertanya-tanyakan ape? Huhu ^^

Ape lagi kalau bukan kenduri kawennn my friendd ! Fairuz Fadzilah Saad name diberi telah selamat diijabkabulkan dengan Mohd Amin bin ... hee tak tahu lah pulak ~ dan kini sudah sebulan bergelar suami isteri .. 

Korang perasan tak dalam tahun ni jer dah bape kali aku update entri pasal wedding.. huhu Sume dah kawin tinggal aku je ! Eh tak lah ada lagi qilah and aweenn.. mereka je la peneman setia yang masih bergelar bujang.. ^^




Masa ni kami pegi ari nikah day and majlis nye sekali. cam biasa pakai sedondon..and masa ni masih 4 orang lagi bujang.. but after wedding yana, tinggal la 3  !! kalau nyanyi lagu budak hitam memang kene sangat dah tu.. haha 




Bergambar bersama pasangan pengantin. sama cantik sama padan :) Congrats to both of u !! kami nak anak buah tau ~ hahahaha ^^ to fairuz dear, kuatkan semangat ye even terpaksa berjauhan. but u takmo noty-noty ok! 


picture credit to http://www.fizgraphic.com/

Ini pastinya saya ! Singlee .. singlee.. singlee.. 
tapi saya bahagia ^_^

Tweet..Tweett.. dimiliki !

Assalamualaikum

Isnin dah kan. wikend yg sangat busy sampai takde masa nk merehatkan diri dan minda. tapi still happy sebab dapat hang out with friends and Allah beri lagi peluang untuk terus hidup di atas muka bumi ini.. Alhamdulillah ^^

18/12/2011 - Wedding's Liyana

Actually it's double celebration sebab yana birthday and wedding day !! Sangat seronok kan bila wedding jatuh pada hari yg sama dengan kenduri or nikah day. So date tu kita akan ingat sampai bila-bila :)
betul tak ? Hehe

Tapi, kenapa dalam happy mesti ada rasa sedih yek?? Perasaan itu akan menujah bila melihat mereka bahagia  .Padahal kawan sendiri tu ~ ^^ tak baik kan ada perasaan begini =(

Sebenarnya perasaan itu adalah *cemburu* !! teettt ~ Iyelah, next steps untuk mereka dah nampak tapi aku ??Ya Allah permudahkan la perjalanan ini.. semoga yang baik itu sentiasa mendampingi ku... Aminn..

motip entri nie nak bitau korang semua yang aku pun nak kawin jugak cuma tak tau bila je ~~ ^^


Di sana tersenyum di sini terluka ^ . ^

Tuesday, November 29, 2011

mutiara kata #1

Assalamualaikum


Mencari YANG HALAL itu bererti mencari REDHA ALLAH.. kalau kamu merasa susah, MENGADULAH pada ALLAH.. InsyaAllah Dia akan mpermudahkan USAHAMU.. 
Saat manusia berlumba2 MENGULIT NIKMAT DUNIA.. mungkin kamu menemukan KEPAYAHAN dlm mencari YANG HALAL.. ada shj jalan kpd YANG TIDAK HALAL.. mohonlah padaNya agar dirimu terpelihara dari YANG TIDAK HALAL.. supaya engkau TIDAK DIBAKAR API NERAKA..


semoga saya dipermudahkan dalam mencari pekerjaan yang HALAL !

Thursday, November 24, 2011

Gossiip Malam

Assalamualaikum

haiihh.mane-mane kita pegi pun
mesti akan dengar orang bergossip kan??
kat rumah ke,kedai ke,tempat kerja ke,
stesen bus ke, stesen keretapi ke
even di surau pun ada !
it's normal habit nowadays...
tapi as human being
kita kene tahu macam mana nak handle sume nie

Pada aku, budaya gossip nie BESAR
sebab ape aku kata besar??
sebab dia boleh mempengaruhi individu lain
dan kawasan persekitaran

Iye lahh, cuba korang bayangkan
bila seseorang membawa gossip
yang tak baik
tentang seseorang kepada seseorang yang lain
dan kemudian nya seseorang yang lain tu pulak
bawak sampaikan pulak kepada yang lain
dan ia akan berterusan sehingga
tiada lagi sape-sape nak di bitau

atau

sesuatu telah berlaku contohnyaa...
gaduh, perang mulut, perang mata,
and macam-macam perang lagi lah..
macam kat opis aku sekarang nie
hari-hari takkan terlepas dari
GOSSIP !!

kadang-kadang tu,
takde angin takde ribut
tiba-tiba je seseorang tu
akan bermasam muka
dengan yang lain

ape punca??

Opkos la ada penyampai radio bergerak !
bawak citer-citer tak baik tu
jaja satu opis bagi sume orang tau
pasal mulut sorang umat ni
abis satu opis huru hara dibuatnya
dan lagi, adegan drama-drama
pelakon terhebat pun boleh dilihat..

