Wednesday, December 22, 2010

Doa mengharap anak/kenalan hilang rasa untuk melakukan maksiat

letakkan tangan di dada anak/kenalan anda lalu baca doa ini :


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ


rumi : Allahummaghfir zanbahu, wathohhir qalbahu, wahassin farjahu

Dan Maksudnya : "Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a,

1. Ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina.

2. Kemudian Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya.

3. Namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

4. Tentu saja dia menjawab tidak suka dan manusia mana yang mahu ibunya diperlakukan begitu.

5. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan :

"apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya".

6. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Dalam Islam sendiri ada bitau caracara nak menegur sesame umat.. Pertama dgn lisan. Kedua, dgn tangan (kuasa) dan yang ketiga, dengan hati .. Maka , doa di atas salah satu cara yg boleh kita gunakan .. jika dgn teguran kita dilawan, dgn kuasa kita disalahkan dgn pelbagai tuduhan .. maka dgn selemahlemah iman .. gunakan hati dan berdoa agar Allah memelihara merekamereka dari melakukan maksiat .. InsyaAllah .. Amin .. Semoga Allah redha ..

0 orang dah komen, anda bila lagi ?:

Thank You For Reading Yahhh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...