Hurrmmm.. Bosan dah aku keje sane..
tak best langsung working environment kat situ !!
rasa macam dah keluar mulut harimau
tapi masuk mulut buaya jer
jenis aku.. senyap jer
absorb sume cite
then sampai umah kasi muntah
sume citer tu.. hahaha
Need JOB ASAP!!

aku benci GOSSIP ~

Friday, November 18, 2011

Hujung Minggu


Assalamualaikum

Perjalanan hujung minggu yang sibuk. takde masa langsung nak rehat, even dapat lelapkan mata tapi still tak lena.. Macam mana tuh? Hurmm .. hidup mesti diteruskan, even aku masih lagi single dan kawan-kawan lain dah pun bersuami or beristeri. Tak perlu jeles atau sedih sebab masa aku juga pasti akan tiba. Just wait and see ~

kenduri sana sini. Dua minggu tarikh cantik lagi penting bagi kawan-kawan and saudara mara. 11/11/11 and 20/11/11 sume pun sibuk dengan majlis kenduri kahwin kan. Yang aku hanya memenuhi jemputan. it's ok la kan dari kene bayar makan lunch. Hehehehe (ayat ni pujuk diri sendiri je)

Di waktu ini, masih lagi mencari sesuatu yang pasti. Pekerjaan, teman hidup serta hala tuju kehidupan. Yang mana terbaik menjadi pilihan. Tapi bukan mudah nak gapai semua tu. Usaha doa dan tawakal harus berterusan. Suatu persoalan sering bermain di minda. Adakah aku manusia kerdil ini akan dipandang oleh NYA ? 

semoga segala permintaan berserta usaha ku akan berhasil suatu hari nanti. Segalanya pasti akan tiba. Ingin berjaya seperti mereka juga, punya kerjaya yang bagus.. Keluarga yang bahagia dan kehidupan yang selesa. Bukan banyak tapi cukup la dapat merasa. 

moga Allah perkenankan doa hamba nya ini. Amin =))

Saturday, November 05, 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500



nak join bloglist genk =))



Siap!! 

genk jangan luper masukkan blog yang tak pemes ni ke dalam list yokk ~


saya yang bekerja di hari sabtu... TAHNIAH
mood : rajinn sehhh ~

nak amik kesempatan ini mengucapkan SALAM AIDIL ADHA to all muslim's blogger !


Friday, November 04, 2011

Naluri hati seorang IBU


Situasi I

Keluar dengan boyfriend/girlfriend then tiba-tiba emak or ayah call? Apa yang korang akan buat? Mesti ada dikalangan anda yang akan biarkan phone tu keep ringing sampai dia berhenti kan....? Honestly, kadang-kadang aku pun akan buat the same thing. 

Tapi rasa bersalah sangat bila membiarkan perkara itu berlaku. Pada aku, mak and ayah tu lah segala-galanya.. biar ape pun la aku buat kat luar, emak lah orang pertama yang akan dapat "instinct" yang anak dia ni ada buat salah.and selalunya bila aku ada buat salah, mak akan tiba-tiba je call banyak-banyak kali.

And jenis aku ni pulak, if ada je buat salah like tipu ke, buat perkara yang mak tak suka ke.mesti lepas tu akan jadi sesuatu pada aku.kiranya ALLAH tu bagi cash jer kat dunia ni suruh aku beringat yang aku tak boleh buat lagi next time.Tapi aku pun manusia biasa kan. tak lari dari buat kesilapan and sekurang-kurangnya aku jujur dengan mak.

Sebagai seorang anak, aku tak sanggup nak tipu mak and ayah aku. jadi setiap ape yang kita lakukan perlu bitau mak and ayah kita. Biar pun lah diaorang marah atau tak suka, tapi kita dah menjadi jujur dengan diri kita dan mereka. And pada perbuatan yang tak baik and tak disukai parent tu try la ubah perlahan-lahan. 


Biarkan mereka senyum tengok kita 
selamat malam 

=)) ~





 #bunyi kipas ni bising betul la ! dah macam bunyi langau pun ye jugak. Tak boleh tidooooo T_T

Thursday, November 03, 2011

Datin M diturunkan pangkat to Madam


Rasa terpanggil nak bercerita tentang datin-datin pulak petang-petang camni. tak tahu kenapa, tapi aku memang tak berapa nk berkenan la dengan "MAK DATIN" yang suka anggap diri mereka dah cukup besar. Am i rite? tahu kenapa aku cakap camni? sebab pagi tadi aku kene deal dengan sorang penyewa building shoplots kami di bangi. 

Sebelum tu, semalam opismate aku dah pesan yang datin ni agak meloyakan sebab dia sangat cerewet kuasa 5! tapi aku tak amik kesah sangat sebab mind set aku memang dah mengatakan yang datin-datin zaman laa ni memang sikapnya begitu. so just ignore and aku pun call lah dia pagi tadi..

Me : "Hello.. morning, may i speak to Datin M"

Assisstant : i'm sorry.. Datin M not in yet, can u call back around 11 o'clock?"

Me : Okey !!


11.03 o'clock (aku terlewat 3 minit...)


Me : Hello.. morning, may i speak to MADAM M ?? 

Datin : Who's madam, my husband still alive lagi u tau.. (suara lembut tapi tegas and ada lagak disitu)

Me : Ops! sorry.. U Datin M rite? Soriiiiiiiii 

So, nasib lah kan aku dah terpanggil kau "madam".. nak wat caner kan tersasul la mak ! kahkah ^_^. Tapi yang menjadi tanda tanya aku sekarang ni, kenapa datin always rasa mereka tu besar sangat padahal "title datin" tu dia hanya akan dapat bila husband dia dapat dato'.. Itu pun sekarang ni banyak je title dato' yang BELI, senang sangat nak dapat title tu kan. 

Nak ekot kan ayah aku pun dato' jugak. Tapi dato' pada cucu-cucu lah - anak kepada anak buah ayah bukan anak adik beradik aku tau since kami belum ada lagi yang kawin lagi hihi. sape tau satu hari nanti anda di luar sana bakal jadi datin. Jangan berlagak sombong tau ! Chill ~ =))




Sunday, October 30, 2011

Hati dah tumbuh bunga....

Assalamualaikum...........

Orang selalu kata dalam hati ada taman, tapi malam ni dalam hati aku ada BUNGA !! 

tahu sebab apa? Haa.. sebab nya dah dapat "baby" baru ...

Ouch !! sejak bila pulak aku kawin lalu beranak tu kan.. Semestinya tidak penah wujud.

Yang lahir tu Mr Green ku yang paling latest.. CPU dah berganti ~

everything upgrading... syok jer nak surfing sekarang ni. nak menaip pun tak sangkut-sangkut lagi dah
Alhamdulillah. Btw, thank to lelaki tu yang banyak bantu dalam proses pembikinan filem komputer ini. hehe

then, arini dapat merehatkan diri di rumah after bekerja separuh hari.. sangat penat kan bila mana perlu bekerja separuh hari di hari sabtu, dan lagi aku ni bukan la biasa lagi untuk bekerja di hari sabtu. Hurmm.. 
tapi ape kan daya, terpaksa jugak harung. Dah menjadi tanggungjawab....

Tapi still mencari lubang kerja lain, sbb di sini telalu kurang benefit for employee.. So cam tak worth it je if aku stay lame-lame di situ. Tenaga kita nk dikerah, duit dia takmo perah.. peram lagi ada. makan sampai tujuh keturunan pun tak abis.. hahaha..

Kerja.. memanglah nak kan pengalaman.. Tapi dunia sekarang ni mana ada orang kerja sahaja.. Sekurang-kurangnya mesti dibayar. betul tak ??

So, sekarang ni aku still gain experience but at the same time find another jobs yg bole bagi more employment benefit... Supaya aku sebagai staff ni terjamin jugak la kebajikan kan... 

Pada freshie-freshie yang nak mencari kerja di luar sane, jangan pandang gaji or kebesaran company tu jer. tapi sebelum terima offer tu better lah ask about a employment benefit dulu and better keje dgn company yang woking day nye 5 hari saje.. 

Jangan jadi cam aku ni ha. Payah ! Nak g mana pun payah... Asyik kene tinggal jer.. 
Like today, malas nk drive balik n9 punya pasal terus, kene tinggal dengan mak ayah.. 
Last-last duk umah layan tenet ~ (nasib dah laju...tak macam dulu..ulat bulu pun laju)

Yeay !! negeri sembilan MENANG  =)) ~

Friday, October 21, 2011

Jeles dengan kita la tu ~

Assalamualaikum....
Hujan lebat..hujan lebat... nasib sempat sampai umah before hujan turun..
hahaha. cakap macam la naik moto ke basikal an.. Padahal naik kereta.

now, update =)) ~

1. Dah dapat bilik sewa. selesa+ puas hati sangat-sangat. Tak sia-sia mencari sampai 8 biji rumah untuk disewa. hehehehe.

2. Kat opis baru ni, macam-macam ragam. tapi normal la kan. Budaya kerja, mesti ada gossip and yang paling penting mesti ada jer yang nak "kepochi" hal orang. hehehe

3. Kat rumah sewa dah ada unifi kot ~ so pasni kalo ada kelapangan mesti nak update blog. Hihi =)) !!

4. Tiba-tiba rindu pulak kat family, aritu sebulan berulang alik rasa dekat j dgn deorang. Now dah duk umah sewa dah malas-malas nak balik sebab penat :((

5. Korang sihat tak?

6. Apa nak buat kalau kat tempat kerja selalu je ada masalah cam "jeles menjeles" erk ?? Any idea ?

Wednesday, September 28, 2011

Abis dah sebulan raya ..

Assalamualaikum.....

Puasa abis, raya pun dah abis... tapi cerita hidup kita xpenah abis kan....
perjalanan hidup yg penuh liku sejak dari seminggu sebelum puasa sampai la abis raya...
raya payah nak hadapi, tapi itu la dia.. 
kita ni manusia memang rasa susah tapi ...
Allah tu tahu kemampuan umat nya dalam menghadapi dugaan yg diberi. 

Jika kita lihat balik kehidupan kita yang sebelum ni...
ada gembira, sedih, sakit, sihat... dan macam-macam lagi...
tapi Alhamdulillah, kita masih lagi di sini terus kuat dan tabah
dalam menghadapi hari-hari yang seterusnya. 
maka kita harus yakin dengan Allah... 
dia tahu apa yang terbaik buat umat Nya.

seminggu sebelum puasa sakit-sakit muntah sampai  kan cengkung. hilang selera makan. dan demam. Pegi jmpe doc kene injection.. sebab teruk sangat...

sebulan puasa asyik bersedih jer. sampai kan hidup pun tak terurus.. tapi Alhamdulillah, sepanjang bersedih itu. Allah datangkan orang yang berbeza-beza setiap hari untuk buat saya happy dan kembali tersenyum. 

seminggu sebelum raya company buat meeting tergempar, terpaksa terminate staff akibat company yang takde project. tiga hari je bos bagi suruh decide nak benti ke tak.. dengan nak raya nye takde keje nye. memang hilang mood beraya lah. Pening kepala :(

bila raya, orang sibuk kunjung mengunjung. yang aku sibuk kunjung website keje kosong. sane sini antar resume apply keje. jenuh jugak la kan. memang banyak la aku apply.. 

seminggu after raya, banyak company panggil suh attend interbiu. Alhamdulillah...

And now dah abis raya.. Genap jugak lah 2 minggu aku bekerja di company baru. Semoga di sini lebih banyak manfaat yg aku dapat. Amin..... 

p/s : sori sbb lambat balas kunjungan sibuk dgn masalah dalaman and takde internet connection di opis. sob sob. susah nak online.. nanti kita stori pasal keje baru pulak okeyy ^_^

Wednesday, August 17, 2011

Baca dan pikirkan.... redhaa !


1)  Lelaki sejati akan memperlakukan wanitanya seperti seorang puteri dan menjaganya dengan sepenuh hati


2)  Lelaki sejati bukan mereka yang tidak pernah menangis. Tapi mereka yang tahu cara menunjukan perasaan di saat yang tepat.


3)  Lelaki sejati adalah dia yang tetap teguh berdiri menghadapi cubaan yang dihadapi tanpa pernah meminta untuk dikasihani.


4)  Lelaki sejati adalah lelaki yg tidak akan pernah membandingkan wanitanya dengan wanita lain dalam keadaan apapun.


5)  Lelaki sejati adalah mereka yg berani mengungkapkan cintanya, meski tahu jika akhirnya dirinya akan terluka.


6)  Lelaki sejati tak berpindah dari satu hati ke hati lain dengan mudah hanya untuk bersenang-senang.


7)   Lelaki sejati adalah lelaki yg boleh menjadi pasangan, sahabat, teman, rakan, dan ayah bagi wanita yg dia cintai.


8)  Lelaki sejati mencintai wanita apa adanya, bukan adanya apa.


9)  Lelaki sejati adalah lelaki yang selalu berusaha, berjuang agar dia boleh menjadi seorang IMAM untuk perempuannya.


10) Lelaki sejati mencintai wanita setulus hati, menepati janji dan tak membenci saat merelakannya pergi.


Tuesday, August 16, 2011

Keputusan

keputusan yg diambil.
walaupun payah tapi....
hati ini tidak lagi mahu terluka...
andai itu yg terbaik dalam hubungan ini
saya redhaa...

saya tak tergamak memikirkan keburukan awak...
sebab saya sayang awak.
jadi nya. saya akan terus ingat dan simpan
memori indah kita bersama..
semoga kenangan itu akan menjadi pengubat
pada diri saya di kala saya rindukan awak

maafkan kesilapan yg pernah saya buat
sebelum ini,
saya akan terus berkuat
untuk menempuhi segalanya bersendiri...
semoga awak selalu bahagia..
dan kalau boleh...
awak cepatlah sedarrr...
yang jalan awak pilih sekarang ni salahhh
agar awak tak terlambat dan nyesal di kemudian hari

saya sayang awak....

Monday, August 15, 2011

Buat awak....

Salam buat awak,

Arini awak mula kerja tempat baru kan?
teringin sangat rasa di hati ni nak tanya...
Okey ke keje kat sana?
Macam mana 1st day di sana...?
Kawan-kawan okey ke kat sana...?

Tapi saya rasa awak akan annoying bila saya tnye macam ni..
sebab awak tak perlukan saya lagi...
bagi awak,
mereka-mereka itu lagi penting kan..
napa saya cakap camni...
sebab, mereka hilang dari list friend awak...
awak perasan...awak bising-bising..

Tapi bila saya hilang,
awak jugak terus hilangkan diri...
diam seribu bahasa...
tak contact saya pun...
tak sms saya pun
tak call saya pun...

Takpe, saya paham
awak mesti nak saya pergi kan...
saya akan kuatkan hati nie..
walaupun hakikatnya.
saya tak mampu

walau apepun...
saya nak awak tahu
yang saya sentiasa mendoakan kesejahteraan awak
di dunia mahupun di akhirat sana...
semoga awak dapat apa yang awak idamkan

Jaga diri awak.



Friday, August 12, 2011

sekali lagi




Its Difficult To Wait For Someone ,
And Its Difficult To Forget Someone !
But The Most Difficult Thing Is ToDecide Whether To Wait Or ToForget Someone.....!!




please. dont let me crying every day. saya tak tahu ape lagi nak buat. sy betul-betul terluka dengan sikap awak yang terus menerus buat saya macam tak wujud. Saya masih perlukan awak. cepat la sedar, ape yg awak buat sekarang ni salah. saya harap awak cepat sedar dari mimpi yg sedang awak hadapi sekarang ni. awak, jangan terus terleka dengan kemewahan hidup yg awak ada sekarang. kerana ia tidak kekal lama pun. saya mengharap awak akan sedar suatu hari nanti. 




saya yang terluka sekali lagi.

Thursday, August 04, 2011

Jagalah sahaja diri kamu itu. pasti akan selamat.

Assalamualaikum readers!

Lama tak bersiaran langsung dari bilik sewa kan. Baru arini ada masa and mood sudah berbaik dengan tuan nya. Hehe. Seaakan hilang identiti diri bila mana seseorang yang kita terlalu percaya menipu/menghilangkan diri/meninggalkan kita. Aku hilang pedoman. 

tetapi bila aku terpikir sampai bila? sampai kapan pun... (indo la pulok. hihi)

maka diri ini kembali kepada pencipta-Nya. dan itu la yang sebaik-baik nya. Moga hidup ini lebih diberkati.

lebih mengerti apa itu erti kehidupan, kesakitan, kecintaan & kepercayaan. bukan dengan manusia tetapi dengan Pencipta kita. 

Maka ingin berpesan pada anda semua :

Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya)Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.

surah Al-Maidah ayat 105. 

Just care yourself. InsyaAllah u will have safe journey in your life 

I have to be patient !


H.R Al-Bukhari & Muslim

“Sesiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujiNya dia itu dengan kesusahan”


Semoga Saya Tabah Hadapi Ujian Yang berat Ini.
Pelihara dia seperti mana Engkau pelihara mereka-mereka yang beriman ke jalan MU
sesungguhnya hambaMU ini REDHA!

Sunday, July 31, 2011

Segmen Berpuasa di Bulan Ramadhan Bersama ADIN !

Assalamualaikum readers. .

Lame rasanya tak join segmen kan. teringin pulak nk join satu segmen by ADIN !



Adin ni suka tanya lah. So nak kene la jawab soalan nya kan. kalau tidak, syarat segmen tak lengkap ler.

target puasa korang berapa hari ?

Kalau boleh nak la 30 hari kan. tapi ape boleh buat kalau dah tak boleh. redha ajer ler. kih kih ~ Haip ! tapi pada semua LELAKI MACHO  di sini or di luar sana, tak payah ler nak berdolak dalih ye masa bulan ramadhan yang mulia nie. korang semua NO EXCUSE ! melainkan memang dah sakit yang menwajibkan berbuka di bulan puasa, and jangan ingat bila dah buka tak payah ganti pulak yer. BUKAN JANTAN ler nama nya kalau ponteng-ponteng puasa ni. miahahahaha

fevret makan ketika berbuka ?

Ada dua version. kalau duduk dengan mak opkos la nasi berlauk kan. Selera bebuka tu melampau-lampau. tapi kalau version bujang memamg makan roti john dengan air tebu pun dah best wok ~ terbaikkk !

kata-kata semangat untuk blogger yang berpuasa

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, meh kita tingkatkan amalan ibadah. Nak jadi orang kaya-kaya tak boleh tak usaha, kalau tak macam mane nak dapat hasilnya. mesti keje siang malam pagi petang kan?

So camtu lah dengan ganjaran dari boss paling atas dan paling berkuasa di alam semesta ni yakni Allah. kene la kerja kan ibadah dengan siang berpuasa makan & minum serta pancaindera. manakala malam pula kita tambahkan lagi ganjaran pahala kita dengan solat terawikh dan tadarus al-quran. 

InsyaAllah banyak la bonus kita boley dapat free-free jer nanti. mudah-mudahan amalan kita di terima. Selamat berpuasa semua!


2.50 am - mood rajin nak blogwalking



Assalamualaikum readers!

Sabtu pagi, bandar seremban dibasahi ujan. Syok tido and balas dendam penat lelah driving :) 

Sabtu petang, gerak balik kampung melaka. Ada family gathering sekaligus sambutan hari jadi ahli keluarga.best, makan banyak after recover dari sihat muntah-muntah 3 hari lepas. and ada cabutan bertuah. family aku sepulohsepuloh orang dapat hadiah. hahaha sepupu and makcik pakcik yg lain semua jeless.. ^___^

Sabtu malam, after majlis setel sume orang gotong royong kemas-kemas then gerak balik nogori sembilan.

Ahad pagi, jam dah kul 1.45  pagi, sampai jer terus on lappy! rindu blog. tengok komen rakan blogger lain bagi. approve than terus terjah dari satu blog ke blog lain.

And now, 2.50 am. mood blogwalking itu masih belum hilang lagi. tapi mata dah mula terkebil-kebil. tanda dah suruh tidooo!

Ahad tengah hari. sambung blogwalking semula.Nak aku terjah? tinggalkan link korang di entri ni yer. nanti aku lawat. InsyaAllah :)


Saturday, July 30, 2011

Lupa jalan pulang ke rumah

Assalamualaikum readers.

Bila korang sesat di jalanan. perlu buat apa?

Ayah aku pesan, ikut jer kereta yang lalu lalang situ
sebab diaorang pun memang nak ke arah jalan besar.
point nye di sini CARI JALAN UTAMA !

zaman sekarang ni teknologi tinggi.
GPS kan ada. beli jer lah.
murahhhhh and banyak di pasaran

tapi kalau tak mampu cam aku ni
GUNA PALE SENDIRI jerr.! (gps jugak kan)
jangan lupa baca bismillahirahmanirrahim.
insyaAllah DIA akan tunjukkan jalan keluar.

aku pernah sesat 3 kali
cuak - nangis - call ayah
ayah gelak kan ajer.
sebab dia tau anak dia berani

berkat dari kepercayaan ayah
kini aku lebih beranii
tak takut sesat lagi

malah dah boleh jadi GPS ayah
bila dia tiba di bandar KL ini .

tadi jalan jammed.
tapi aku tak kesah pun
dengan yakin ikut jalan lain
Alhamdulillah lepas dari jammed tu
and sampai rumah lebih awal.

ape yang penting
YAKIN dengan ALLAH.
DIA sentiasa ada dengan kita.
InsyaAllah .


selamat malam semua
^_____________^

Friday, July 29, 2011

Peringatan : Sebelum Puasa

Assalamualaikum readers!

InsyaAllah lagi dua hari, kita umat islam bakal memasuki bulan ramadhan. Semoga bulan yang penuh barakah ini kita gunakan sebaik-baiknya untuk beribadah kepada Allah. Rebut peluang yang ada. tak kira lah kita ni baik ke jahat ker. Sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada siapa yg melakukan kebaikan ke jalan NYA. Janji niat dan cara kita betul . InsyaAllah :)

ramai orang kata sebelum puasa......


Makan  sepuas-puas hati

tapi sebenarnya tak .tapi kita perlu....

sucikan hati dengan bertaubat

saling maaf-bermaafan sesama manusia 


then, baru hati kita mudah nak menjalankan ibadah kepada NYA. InsyaAllah :)

selamat berpuasa semua.

Thursday, July 28, 2011

thank triple three!

Assalamualaikum readers!
pertama kali, nak ucap banyak-banyak terima kasih 
sebab sudi jugak singgah and komen entri 
walaupun entri itu berbaur sedih. hikhik 
and now, kembali berblogging tapi bukan gune "beruk" 
sebab dia masih belum pulih sepenuhnya.
just update pantas dari meja kerja. (buruk perangai)

alhamdulillah. kini i got triple three already !!
tau ape itu triple three ?
jumlah follower blog Siti Aishah dah meningkat
seramai 333 orang. santek kan no itu?

and follower yg ke 3-3-3 itu adalah 

jeng 

jeng

jeng



sape yang rajin nk blogwalking tu
boleh la singgah blog a fazlina ye.
btw, thank to all followers jugak 
sbb sudi singgah, komen and baca entri dlm blog ni.
sokongan korang amat dihargai 
take care all  ^^

p/s : semalam cuti sakit sebab muntah-muntah, lalu kene injection. hikhik 

Tuesday, July 26, 2011

hilang mood nak berblogging



Assalamualaikum readers!
terima kasih sudi singgah blog ni ye
maaf kalau korang datang singgah tapi entri nya sama je
takde perubahan & penambahan
and maaf jugak sebab takde kunjungan balas dari aku
buat sementara waktu nie
ketiadaan masa untuk mengupdate
tiba-tiba broadband wat hal
even dah bayar jadi slow mellow
geram aje ! terus takde mood nak update


and now mood tidak berapa betul
kejap ok kejap tak ok
tapi aku masih waras ye. hehe


pada yg sudi drop here and drop komen
thankks alots!
pada yg dah follow aku akn cuba sedaya upaya follow balik
and bila singgah je sini 
JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK OKAY !!

Sunday, July 24, 2011

Cuba menegakkan benang yang basah


Assalamualaikum readers! Bila bercakap biarlah  berilmu bukan nye bernafsu. Nafsu di sini bermaksud nafsu amarah (marah). Jika kita pelajari menutup aurat itu hukumnya wajib. Tidak ada lagi bantahan ke atas nya melainkan tertulis di dalam Al-Quran. Bertudung tidak semestinya baik? Itu antara dia dengan Allah. 

Yg tak bertudung ni bila orang nasihat mesti marah. camtu jugak dengan tak solat. tegur je mula lah kata "macam la kau tu baik sangat !" Menuju ke jalan Allah ni besar nikmatnya. Mari kita sama-sama perbaiki diri dan semoga usaha kita itu diberkati. InsyaAllah. Aku yang masih belajar untuk ke arah yg lebih baik. 

Saturday, July 23, 2011

Segmen BW pantas kotak bulat



Mood : rajin nak blogwalking sampai pitam

kotak bulat is the best blog broooo ! Jom join segmen ini sebelum jam 2 pagi esok ^_^

klik header hijau kotak bulat untuk join ye!


~hijau ikut tema kotak bulat. wee~

Asyik kita jer jaga hati dia tapi dia langsung tak amik kisah pasal kita.

assalamualaikum readers!

perempuan memang complicated orangnya.tapi kalau kaum ini dilayan baik dan dihargai pasti mereka juga akan bertindak baik. malah jika sebaliknya berlaku, itu lah penyebab kaum perempuan bertindak pelik-pelik.

bertanya pada diri seorang lelaki. sayangkah dia pada seorang perempuan jika mengabaikan?Leka dengan kawan-kawan sampaikan kekasih hati (gf or wife) call langsung tak pick up phone. malah no return call. mungkin ada yg kata busy, ada urusan tapi camane pulak kalau dia just lepak dengan kawan-kawan dia minum-minum?

sayangkah dia kalau dah janji nak datang jumpe tapi tak muncul-muncul. perempuan tak kan marah kalau bagitau reason, ni tak diam sampai berhari-hari. ingat kami tunggul ker?

kalau bertanya pasal kahwin suruh bersabar, kata nya tengah kumpul duit. Okey lah boleh terima reason tu. tapi biasalah perempuan kan, dia nak kan secure so mestilah dia nak tengok bukti "menyimpan" lelaki tu. tapi kalau dah asyik lepak dengan kawan, maintain motor tiap-tiap bulan menyimpan ke?yg perempuan nak caye pun susah kot.


perempuan yg penat memahami. huh!

Kata dah berubah ?



Assalamualaikum readers! cuaca kat luar romantik sungguh. kalau ada kesayangan bersama pasti hidup rasa sempurna kan. tapi apakan daya hidup keseorangan di rumah sewa amat membosankan tahu?? 
sila abaikan perasaan ini yer. kehkeh

walaupun cuaca sejuk kat luar sana, hati aku tetap panas panas panas tahu? panas dengan penipuan besar dari kekasih hati aku ni .kata dah berubah jadi lebih mesra.beriya hantar mesej, kononnya akan melayan aku lebih tapi dia penipu !!!







haa...ni la mesej yg dia hantar kat aku tadi.kononnya dah updgrade tapi hampehh.... makin semput adalah. mengalahkan sipuutt !rasa macam nak putuskan hubungan dengan kau jer wahai celcom broadband!




punyalah lembap broadband nie, sampai sudah aku goreng nasi + ayam pun still loading lagi . kita putus je lah camni yer !! aku dah tahan dengan perangai kau ! jangan cuba nasi goreng ini nanti anda menyesal. kehkeh

Tak sangka dapat ke udara - MHI

Assalamualaikum readers. 

rasa macam nak lompat-lompat tinggi lepas tu golek-golek ! sonok pulak rasa nya. 
bila dengar kelab kesayangan aku keluar tibi pagi semalam .. Malaysia Hari Ini okayy !
tapi itu lah aku pulak yg tak tengok.. rugi rugi rugi T__T (sape suruh bangun lambat)


picture di atas bukti ! 
yang berbaju smart kuning hitam tu lah wakil dari kelab aku
smart kan?? nama kelab ni Badan Peers Kaunselor Uitm Shah alam .
seriuss bangga bangga bangga dan terus bangga dengan Peers.


Sepanjang bergiat aktif dengan PEERs 


kem pertama time join peers, kem ni WAJIB bagi semua ahli kelab
tempat : bukit cerakah, shah alam jeeeeee


mula-mula masuk memang hangin dengan senior sebab buli kami
tapi bila turn kiteorang pulak jadi senior. memang parah la junior (gelak jahat)


bergambar before expedisi tawan Gunung Angsi, N9
one more gunung yang aku dah tawan gunung dato, rembau.
rindu rindu rindu nak daki gunung lagi


smile.happy.friend.spirit.love


program with adik-adik sekolah. tepung komakkk. Hehe


see. see. see. baju aku pakai sama ngan baju wakil kelab tu kan? semarrtt (sori perasan)
with PEERs lots of love.learn bout life & friendship.

"so, sape yang study or akan study kat uitm boleh join this club okey :)
cari kat unit bimbingan dan kaunseling or tanye kaunselor pun boleh."

rugi kalau tak join.
okbai !

Friday, July 22, 2011

Suram pulak malam nie

Assalamualaikum reades!

Minggu ni tak balik.
so agak bosan. dah la seorang diri
nasiblah dalam bilik ni lengkap segala
berbekalkan broadband yang semput-semput 
mintak dibayar esok
aku gigihkan juga taip entri ni.
hahahaha

buat mimi atia (edisi khas)
arini nak jawab persoalan kamu
pasal pop up window comment aritu
cara ini lebih mudah untuk orang
komen entri kita
setujukah anda semua ??
cuba la kay :)

1. Log in > Dashboard > Setting

2. Then , Clik pada tab comment .

3. Cari Title yang ini . (Comment Form Placement )

4. Tick kan pada Pop-up window

5. Save Settings .

6. Siap . Good luck !

tutorial credit to : lyssasecret

peringatan !!!
ini bukan blog tutorial.
ini blog peribadi.
^________^
Go to lyssasecret
kalau nak belajar edit blog ye
Okbai ......

Thursday, July 21, 2011

Jangan harap kau boleh goda aku yerr .

Assalamualaikum readers !

Nak kongsi entri ini dengan anda semua. Baca dan hayati nya.


Babak 1 & 2

Babak 3 & 4

Babak 5 & 6

Babak 7 & 8


Tadi waktu kerja sibuk. tak sempat nak update entri hari ini. Dan bila sampai rumah, minda kosong no input yang bole di keluarkan sebagai ouput. Jadi, niat di hati just blogwalking je lah. dan Allah izinkan aku jumpe dengan satu blog yang damai dan entri nya menarik minat aku. sangat ! Membuatkan aku rasa nak lepak lebih lama di situ. Dan entri di atas milik beliau. Aku teringin kongsikan dgn pembaca lain. Jom ke blog beliau http://kami-muslim.blogspot.com



mari baca entri nie kejap

Assalamualaikum readers!



budaya melayu (basuh kaki sebelum tidur) tapi budaya melayu + islam (ambil wuduk + baca doa sebelum tidur).



Dalam satu riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyebut :"Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat"


Kenapa perlu berwuduk ? Kerana bersuci  ini dapat menghindarkan diri dari gangguan syaitan dan mententeramkan diri dari perasaan takut ketika tidur.


Mari kita sama-sama berwuduk sebelum tidur + jangan lupa baca doa tidur. Bismillahirrahmanirahim Bismikallahumma ahya na wa amutu. amin ~


Ketahui perkara-perkara sunat sebelum tidur dengan baca Entri INI  ! Selamat Malam Semua ^_^

Wednesday, July 20, 2011

Merajuk membawa diri.. sob sob


Assalamualaikum readers!
Nampak tak budak perempuan yang tengah muncung tuh ?
ape pulak kaitan nya dengan pintu ?

Hihi. 

biasalah, masa kecik-kecik dulu 
asal merajuk jer, pintu itulah tempat melepas gerammmmmmmmm

Bammmmm!!!!!

hentak pintu kuat-kuat tanda protess. asal  merajuk jer dengan mak ayah 
terus hentak pintu lalu berkurung dalam bilik
selagi mak tak panggil keluar bilik 
memang tak akan keluar !
padahal perut lapar
hahaha

tapi...

bila dah buat tuh
rasa besalah pulak. cepat-cepat pegi mintak maaf dengan mak ayah.
takmo jadi anak derhaka sob sob!


Bila dah besar ni tengok pintu mesti teringat
 nasib baik tak hentak pintu kereta kuat-kuat, bila hangin jalan jammed ! 
hahaha


korang macam mane pulak kalau merajuk ???



boleh ke nak halang iblis masuk rumah kita ?

Assalamualaikum readers !

Rumah adalah tempat kita tinggal, kita kene la jaga. Bukan setakat jaga kebersihan bagi mengelakkan nyamuk aedes masuk, lipas masuk.. tapi juga syaitan masuk. Kalau nyamuk or lipas bole halang dengan Sheildtox kan. Abis kalau iblis ? kita tak nampak, kita tak tahu pun bila dia masuk. camne agak nya nak halang ? Boleh tapi pastikan penghuni rumah itu...


  1. Saling bermaaf-maafan diantara satu sama lain bila ada perselisihan faham Konfirm lari syaitan, dia dah kalah.
  2. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah. Sebut nama Allah syaitan lagi lah takutkan.
  3. Sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perbuatan tercela. No Maksiat okeyy !
  4. Sentiasa merendahkan diri kepada Allah. Bersyukur + ibadah kepada Allah
  5. Menghindarkan diri dari melakukan perbuatan haram. Segala yang haram jauhkan.
  6. Penghuni yang terdiri dari pasangan yang soleh dan solehah. Pasangan means suami isteri yang dah sah.
  7. Sentiasa berbakti kepada ibu bapa. 
  8. Sentiasa sujud dan rukuk kepada Allah. Solat 5 waktu jangan tinggal yer.
  9. Sentiasa menghubungkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Bebaik-baik.
  10. Sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah. 
Semoga rumah yang kita tinggal sentiasa dilindungi Allah. Jika rumah itu penguninya baik, taat perintah Allah dan menjauhi larangan NYA. InsyaAllah hidup akan tenang, rumah pun sejuk jer. takdela nak gaduh-gaduh ker. yang paling penting perlu bersih dari kekotoran dan dosa

wordless wednesday #2

Rezeki di Pagi rabu ^_^

Tuesday, July 19, 2011

Segmen : Kami Blogger Ramah Mesra


Assalamualaikum readers ! Anda ramah ? Anda mesra ? Mari join segmen Achik Shida ni yer ! Terpikat nak join sebab apa yang achik kata tu memamg betul, sebagai blogger kita kene lah ramah mesra kan. 

Kita ni kira retiss di alam maya lah. kalo kita senyap jer takde sape tahu kewujudan kita kan. And aku sendiri pernah mengalami nya sebelum ni, akibat dari tak sempat nak blogwalking and berbalas komen blog ini terbiar begitu sahaja. 

Dan kini, berkat dari ramah mesra lah, aku dapat ramai kawan blogger yang ramah tamah. Hee ~

Monday, July 18, 2011

Akhir: Daim jadi guru sekolah wira bakti

Assalamualaikum readers !

Tak pasal-pasal je Daim jadi guru kat sekolah wira bakti, tapi bagus jugak kan. Kira dia dah ada pengalaman tersendiri, so dia tahu camne nak handle anak murid dia nanti. cerita juvana ni mengingatkan aku pada satu kem bina insan dulu. handle program pelajar-pelajar bermasalah. Fuhhh ~ mereka ini sangat luar biasa.

Tahu kenapa? Mereka ni sebenarnya bukan lah nak jadi jahat, tapi sebabkan keadaan sekeliling buatkan deorang nak jadi camtu. Contoh kes Apek, dia bukan nak pun buat keje tipu-tipu orang ni, tapi dia terpaksa bila memikirkan mak dia yang tengah sakit. Tapi aku tak kata yg aku sokong apa dia buat. Itu sbg contoh je nak tunjukkan desakan itu mampu buat mereka bertindak luar kawal tanpa berfikir kesan pada diri.

Psikologi cikgu zakiah tu aku minat, kelembutan melawan kekerasan ! itu la yang sebaik-baiknya. Sebab orang yang keras ni dia tak kan rasa dia salah. so bila kita gunakan kata-kata yang baik yang penuh kasih sayang dan bole buat deorang berfikir, dengan sendiri nya deorang akan sedar. InsyaAllah

Dan yang paling penting, iman di hati ni kene la mantapkan. baru lah kita ni jauh dari hasutan syaitan. tengok macam botak, boleh pulak dia sekongkol (betul ke word ni?? haha) dengan warden tu kan. Dah la pecah amanah, memang tak layak jadi warden camtu. Dari nak didik murid jadi baik terus jadi jahat ! Sian botak mesti dia kekeliruan identiti. Dah la kurang kasih sayang. 

Apa-apa pun, anda-anda di luar sana termasuk diri ku sendiri pelihara hati hiasi peribadi. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Teringin pulak nak pergi sekolah Henry Gurney. ^_^ 


saya suka mereka semua kecuali warden. ^_^


Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

Assalamualaikum readers !

Dalam dunia perkerjaan ni, selalu jer terjadikan. Kita yang buat keje macam nak gila, last-last orang lain yang dapat nama. Lepas tu, dah memang jadi budaya kut.... langsung takde ucapan "terima kasih" punn. Hurmmm

Last week, sekembali je bos dari oversea. dia nak finalized account. kat opis ni, ada orang suka peram keje lama-lama pastu bila tanya, apa pun tak tau ! supplier dah call memekak tanya payment. Nak tak nak aku lah kene cek sume document sebab nak tunjuk kat bos.

Buka file tutup file....Setel jugak aku finalized... Tapi..............!

Tiba-tiba senior aku minta semua document yg dah siap tuh, katanya nak cek ! padahal terang lagi nyata aku dah list downkan semuanya. tinggal aku nak show kat boosss jer. Hurmmmm..belum sempat aku jumpe bos, dia amik aku nye keje bagi kat boss. boss review ... bla bla bla abiss

"next week i nak discuss with u about this matter. Veryy GOOD your work!! " kata boss

Tapi tau sapa yang dapat Very GOOD tu ? Mesti lah senior aku lah ...... 

Yang aku ni dapat buruk jer, tau ape? dalam document yang abis finalized tuh still ada lagi yang pending. still xsempat check ! tup-tup pagi ni senior aku show sms yang boss hantar kat dia...

"Sue (bukan nama sebenar), Please remind Aishah to verify all the item which is still pending in an account, i will discuss with u later " lebih kurang camni la bunyi nya.


Nampak macam aku yang tak buat keje kan ???? padahal aku dah siapkan semua, yang susah semua suruh aku. dah siap dia amik . Penat jer aku perah otak... dia jugak yang dapat nama :((

Bukan berkira, tapi just creditkan lah keje tu pada aku. Takde la bos ingat aku tak buat keje .okey dah habis mengadu. nak sambung buat keje. 

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...